Seramai 770 peneroka Gugusan FELDA Chini yang memfailkan saman terhadap FELDA turut mengambil cek durian runtuh RM5,000, semalam.
Mereka yang memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Kuantan, Mac lalu kerana mendakwa ditipu berkaitan kadar perahan minyak kelapa sawit, mengambil cek berkenaan di Dewan Orang ramai FELDA Chini 3, di sini
770 peneroka dari lapan tanah rancangan di Pahang menyaman FELDA atas dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikatakan membabitkan nilai hingga RM433 juta. Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 26 Mac lalu, oleh peneroka FELDA Chini dan Chini Timur kerana mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit. Mereka menamakan FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.
“Ini bagi menghargai penat lelah peneroka selama ini dan pemberian durian runtuh ini sememangnya hak kami atas apa yang kami usahakan,” katanya, di sini, semalam.
Sementara itu, Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Pekan, Jamaludin Shariff, 63, yang juga penerima cek itu tanpa berselindung mengakui pemberian itu contoh idea baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, di Maran, tiga daripada lapan peneroka yang memfailkan injuksi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) turut mengambil cek durian runtuh masing-masing.
Abdul Rahim berkata, durian runtuh dan FGVH adalah dua perkara berbeza yang tidak perlu dijadikan isu untuk menempelak mereka bertiga.
“Ia adalah hadiah kepada peneroka daripada kerajaan. Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menunaikan janjinya.
“Saya ingin jelaskan kami tidak bantah penyenaraian itu sebaliknya tidak setuju ekuiti atau aset KPF dilupuskan.
“Kami sedikit pun tidak berasa malu pergi mengambil cek durian runtuh itu di Pejabat FELDA kerana wang berkenaan memang hak kami,” katanya.
Langkah paling bijak oleh peneroka yang semakin cerdik dalam menilai, peneroka sekarang da tak emosi lagi, dah tahu mana hak mereka, saman tetap saman, apasal lak nak rasa malu, lantak felda la, isu diorang kena tipu pasal timbang sawit oleh felda mana sama dengan isu pemberian duit hasil titik peluh diorang selama ni, lagi pun yang diorang dapat tu bukannya duit felda tapi duit penat jerih diorang selama ni memajukan felda.
Jadi kepada pakcik-pakcik yang bijak tu gua tabik spring kat diorang dah bertahun kena kencing ni peluang diorang dapat apa yang sepatutnya diorang dapat selama ni.
0 comments:
Post a Comment