Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, May 6

Kenapa ramai sangat orang bodoh di Malaysia

Masa gua tengok video ni gua gelak guling-guling beb

Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu takutkan pilihan raya yang adil dan bersih sehingga sanggup menjadikan dirinya dilihat begitu bodoh, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar).

"Asalkan dapat mengelakkan pilihan raya yang bersih dan adil, Najib sanggup hina dirinya sehingga beliau nampak bodoh sungguh," katanya.

Gua ingat gua dan beberape shabat bloger sahaja yang sedih sebab ada Pm bodoh tapi Bang Mat pun sama gak.
Tapi cerita dibawah ni agak sama bodohnya dengan diatas
Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN

Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat.
Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitupenting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.

2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya”
3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
“ Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama “
4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.
Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan menyifatkannya sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“.
Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda
ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻛﻼﺏ ﺍﳋﻮﺍﺭﺝ “ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “
 Jawapan paling sempoi untuk mufti wilayah:



Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh,

Untuk kesenangan Tuan Mufti saya tulis dalam Bahasa Melayu dan saya teringin sangat nak tanya Tuan Mufti sikit tentang beberapa kisah teladan dari Al Quraan .

Pertama, bukankah Nabi Musa a.s, juga menentang pemerinttah yang zalim? Kerana kezalimannya akhirnya Allah s.w.t. meneggelamkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam Laut Merah? Betul gitu Tuan Mufti?

Kedua, Bukankah Nabi Ibrahim a.s. juga menetang pemerentah Raja Namrud yang juga teramat kejam sehinggakan dia mengaku boleh memberi nyawa kepada manusia? Di ambilnya Raja Namrud dua orang pemuda lalu satu di bunuhnya dan satu lagi di biarkan hidup. Lalu dia mondobek dada mengatakan dia berkuas memberi nyawa.

Apakah Tuan Mufti mahu rakyat Malaysia mentaati pemerintah yang merompak, melanun, menipu, menindas seperti penjarah terhadap rakyaatnya sendiri?

Memang saheh Tuan Mufti berselindung di balik kepalsuan hanya untuk harta dunia. Tuan Mufti sanggup memesong kebenaran hanya untu pangkat dan kemewahan sementara.

Kalau begini lah cara nya, saya syorkan agar kubur Tuan Mufti di besar kan sedikit dari ukuran biasa 6 x 6 kaki supaya harta dunia dari hasil titik peluh pemesongan kebenaran boleh di bawa bersama setelah Tuan Mufti mati.

Kalau boleh juga Tuan Mufti ambil lah bendera keris UMNO di jadikan kain kafan supaya ia boleh mencerminkan tauladan agar rakyat Malaysia perlu taat kepada rejim UMNO hingga sampai ke liang lahad!



1 comments:

XUMNO,  May 14, 2012 at 9:52 AM  

Nampaknya mufti wilayah ni saja nak butakan mata dan pekakkan telingga mengenai kezaliman dan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah UMNOBN.Sibuk nak mengampu sebab habuan dunia.Ingatlah, sejahat-jahat manusia ialah ulamak2 yang kaki bodek pemerintah zalim.Kawan ni ada dalam Majlis Fatwa tu ke? Patutlah keluar fatwa paling lucu.

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP