Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, March 21

suami kepada isteri gua


KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.
ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…
1-Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang
kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina
Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia
pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
2-Baik akhlaknyaKetegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan
tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga
tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam?
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Pemurah tetapi tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak
mengamalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
9-BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
10-Tenang wajahApa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya
tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

2 comments:

ISA March 21, 2012 at 3:07 PM  

Gua konpius nih...

Siapa suami kepada isteri luuu... hahaha..

Anonymous,  March 23, 2012 at 10:35 AM  

oi! puji diri sendiri ke ape...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP