Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Khamis membuat dua
laporan polis di sini bagi menggesa siasatan ke atas dalang penganjur
perhimpunan 9 Januari
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira
pukul 2.30 petang tadi oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung
perhimpunan 9 Jan dan timbalannya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berhubung
kenyataan paderi.
Ibrahim ketika ditemui media berkata terdapat pihak tertentu yang
merancang untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut dan pastinya
keadaan ini akan menganggu ketenteraman awam.
Ibrahim mendakwa terdapat risalah yang menyeru rakyat menyertai kempen
itu dan memberi sokongan kepada Anwar dan perkara itu boleh menganggu
proses perjalanan kes tersebut.
Apa yang katak ni dok merepek ni, bila pulak ada orang nak anjurkan perhimpunan pada 9 january ni, dah semakin sesak nafas katak ni nak cari nama, kot2 umno akan simpati jadikan calon, kadang2 gua kesian kat katak yang dah kurang oksigen ni, dah nak masuk kubur pun masih tak sedar2.
Tapi gua kadang kala terfikir juga nak ucapkan tahniah kat katak ni, bila dia bunyi je mesti keluar cerita lawak dari mulut dia, tak pun bila dia ni becakap bagi pihak umno, orang ramai semakin meluat dan akhirnya dia ni bukan jadi aset bagi umno tapi jadi liabiliti pulak,
Kalau tak yakin dengan kata2 gua ni g tanya orang india atau cina, katak ni la salah sekor dari spesis katak dan lembu yang dibenci oleh lain, Orang melayu pulak da lama da mentertawakan katak ni, konon ultra melayu dan bila bercakap bab berkaitan hukum mengalahkan lulusan Azhar, sampai orang yang belajar agama dari kecil sampai tu pun dituduhnya tak faham agama.
Ok la katak teruskan berbunyi, musim tengkujuh pun da sampai, jap lagi musim pilihanraya lak, lagi kuat lu bunyi lagi bagus.
0 comments:
Post a Comment