Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, December 21

Rakyat didahulukan

Kilang nadir bumi Lynas Corporation LTD di Gebeng, Pahang adalah selamat dan tidak berbahaya sekiranya syarikat itu mematuhi langkah keselamatan dicadangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung projek itu, demikian menurut dua badan profesional Malaysia.

Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Majlis Profesor Negara (NPC) dalam kenyataan bersama mengenai projek itu berkata kilang itu perlu mematuhi prosedur pengurusan sisa buangan yang ketat untuk memastikan keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar.

Laporan setebal 63 muka surat yang dikeluarkan di sini hari ini berkata pemprosesan nadir bumi akan menghasilkan hasil sampingan yang mempunyai risiko radioaktif yang rendah, bagaimanapun risiko itu boleh diurus dan terdapat teknologi yang boleh memastikan sisa buangan tersebut tidak berbahaya dan selamat.

Ni yang kata tak de kerja cari kerja, tak de nahas cari nahas, cuba lu baca apa yang gua bold kan tu. perkataan sekiranya tu yang gua tak gemar tu, kalau ikut ayat tu bermakna tak pasti la selamat.

Kalau gua guna perkataan sama, sekiranya pekerja tak mahir, sekiranya terlupa, sekiranya berlaku kebocoran, sekiranya berlaku kerosakan, sekiranya memang sengaja kurangkan ciri keselamatan. siapa yang bakal menanggung resiko beb. Lu orang sedap2 tidur atas duit untung rakyat yang merana. tak gila namanya tu.

Dari awal banyak bantahan da dibuat, tapi kerajaan pekak kan telinga je, kerajaan macam ni ke lu semua nak. mana laungan rakyat didahulukan, weiii sekawan gajah pun tahun nak protect group dia ni manusia beb. Tak siapa marah lu nak kaya tapi kalau dah melibatkan nyawa rakyat tu bukan main2 beb, tu kerja gila.

3 comments:

Metaphysics Disciple December 21, 2011 at 7:44 PM  

Apabila sesebuah syarikat dari luar negara melabur di dalam Malaysia, especially yang dijemput datang melabur akan mempunyai understanding rahsia. Normally, mereka akan mendapat favour dari kementerian berkaitan untuk tidak mengguna pakai klausa biasa, tetapi menggunakan klausa khas yang biasanya menguntungkan pihak syarikat sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi pentabiran. Sebagai contoh, jika kita membuat Memorandum of Agreement (bahasa kasar dia ialah kontrak), kita boleh ada beberapa siri MOA, kita boleh ada main agreement, dan beberapa supplemental agreements. (kontrak yang membatalkan klausa di kontrak utama). Ini untuk tujuan main wayang, kerana jika ada keperluan ditunjukkan kepada massa, kontrak utama sahaja yang ditunjukkan, sedang supplemental agreements yang membatalkan klausa dalam kontrak utama dan menjadi klausa terpakai disimpan. Maka massa boleh tertipu. Cuba lihat kes-kes pentadbiran tertentu syarikat kilang, sebagai contoh sebuah kilang MNC di Batu Pahat, yang mengehadkan masa solat Muslim kepada 10 minit sahaja (dahulu), telah dibawa ke jabatan kerajaan berkaitan, tetapi tiada tindakan susulan. Kenapa? kerana kes solat yang singkat bukan suatu perkara yang besar bagi kerajaan untuk bertindak. Kenapa? Kerana pelaburan yang besar oleh syarikat MNC tersebut perlu dijaga, dalam masa banyak syarikat MNC mencari tapak baru di negara seperi China, India dan Vietnam.

rakab,  December 21, 2011 at 8:29 PM  

ooh yer ke..??

Kalau macam tu kesimpulannya, UNDILAH BN....

heheheheee

Metaphysics Disciple December 21, 2011 at 9:06 PM  

Ye, undilah BN supaya lebih ramai lagi Muslim yang tersepit dan diperbodohkan.

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP