Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, November 7

PTPTN

Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Okt lepas membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.
"Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu," katanya.


Siapa sebenarnya buat cadangan gila macam ni, nak mampus ke apa, dulu masa nak laksanakan pembelajaran di Universiti tidak lagi percuma macam2 puak BN berjanji akan tidak membebankan rakyat. tapi memang kepala hotak diaorang ni penipu, sekarang rakyat tak terbeban ke, nak terkencit budak2 lepasan U nak bayar balik pinjaman.

Sekarang ni buat cadangan nak mansuhkan pulak pinjaman perbelanjaan untuk pelajar. bagi yang kaya raya mungkin tak jadi masalah tapi kena yang cukup2 makan je, macam mana nak sekolahkan anak. Apa nak suruh anak2 kat U makan pasir ke. Tak cukup ke seksaan yang rakyat malaysia terima untuk memberi ilmu kepada anak2. sedangkan wang negara sewnang2nya di kapor, diseleweng untuk sibangsat2 yang laparkan harta.

Tak cukup ke masalah sosial yang dilakukan oleh anak2 muda dalam mencari duit bagi menampung pembelajaran mereka, Tak cukup2 lagi ke kapatalis yang memimpin U dalam mencari keuntungan dari jualan ilmu kepada anak2 bangsa.Berapa banyak pula duit yang digunakan kementrian pengajian tinggi untuk memastikan anak bangsa berilmu, kemana kah selama duit ini dibelanjakan.

Kenapa tak dibuat kajian kenapa lepasan U tak bayar hutang PTPTN. kalau pun dah dibuat kajian ada berani ke dedahkan kenapa. berapa ramai pulak budak lepasan U yang menganggur lepas habis belajar dari mana pulak diorang nak bayar PTPTN yang kenakan 4% bunga ni. Bagi yang bekerja pula kalau setakat gaji cuma 7 8 ratus mampu ke nak bayar hutang.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP