Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan
warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan
tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.
Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz adalah satu daripada
usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka
undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk
berhimpun.
Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai
perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang
difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam
Besar punya pancing tengok ikan apa yang akan makan umpan umprono. Gua yakin seperti biasa akan ada kutu2 yang dengan rela hati menyentap umpan umprono ni, dan selepas tu, akan jadi balaci, atau dipermainkan semula, pada gua la umprono ni satu je tektik apa dia buat pasti ada udang disebalik batu. macam kutu kapatalis modal sikit untung besar, begitu la umprono. bagi gula2 sikit pastu rembat gila babi banyak.
Kenapa pulak tiba2 umprono boleh jadi macam ahli sufi je, bagi duit, janji nak hapus Isa, sekarang nak buat rang undang2 perhimpunan aman, sebelum ni guru kena bekerja 9 jam pun cepat2 batal, bulan depan lak nak bagi duit lagi kepada golongan kurang berkemampuan, cukai perkhidmatan prabayar pun cepat2 batal. Gua tengok semua ni pelik, dari sebangsat2 parti kaki pulun duit rakyat tetiba jadi parti yang kononnya dah bertaubat, tektik biasa yang digunakan untuk melembukan rakyat bila dekat pilihanraya.
Tadi pagi masa gua tengah drive nak tengok projek, gua layan sinar fm. alamak tetiba je gua dengar suara macam biasa gua dengar, Tpm beb masuk radio, membebel pasal duit rm100 duit rakyat yang diagihkan kembali kepada rakyat. gua dengar tak lama dekat nak Tpm bla, gua dengar dia peminat lagu widuri nyanyian bob tutipoli. bila gua fikir balik kenapa dia suka lagu ni, gua baru faham rupanya mamat ni suka kat PAS cuma tak cakap je. tak caya lu hayati lirik lagu tu, dalam coruse je,:
Widuri elok bagai Rem BULAN oh sayang....... kah kah kah kah
0 comments:
Post a Comment