Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, November 15

jaga-jaga beb

Bajet 2012 yang lebih besar dibentangkan kerana kerajaan negeri menjangka perolehan royalti bijih besi sebagai sumber baru dapat menampung perbelanjaan tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Azizan berkata royalti lima peratus atau RM50 bagi satu metrik tan akan memberi hasil bernilai RM400 juta kepada kerajaan negeri yang akan digunakan bagi membangunkan negeri ini.

Belanjawan defisit yang dibentangkannya berjumlah RM1.008 bilion berbanding anggaran hasil RM550.8 juta. Sidang Dewan selama tiga hari berlangsung sehingga Khamis ini.

Azizan yang juga pengerusi Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi Negeri berkata hasil sumber baru itu dijangka melebihi hasil balak.

Bila baca artikal ni gua amat tertarik, gua pun tak baca lagi belajawan kerajaan kedah, cuma gua tengok kenapa begitu banyak difisit hampir seratus peratus. tu yang gua heran. Gua nak komen lebih2 pun tak boleh sebab gua belum baca. cuma gua nak ingatkan kerajaan kedah rakyat sentiasa memerhati jangan sampai ada yang tak kena dengan budjet ni, hancus gua dan orang yang tak puashati ligan nanti.

Satu lagi gua nak ingatkan jangan kerana dikurniakan Allah rezeki lebih kerajaan kedah jadi lupa diri, lupa janji kepada rakyat, lupa amanah, yang paling penting jangan lupa diri, kenyangkan perut sendiri, rakyat patut dibela. jangan jadi macam BN. beraja dimata bersultan dihati. telunjuk lurus kelingking berkait.

Allah beri rezeki berlebihan mungkin hanya ujian, dan bila2 je boleh ditarik balik. jangan esok bila da terantuk baru tersedar.

Kepada syarikat yang mendapat konsesi bijih tu jangan gelap mata pulak, itu amanah Allah kepada hambanya.

Jaga-jaga beb

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP