Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, October 31

Boleh percaya ke Zahid ni

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.
Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.
"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

Ye ke Rm6.5juta je cuba tengok ringkasan laporan Jabatan Audit Negara halaman 12, 13, 14 sini .

Berjuta2 kementerian pertahanan belanja dari negara luar, Gua tengok tak secanggih mana pun peralatan tentera, kalau lu jalan dari perlis sampai johor gua pasti lu akan jumpa trak tentera yang tersadai rosak, tu belum lagi pesawat perang yang tersadai tak boleh guna sampai enjin pun kena rembat kena jual macam besi buruk. Cerita kapal selam pun belum habis2 sampai sekarang, kapal selam yang tak boleh selam. belum cerita beberapa kapal KD ntah apa nama terbakar ada yang terbakar sampai dua kali.

Jadi bijak ke tidak sebenarnya kementrian pertahanan belanja duit rakyat ni. Ok la kata kan la Zahid salahkan pertukaran matawang cuba kita check nilai tukaran wang asing Malaysia dengan negara luar sini. ada banyak ketara ke nilai ringgit tu.

Gua bab ni tak berapa faham mekanisma harga yang diguna pakai oleh kementerian Pertahanan untuk belian aset luar ni, kalau ikut kata Zahid ni seolah2 kementerian beli terus dengan pembekal luar ni yang gua susah nak percaya ni. sebab setahu gua belian aset atau peralatan biasanya dibuat secara tender, jadi datang mana pulak tukaran wang asing ni berlaku.

1 comments:

Metaphysics Disciple November 1, 2011 at 7:19 AM  

Boleh percaya? Memang jangan percaya. MINDEF ialah lubuk duit. Nak masuk supply barang/servis atau nak dapatkan projek di MINDEF, perlu melalui gate gate tertentu. Gate ini adalah pengutip cukai dan terdiri dari manusia kecik hinggalah ke pak menteri. pak menteri akan melalui kaki sebagai tukang bawak projek/orang. Jika sesuatu urusniaga tu besar, sebelum boleh berjumpa dgn kaki yang pegang projek, kontraktor akan kena 'makan' dulu di beberapa perhentian. Introducers fee untuk dibawa kepada pemegang projek saja boleh mencecah jutaan ringgit. Itu belum masuk bab bahagian apabila dah dapat projek.

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP