Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Thursday, September 8

Baca Quran pun nak ada permit ke?

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak mempunyai tauliah mengajar ataupun memberi ceramah agama di masjid dan surau seluruh negeri Selangor.
Sehubungan itu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil Khalid untuk memberi keterangan terhadap siasatan berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang bulan lepas adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"YB Khalid Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Majlis agama islam sesat ni dah hilang akal ke apa, orang nak berdakwa kena halang, lu orang tengok apa yang pengerusi ni kata kalid tidak boleh membuat apa-apa pengisian agama apa yang lu orang faham kalau gua faham la baca quran dalam masjid pun tidak dibenarkan sebab baca al quran pun termasuk dalam apa-apa pengisian agama. Apa dah semakin gila ke orang yang ada dalam Majlis ni,

weiiiiiii Yahudi mabuk kat tanah palestin pun tak teruk macam ni la weii, Majlis ni lebih teruk dari komunis ke apa,  di China negara komunis pun orang boleh buat tazkirah dalam masjid la weiii, apa lu orang lebih teruk dari komunis ke.

Larangan ni ada ke dalam hukum Islam, Apa yang lu takut dengan Islam ni, Majlis ni sebenarnya jaga apa, jaga manusia ke jaga Agama. Benda yang sepatutnya halal lu orang boleh haramkan lu orang lebih Handal dari Allah ke apa, lu orang mesti ingat lu orang bukan boleh menongkat langit sampai bila2. ingat hari ini lu ada kuasa lu anggap lu handal, ingat di Padang Mashyar nanti lu pasti dituntut kerana menghalang penyampaian ilmu.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP