Followers
Monday, August 15
Brahim Merapu Lagi
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata telah dicerobohi oleh DAP melalui Pengerusi parti tersebut, Karpal Singh.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Karpal selaku peguam bela kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya bertindak sebagai peguam yang beretika dan berintegriti.
"Tetapi beliau (Karpal) menyalahgunakan peranannya sebagai peguam bela apabila bertindak melambat-lambatkan perbicaraan kes liwat tersebut sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
"Tindakan itu demi kepentingan politik DAP. Jadi, di mana letaknya keadilan sistem kehakiman di negara ini jika sesuatu parti politik boleh mencerobohi perbicaraan mahkamah?" katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Gua ingat mamat ni da tak berani keluar dari kena kepit bini, rupa ada suara laigi la, lawak gila la suruh orang beretika dan berintegriti, dont talk shit la, kah kah kah
Gua tak faham la apa yang dia takut benar dengan Anwar ni beria2 benar nak suruh anwar cepat-cepat kena sumbat dalam penjara.
dendam kesumat mamat ni pada Anwar sampai sekarang masih tak padam-padam gua pun jadi hairan. Kalau nak ikutkan nafas pun dah semakin pendek tapi hati masih kelam kesian gak gua tengok.
0 comments:
Post a Comment