Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, August 15

Cun Nyeerrrr....!!!!


Pelakon Filem ‘Aku Masih Dara’ yang terkenal dengan imej seksi tahun ini buat pertama kalinya menyambut kedatangan Ramadhan dengan imej yang jauh berbeza.

Beliau yang juga merupakan Pelakon Drama popular Astro, Mertua VS Menantu ini mengakui lebih selesa dengan imej terbaru beliau mengenakan tudung tanpa sebarang pakaian yang menjolok mata.

Namun bagi Raja Farah, cabaran paling getir bagi beliau setelah berpakaian Muslimah adalah memastikan gaya pertuturan dan pergaulan beliau dikawal dan tidak melampaui batas juga bersesuaian dengan status beliau kini bergelar isteri orang.

Raja Farah yang tampak manis mengenakan imej terbarunya juga berkata beliau masih lagi menerima tawaran berlakon namun agak terhad kerana mahu memberi tumpuan terhadap rumah tangganya.

Semoga Raja Farah akan terus kekal dengan imej seorang wanita Muslimah dan yang paling penting, biarlah ianya selari dengan hati dan jiwa yang bersih.

Selain Raja Farah, beberapa artis tanah air yang turut mengambil langkah yang sama termasuklah Farah AF2 dan bekas kekasih Nabil Raja Lawak iaitu Irma Hasmie.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP