Followers
Sunday, July 17
Spr n biometrik
Lu tengok betul2 mamat ni, tengok ada nampak tak, kalau ikut kata guru gua kalau lu tak nampak pendek umur.
Saja gua nak menyakat je, mamat ni nak kata lidah biawak nanti marah la pulak, gua tak faham apa yg dia faham, cakap berbelit -belit kata SPR ni satu badan bekecuali tapi sejak dua menjak ni mamat ni bercakap seperti kutu-kutu dalam umprono lak, yg terbaru dia kata bersih tidak jujur, dipergunakan pihak pembangkang, lu tgk la kata2 dia spr Hello bai kalau lu nak jd barua umprono letak jawatan la gua pasti ajib akan bg lu kurang2 jadi senator sbb lu da cukup banyak mengampu. Apa yg lu takut sangat kepada tuntutan bersih ni:
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Dari lapan cuma empat je dalam bidang kuasa lu, bukan banyak pun, tak susah pun, apa yang lu takut sangat ni, lu cakap takan melayan tuntutan bersih bermakna SPR tu kotor la, kalau tak lu mesti kata SPR sedang menkaji atau menimbang ke tuntutan tu ni balik2 lu pusing nak wat biometrik la, org cerita pasal pengundi hantu, pasal mat bangla dpt ic, pasal mat indon dpt ic, kalau setakat biometrik tu lu tolak je ic mat bangla kat alat tu mmg la blh baca, sebab ic yg dia org ada tu tulin. cuma kewarganegaraan je palsu. jadi apa yang baru ny pengunaan biometrik tu dgn kaedah tunjuk ic cara lama. jangan pusing2 cerita bai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment