Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, October 15

UMNO semakin gila

Hari ni adik gua balik dari terenganu singah rumah gua, bukan main panas cerita dia bawa dari terengganu, gambar Anwar da mula disebarkan kan kat seluruh terengganu dia cakap kat pasar payang ditabur gambar lucah, memang sial umno ni, kepala da totok lucah nak jadikan orang lain pun lucah macam dia. ada seorang makcik yang berniaga disana siap mengamuk tak bagi orang tengok gambar tu, dikoyak2kan gambar tu,

Malaun2 umno ni gua heran betul pegangan hidup diorang nak kata Islam macam puak kafir pulak lakunya, jijik dan busuk permainan politik gila diorang ni, gua nak maki pun macam da tak ada bahasa yang boleh mengambarkan kejinya permainan politik diorang ni. Permainan kotor ni bukan setakat gambar lucah sahaja tetapi kerja kotor diorang menukar tempat mengundi dan kehilangan nama sebagai pengundi berdaftar sedang mengila di terengganu, bacul, pengecut sungguh umno ni.

Baru-baru ni gua dapat berita dari sumber yang boleh dipercyai bahawa semua guru2 kena bertugas semasa pilihanraya, tidak seperti sebelumnya hanya 2 3 orang sahaja dari satu sekolah kena bertugas. Gua nampak ini merupakan tektik kotor yang akan digunakan untuk menekan guru2. Kenapa tiba2 semua guru kena bertugas sebab utama pada gua adalah sebahagian besar guru merupakan penyokong Pakatan Rakyat jadi dengan mengarahkan guru2 bertugas secara tak langsung akan menjadikan guru2 sebagai pengundi pos. seperti biasa undi pos mana ada kutu yang berani pangkah pembangkang, tak pun kertas undi dah ada kutu lain yang tolong pangkahkan.

Umno dengan segala tipu muslihatnya akan mengunakan apa cara sekalipun untuk menang akan mempraktikkan tektik kotor, bermula dengan guru2, pengedaran gambar lucah, tukar tempat mengundi, menghilangkan nama pemilih, menambah pemain import, dan lepas ni akan ada macam2 tektik lagi.

Gua sekarang ni betul2 muskil ribut tak ada taufan tak ada tiba2 keluar berita KDN akan mengeluarkan IC baru untuk mengantikan IC lama awal tahun depan, apa sebenarnya yang berlaku ni, apa lagi muslihat disebalik penukaran tiba2 ni.

Sedang gua taip en3 ni gua terdengar dalam berita dari tv1 Ahmad maslan kata ada 56 bahagian yang sebelum ini pakatan menang dibawah mejoriti 3000 jadi dia nak jumpa semua ketua penerangan untuk berbincang apa yang patut dibuat agar BN boleh menang jadi Pakatan jaga2..........

Read more...

Friday, October 14

JOHOR ada berani ke

Masyarakat luar bandar sewajarnya berbangga dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan mereka sebagai sasaran utama dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Abdul Rahim berkata belanjawan itu turut menyediakan projek infrastruktur awam dan asas untuk luar bandar termasuk kemudahan jalan luar bandar, bekalan elektrik dan air.

"Sasaran untuk memberi liputan perkhidmatan elektrik kepada 95 peratus isi rumah melalui peruntukan RM963 juta bagi maksud tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Abdul Rahim berkata kesediaan kerajaan untuk menghapuskan pelbagai yuran persekolahan dan kesihatan juga merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

Tengok la sibadut2 rakyat cuba menipu, bila pulak belanjawan ni meletakkan masyarkat luar bandar sebagai sasaran utama mereka, peruntukan RM963 tak sampai pun setengah peratus dari jumlah belanjawan la beb, mcm mana kata bela masyarakat luar bandar, tu belum belaku ketirisan lagi entah2 dari RM963juta ni tak sampai pun Rm500juta akan sampai kepada rakyat.

Pastu kata menghapuskan yuran persekolahan la, tu berapa ringgit je bai, Rm20 pun tak sampai. Yang rakyat bising bukan yuran sekolah tapi, yuran buku, yuran pibg, yuran mssm, yuran buku tulis, yuran2 ni la yang cecah sampai ratus ringgit.jadi apa bezanya bagi yuran sekolah free dengan tidak.

Di kampung2 kat Johor sekarang ni tengah sibuk pemberian gula2 pilihanraya, parit2 dah mula kena korek, jalan belubang da mula ditampal, bahu jalan dah mula di tambak, rumah penduduk kampung da mula dapat kalbat baru, longkang2 da mula diganti, ini semua da jadi fenomena biasa menjelang pilihanraya, habis pilihanraya pi mampus dgn rakyat, tunggu la dekat 5 tahun lagi fenomena sama akan berulang, yang gua heran ni orang Johor senang sangat kena santau dengan gula2 ni, mengelupur semua mengundi BN tak pernah terfikir pun keadaan kampung dia 5 tahun lepas dengan sekarang ada perubahan tak.

Wakil2 rakyat yang susah nak nampak batang hidung sebelum ni da mula da sibuk gi sana sini, kalau tak bukan main poyo nak jumpa pun asik sibuk memanjang. kalau tak sebelum ni wajah wakil rakyat hanya boleh dilihat pada banner kat simpang jalan ucap selamat hari raya tu pun gambar lama masih muda, kalau tengok sekarang agaknya la orang ramai mesti terkejut da kerepot rupanya wakil rakyat aku.

Sekarang ni pun gua tengok kutu2 yang duk kat bahagian sibuk menonjolkan diri, melobi nak jadi calon maklum la kalau dapat jadi calon kat johor ni satu kaki da tentu confirm jadi wakil rakyat. sebab Johor ni unik dalam bangang kalau la pokok kayu tu di pakaikan baju BN lepas tu dijadikan calon pun boleh menang. Gua pun kadang2 heran dengan orang Johor ni, nak cakap bodoh memang ramai yang bodoh tapi yang cerdik pun berebut2 nak jadi bodoh.

Apa yang diorang fikir pun gua tak pasti, senang sangat kena tipu, apa yang kutu2 besar cakap terima bulat2, masa dekat hariraya, seorang pekerja gua ada berniaga bazar ramadan kemudian jual la sampul duit raya lambang Pas gua duk lepak kat gerai dia, gua duk perati makcik dan pakcik yang singgah kat gerai dia ni bukan main cebik mulut bila nampak sampul duit lambang pas ni, sampai gigil kan badan geli geleman dan bla gitu je tak beli barang, lepas gua cakap suruh pekerja gua simpan sampul tu baru la gerai dia laku jual barang. Tengok la karat melekat betul UMno kat diri orang Johor.

Sebenarnya gua tak salahkan sangat makcik dan pakcik ni sebab diorang ni sebenarnya dah lama hidup selesa kat Johor, makan pakai cukup, ada duit lebih lagi, nak cari fakir kat Johor ni gua ingat macam tak de je, kalau yang miskin mungkin dalam satu kampung ada la seorang dua je. Kenapa orang Johor ni rasa selesa sebab kat sini kerja tak susah kilang banyak walau gaji tak besar mana tapi kira selesa la, Johor ni kira bernasib baik sebab berjiran dengan singapura jadi pelaburan singapura banyak bertapak di johor. tambahan pulak pelabuhan dekat je, barang mudah di bawa keluar masuk melalui pasir gudang atau singapura. Nak kata BN berjasa pada Johor gua tak nampak pun, lagi buat Johor hancur ada la

Orang Johor ni dah cukup selesa sampaiikan jadi bacul bila ruang angkasa dicerboh singapura, harta tanah dikaut orang singapura, pulau batu putih dirampas singapura, tanjungpagar di kaut singapura, air mentah di sedut ke singapura. sebab kebergantungan kepada singapura ni amat besar. kena ugut dengan singa pura pasal air kecut semua teloq, kena ugut singapura tak nak jembatan bengkok kecut teloq lagi. Maruah orang Johor da lama kena pijak tapi tak de apa2 pun yang orang johor buat.

Kutu2 kat segamat yang sibuk usung sepanduk menghalau Guan Eng baru2 ni pun gua yakin kena bayar sebab kat Johor ni mana kutu yang betul2 berani mempertahankan maruah orang Johor


Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP