Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, August 8

lembab sangat la lu Khalid

Ni apa cerita ni khalid buat malu je, aphal lambat sangat bertindak kalau cerita ni benar, tapi kalu cerita ni salah mana statment lu, lembab betul la, benda macam ni pun nak satlekan lambat sangat. tido ke apa orang pakatan, tak pasal2 jadi buah mulut, umno suka macam ni, bersorak gumbira diorang dengan kesusahan orang lain. wooooooiiiii bangun jangan tido je.


 Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.
"Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir.
"Penuntut tahun satu dan penuntut baru telah mendapat kunci dan boleh tinggal di asrama masing-masing kerana mereka telah mendaftar awal iaitu pada seminggu yang lepas...pada waktu itu pejabat operasi asrama masih lagi dibuka," katanya.
Beliau berkata, bagi menangani masalah itu pihak MPP dengan kerjasama Badan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar telah menyediakan asrama sementara bagi membantu penuntut yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Dua beradik Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, menyifatkan masalah itu sebagai satu beban kepada penuntut.
"Saya dan adik datang dari kampung untuk menyambung pengajian di sini dan apabila perkara ini berlaku, kami kecewa... pagi tadi apabila sampai dari kampung kami diberitahu oleh pihak (pengurusan) kolej tidak boleh masuk ke asrama sebab tidak ada kunci... itu sahaja alasan yang diberikan," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP