Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, October 27

APA TU HUDUD (SIRI 4)



5.3 ZINA

PENGERTIAN ZINA
Zina ialah persetubuhan haram melalui alat kelamin lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah, sama ada pasangan itu melakukannya secara suka sama suka, dengan bayaran ataupun tidak, sama ada perkosaan atau tidak, sama ada ia dilakukan oleh seorang dewasa dan pasangannya tidak dewasa, sama ada dilakukan oleh suami, isteri atau tidak, sama ada dilakukan oleh orang yang pernah bersuami atau beristeri atau tidak. Semua hubungan seks di luar perkahwinan yang sah, dinamakan zina.

HUKUM ZINA
Zina adalah satu perbuatan keji yang termasuk dalam kelompok dosa-dosa besar.
Antara dalil-dalil daripada hadith berkaitan pengharaman zina adalah:

Sabda Rasulullah:
“Tidak ada dosa sesudah syirik dengan Allah lebih besar dari benih yang ditumpahkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan perempuan yang tidak halal baginya.”
(Hadith riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia (dhaif).)

“Barangsiapa yang berzina atau meminum khamar, Allah mencabut imen daripadanya bagaikan orang mancabut baju dari kepalanya.”
(Hadith riwayat Al-Hakim (dhaif).)

JENIS-JENIS ZINA

A. PENZINA MUHSHAN:
Yang dimaksudkan dengan penzina muhshan ialah lelaki atau wanita yang telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan yang sah, sama ada keluar mani atau tidak, sama ada masih dalam ikatan perkahwinan ataupun telah bercerai. Hukuman yang diancam ialah uqubah di dunia dan ‘iqab di akhirat. Di dunia dikenakan hukuman mati iaitu direjam sampai mati.

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN

1. Berakal waras
Orang gila tidak dikenakan hukuman rejam,hanya dikenakan hukuman Ta’zir sahaja. Orang mabuk yang berzina tidak terlepas dari hukuman rejam kerana ia mabuk atas kerelaannya sendiri dan ia tahu bahawa pemabukan boleh membawa akibat yang berat, kecuali ia dipaksa untuk minum atau tersalah minum lalu mabuk lalu melakukan zina, maka ia terlepas dari hukuman.

2. Orang dewasa
3. Orang merdeka
Hukuman terhadap hamba hanyalah separuh hukuman orang merdeka.
4. Telah menikmati hubungan seks (sanggama) dalam perkahwinan yang sah, walaupun tidak sampai keluar mani.
5. Zina itu dilakukan dengan sukarela. Orang yang dipaksa berzina atau tersalah orang tidak dikenakan hukuman rejam.

Pendapat golongan Asy-Syafie, Maliki dan Hanbali.
Tidak dikenakan hukuman rejam apabila seorang lelaki berzina dengan seorang wanita yang tidur di kamar rumahnya kerana menyangka ia adalah isterinya kerana walaupun ia termasuk dalam kategori zina, tetapi ada mempunyai ciri-ciri subhat, di mana subhat menggugurkan Hudud.

Pendapat golongan Hanafi
Wajib dikenakan hukuman Had kerana tidak mungkin si lelaki tidak kenal isterinya sendiri melalui sentuhan, baunya atau suaranya.

Pendapat Imam Abu Hanifah
Berzina dengan wanita yang diupah tidak dikenakan hukuman hudud kerana upah itu dikira sebagai maharnya. Pendapat beliau ditentang keras oleh para ulama’ termasuklah sahabat-sahabatnya. Pendapat ini bertentangan dengan dalil-dalil yang naqli dan akli. Jika menurut pendapat beliau, orang yang berzina dengan pelacur terlepas hukuman had kerana telah membayar upah kepada wanita yang ditiduri itu.

Pendapat Imam Ibnu Hazm
Lanjutan daripada kes Imam Abu Hanifah, beliau pula menyatakan dengan tegas bahawa penzinaan antara lelaki dan perempuan yang diupah lebih hina daripada penzinaan tanpa upah, malahan penzina yang mengambil upah telah melakukan haram yang lain lagi, iaitu memakan harta dengan jalan yang batil.

SABIT KESALAHAN ZINA

1. Pengakuan penzina sendiri.
Pengakuan adalah penghulu segala dalil dan menjadi bukti atas kesalahan yang telah dilakukannya. Pengakuan penzina perlulah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Berakal
  2. Pengakuan mestilah dibuat secara lisan
  3. Dewasa
  4. Dengan sukarela
Bilangan pengakuan
Menurut Asy-Syafie, Maliki, Al-Hasan, Daud, Hammad bin Abu Sulaiman, Abu Thaur, dan Ath-Thabari berpendapat bahawa pengakuan cukup dengan hanya sekali sahaja.

Menarik balik pengakuan
Apabila seorang penzina menarik balik pengakuannya, maka tidaklah ia dikenakan hukuman. Demikianlah pendapat menurut golongan Asy-Syafie, Hanafi, dan Ahmad.

2. Persaksian oleh empat orang saksi
Kesalahan zina menjadi sabit apabila ia disaksikan oleh persaksian yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Persaksian dibuat oleh empat orang saksi. Jika persaksian kurang daripada empat orang, ia tidak diterima bahkan mereka dikenakan hukuman lapan puluh kali rotan kerana menuduh tanpa saksi yang cukup.
  2. Semua saksi hendaklah lelaki.
  3. Semua saksi hendaklah beragama Islam
  4. Semua saksi terdiri daripada orang dewasa
  5. Semua saksi berfikiran waras
  6. Tuduhan dengan menggunakan perkataan yang terus-terang, bukan perkataan sindiran.
  7. Melihat kesalahan zina itu dengan terus-terang, secara jelas melihat kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan.
  8. Persaksian keempat-empat hendaklah dibuat dalam satu majlis, bukan di tempat yang berlainan dan masa yang berlainan.
3. Kerana si wanita mengandung
Menurut pendapat kebanyakan ulama’ wanita yang mengandung tanpa suami, tanpa diketahui siapa bapanya, ia tidaklah dikenakan had semata-mata, tetapi hendaklah dengan pangakuannya atau persaksian oleh empat orang saksi, sebab kandungan itu mungkin kerana hubungan seks dalam perkahwinan fasiq, mungkin kerana dipaksa, atau mungkin kerana hubungan seks yang dilakukan ke atasnya tanpa kesedarannya semasa tidur atau sebab-sebab lain.

UQUBAH KE ATAS PENZINA MUHSHAN
Hukuman had atas penzina muhshan ialah direjam sampai mati. Tidak ada perbezaan pendapat antara ulama’ mengenai hukuman ini.

CARA PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM

  1. Hukuman hendaklah dilakukan secara terbuka dan dipersaksikan oleh sekumpulan orang Islam, baik mengenai hukuman rotan mahupun rejam.
  2. Hukuman bagi wanita yang sedang mengandung hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan selesai menyusukan anaknya dalam tempohnya, jika tidak ada orang lain yang akan menyusukan anaknya.
  3. Wanita yang direjam hendaklah direjam sambil duduk, manakala lelaki hendaklah direjam sambil berdiri, begitulah menurut Jumhur ulama’
  4. Pakaian orang yang dikenakan hukuman rejam hendaklah diikat baik-baik supaya tidak terbuka auratnya ketika menggelepar kesakitan semasa direjam.
  5. Menurut Abu Hanifah, orang yang menjadi saksi wajib menjadi orang pertama merejam. Jika wanita itu membuat pengakuan sendiri, maka pemimpin negara atau wakilnya wajib memulakan hukuman itu.
  6. Menggali lubang untuk orang yang direjam.
B. PENZINA BUKAN MUHSHAN
Penzina bukan muhshan ialah lelaki atau wanita yang belum pernah menikmati hubungan seks dalam perkahwinan yang sah, walaupun telah melakukan hubungan seks itu di luar perkahwinan yang sah.

UQUBAH KE ATAS PENZINA BUKAN MUHSHAN
Hukuman yang wajib ke atas penzina bukan muhshan ialah:

  1. Cambukan rotan seratus kali
  2. Pembuangan negeri (Daerah) selama setahun
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Syarat-syarat pelaksanaan had, syarat-syarat yang dikenakan ke atas pesalah serupa dengan syarat-syarat yang dikenakan ke atas penzina muhshan. Demikian pula mengenai sabitnya kesalahan, iaitu melalui pengakuan, persaksian, dan kehamilan.

CARA PELAKSANAAN UQUBAH

  1. Wanita yang hamil hendaklah ditangguhkan sampai ia bersalin dan setelah tempoh penyusuannya tamat.
  2. Penzina yang sedang sakit ditangguh sampai ia sembuh.
  3. Hukuman tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
  4. Pesalah dirotan sambil ia duduk.
  5. Cambukan rotan boleh dikenakan kepada seluruh anggota badan, kecuali kepala, muka dan kemaluan. Demikian menurut pendapat Asy-Syafie, dan Abu Hanifah.
  6. Rotan yang digunakan adalah rotan yang sederhana besarnya, tidak besar dan tidak pula kecil, dan jika pelepah tamar yang digunakan, maka hendaklah menggunakan pelepah tamar yang separuh kering.
  7. Jika hukuman itu dikenakan atas dasar pengakuan pesalah sendiri, maka hukuman dihentikan atau digugurkan jika pesalah menarik balik pengakuannya.
  8. Pelaksanaan hukuman rotan hendaklah dipersaksikan oleh segolongan orang-orang mukmin.
5.4 QAZAF

Qazaf bermaksud tuduhan zina. Tuduhan selain zina tidak termasuk dalam Hudud, tetapi termasuk dalam Ta’zir. Tuduhan zina sangat besar dosanya. Qazaf hendaklah dengan perkataan yang terang dan jelas iaitu dengan menggunakan perkataan zina atau menafikan anak yang dilahirkan isterinya atau yang sedang dikandung isterinya, atau menggunakan perkataan yang serupa dengan zina dalam bahasa lain.

Menurut beberapa pendapat ulama’, tuduhan mestilah secara terbuka, tuduhan secara tertutup tidak termasuk dalam qazaf. Namun dalam Al-Quran dan As-Sunnah menyebut tentang qazaf secara umum, jadi qazaf secara terbuka, tertutup, bertulis dan sebagainya dikira sebagai qazaf menurut pandangan sebilangan besar Jumhur ulama’

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Qazaf menjadi sabit apabila memenuhi syarat-syarat yang berikut: 

1. Orang yang menuduh:

  1. Berfikiran waras
  2. Dewasa
  3. Tuduhan dilakukan secara terang-terangan dan sengaja, bukan dipaksa.
Tidak disyaratkan penuduh mesti orang Islam. Orang kafir yang menuduh orang Islam akan dikenakan hukuman had juga.

2. Orang yang dituduh:

  1. Berfikiran waras
  2. Dewasa
Kebanyakan dari pendapat ulama’ membataskan umur lelaki yang dituduh ialah 10 tahun dan perempuan yang dituduh ialah 7 atau 9 tahun.

3. Orang Islam
4. Merdeka
Menuduh hamba tidak dikenakan had, demikian pendapat jumhur ulama’, antaranya ialah Abu Hanifah, Asy-Syafie, Maliki, Al-Auzai’, Sufian Ath-Thauri, dan lain-lain.

5. Orang yang dituduh tidak membuat zina sebelum dan sesudah dituduh.

SABIT KESALAHAN QAZAF
Kesalahan qazaf menjadi sabit melalui salah satu dari dua cara:

  1. Kerana pengakuan penuduh sendiri, dan ia gagal mendatangkan empat orang saksi, atau
  2. Kerana persaksian dua orang lelaki yang adil
UQUBAH KE ATAS KESALAHAN QAZAF
Uqubah yang dikenakan ke atas penuduh ialah:

  1. Lapan puluh pukulan cemeti
  2. Hilang hak persaksian kerana ia sudah tergolong dalan golongan orang-orang fasiq. Haknya akan pulih apabila ia bertaubat dan beramal soleh.
Pelaksanaan hukuman ini dilakukan oleh hakim atas tuntutan yang tertuduh sendiri atau walinya.

GUGURNYA HUKUMAN
Penuduh akan terlepas dari hukuman had apabila ia dapat mengemukakan empat orang saksi seperti saksi-saksi dalam bab zina, ataupun apabila tertuduh sendiri membuat pengakuan berzina yang dituduhkan ke atasnya. Jika penuduh berjaya mengemukakan empat orang saksi, maka gugurlah hukuman had ke atasnya, sebaliknya tertuduh dikenakan hukuman had penzina.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP