BLOG NI UNTUK ILMU DAN LUAHAN RASA GUA TERHADAP KETIDAKADILAN YANG BERLAKU
ISTIQOMAH
SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA
BUNTATJ@GMAIL.COM
BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN
Wasiat Saidina Ali...
1. Dosa yang paling besar ialah takut. 2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa. 3. Berani yang paling besar ialah sabar. 4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan. 5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas perlu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ini kerana menurut Hasan, Pas sehingga kini berdiam diri dan gagal dengan pendirian mereka sebelum ini dalam menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.
Hasan berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebelum ini, yang jelas satu ketika dahulu mengatakan, Pas perlu laksanakan hudud dan tidak akan ketepikan undang-undang Islam. Gua ingat cerita pasal gila talak tu cuma metos je, rupa-rupanya betul-betul ujud la, Contoh terbaik mamat akidah ni dah kena cerai talak tiga tetiba nak sibuk pulak nasihatkan orang sedangkan diri sendiri pun duduk dalam lobang najis. Gua pada mulanya malas nak serang mamat ni, sebab rasa hormat gua pada dia tapi bila dia fitnah azmin dalam ceramah dia kata azmin kongsi bini. hilang terus respek gua pada sigila talak ni.
Kan gila namanya ni suka2 fitnah orang, ada buktikan hasang, meroyan dia ni dah semakin hari semakin teruk nampaknya, kenapa ye? kena sampuk dengan polong umno ke apa? Gua nak tinggalkan dulu si gila talak ni gua tertarik pasal cerita akta 114A dikuatkuasa...
Akta ini merupakan sejarah, ianya adalah sejarah paling hebat dalam tamadun manusia, dimana pendapat tidak lagi boleh menyatakan pandangan sudah tidak lagi boleh berkongsi pendapat kita disuruh diam.
Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?
Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.
Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.
Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
3 comments:
Ini adalah sebagai pelengkap kegilaan mereka!
ye betul tu uncle, umno mmg dah gila
Saya sangat2 setuju dgn pandanganya tentang hassan ali..
Post a Comment