Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, August 10

Apa tu kafir



KENA TAHU APA MAKNA KAFIR


KAFIR
Pengertian kafir pada bahasa bermakna ingkar. Manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud tidak ada kepercayaan pada salah satu daripada  rukun iman yang enam.Tidak percaya kepada salah satu daripada rukun iman yang wajib dipercayai akan dihukumkan kafir, tidak kira sama ada ia ada mempercayai kepercayaan agama lain atau tidak.

Kafir merupakan gelaran bagi orang-orang yang tidak mempercayai Islam. Jika mereka mahu memeluk agama Islam, mereka hendaklah mengucap dua kalimah syahadah.
Orang kafir yang memeluk agama Islam dianggap bersih daripada dosa.Orang yang mati dalam keadaan kafir akan di kekalkan oleh Allah dalam neraka.

Jenis-jenis kafir dalam hubungannya dengan pemerintahan Islam :

-kafir harbi = orang kafir yang melancarkan serangan atau mengisytiharkan perang terhadap orang Islam atau Negara Islam. Mereka ini wajib diperangi.

-kafir zimmi = orang kafir yang tinggal di negara Islam dan mereka ini taat setia kepada pemerintahan Islam sebagai tanda menjadi rakyat di negara berkenaan. Mereka ini boleh di kenakan cukai (jizyah) dan wajib di lindungi.

-kafir mu ‘aahad = orang kafir yang membuat perjanjian dan hubungan diplomatik dengan negara Islam. Mereka tidak boleh di cerobohi selagi mereka mematuhi syarat-syarat perjanjian.

-kafir mustakman = orang kafir yang mendapat perlindungan di bawah pemerintahan Islam. Mereka boleh di kenakan bayaran ufti sebagai syarat mendapat perlindungan. Mereka wajib di lindungi dan tidak boleh di cerobohi. Ini termasuklah orang kafir yang mendapat suaka di negara Islam.

RIDDAH ( KELUAR DARIPADA ISLAM )

Riddah pada bahasa ialah mundur atau berpaling. Dari segi istilah syarak pula ialah berpaling atau meninggalkan agama Islam, sama ada orang itu orang Islam yang asalnya atau orang yang baru menganut agama Islam. Orang yang keluar meninggalkan Islam itu adalah di namakan murtad.

Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui 3 cara :

-murtad melalui niat atau qosad = iaitu seseorang itu berniat atau qosad yang bersungguh-sungguh atau niat secara main-main hendak meninggalkan agama Islam ataupun berniat mempersenda-sendakan hukum Islam.

-murtad melalui perkataan = iaitu seseorang yang berkata-kata dengan bersungguh-sungguh atau main-main hendak meninggalkan agama Islam atau sengaja mempersenda-sendakan atau mencela hukum Islam dengan perkataan.

-murtad melalui perbuatan = iaitu seseorang itu dengan bersungguh-sungguh atau main-main melakukan perbuatan membesar-besarkan agama lain ataupun mempermain-mainkan atau mencela hukum Islam. Jika semua perkara di atas di laukan dengan sengaja dan dengan hati yang redha, bukan di paksa-paksa, maka seseorang itu akan jatuh murtad.

Hukum ke atas orang yang murtad adalah di suruh bertaubat terlebih dahulu. Jika enggan, maka wajib di hukum bunuh.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP