1.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hanya kerajaan yang berpengalaman serta banyak menabur bakti dan jasa kepada negara mampu memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyatnya.
2.Muhyiddin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, berkata sebagai kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan hala tuju, pelbagai inisiatif di bawah program transformasi sudah dilaksanakan BN bagi memastikan masa depan rakyat terjamin.
3."Kita beri jaminan, selagi BN mendapat sokongan rakyat, usaha-usaha seperti mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan jumlah pendapatan rakyat akan diteruskan. Inilah jaminan kita, beri sokongan padu pada pilihan raya nanti.
Gua saja je bagi no kat statment Din pagoh biar senang orang terutama orang umno nak faham sebab nya kat sini
Ok berbalik kepada cerita Din pagoh ni, kerajaan berpengalaman mampu beri masa depan baik kepada rakyat, lu nak tipu sapa din, sejarah da buktikan kerajaan yang terlalu lama ni la yang paling korup paling zalim, paling tak guna, contoh Marcos, golkar di indonesia, hosni mubarak mesir, basir di syria, kamal artartuk turki, dan banyak lagi, semuanya menjahanamkan rakyat seperti apa yang sedang dibuat oleh umno sekarang, habis punah kekayaan Malaysia.
Apa perancangan yang jelas yang lu katakan, buat logi Lynas, bagi amah indon gaji sampai nak mampus orang malaysia nak bayar, beri felda diterajui kaki rasuah, beli kapal selam komisen gila babi, buat lawatan Pm ke us n uk sampai berjuta ringgit lebur, bagi orang bela lembu sampai habis rtusan juta,bagi projek kat anak-anak menteri sampai ratusan juta, itu ke maksud lu perancangan dan halatuju untuk rakyat. tak cukup ke korang bedal dan agihkan harta rakyat macam harta tebusan koorang.
Nak mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan pendapatan rakyat. Yang ni lawak ke apa, banyak sangat ke kadar jenayah yang lu orang berjaya turunkan sejak 54 tahun lu orang perintah, banyak sangat ke kenaikan pendapatan rakyat di negara ni, masa gua kecik dulu gua boleh beli kuih 10sen sekarang ada dapat, paling kurang pun 30sen. bermakna naik 300%.
masa gua kerja kilang masa cuti sekolah gaji rm8 ini cerita 25 tahun lepas, sekarang ni ada naik banyak ke?, berape gaji pekerja kilang sekarang ada sampai Rm20. tarak beb. bermakna kalau dibandingkan pendapatan 25 tahun dulu dengan sekarang tak sampai pun 300% naiknya, sedangkan harga barang dah naik lebih 300%. dah 54tahun beb lu perintah hidup rakyat tak banyak berubah, kalau setakat lu ukur pendapatan rakyat ikut perkapita memang la naik tapi siapa yang sebenarnya naik, jadi lu tak payah la nak bagi ayat-ayat manis pasal nak dekat pilihanraya ni, rakyat dah muak, dah bosan, dahb meluat tengok kerenah lu orang.
Lu orang dah gagal la beb nak meperjuangkan nasib rakyat, 54 tahun beb bukan sikit masa kalau yang lahir pada masa lu start perintah sekarang ni dah jadi atuk atau nenek la beb. Rakyat semakin senang ke sekarang. lu boleh bla dengan lu punya bedek.
1 comments:
Salam Yob,
tiap hari bunuh, bunuh, bunuh, rogol, rogol....kurang amendenyer!
Post a Comment