Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, March 31

Apa yang ko merepek ni mashitah

Seperti Dokumen Negara Islam terbitan Pas sedekad lalu dan dikecam kerana terlalu ringkas dan kabur untuk menerangkan konsep dan pelaksanaan sebuah sistem pemerintahan negara, buku Pas mengenai negara berkebajikan juga bagaikan melepas batuk di tangga.

Buku ini tidak komprehensif, tiada kajian mendalam dan tidak praktikal. Banyak kenyataan bersifat umum dan abstrak. Ada bab hanya tiga atau empat perenggan sahaja. Tiada contoh spesifik atau data sokong hujah berhubung dasar ekonomi dalam negara berkebajikannya. Malah, banyak bahagian dalam buku ini adalah pernyataan dasar dan langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN, seolah-olah Pas tidak nampak apa yang berlaku di negara ini sejak 56 tahun lalu.

Sebahagian besar buku adalah himpunan ayat-ayat Quran dan penjelasan cetek mengenai istilah asas. Diketengahkan usul al-Fiqh seperti maqasid al-syariah dan siyasah al-shar’iyyah tetapi tidak digariskan apakah cabaran strategik yang akan dihadapi negara, atau kaedah penjanaan sumber pendapatan negara untuk berbuat kebajikan kepada rakyat


Bila usatazah ni meroyan, pelik! tapi itu la pandangan cetek dari akal yang cetek kalau dibaca keseluruhan artikal minah ni gua lebih tertarik dengan awal artikal sebab yang akhir artikalnya banyak merapu dengan cerita fitnah dan kedangkalan idea, akhir artikal juga banyak perkara yang dimainkan semula tanpa bukti dan fakta yang jelas dan hanya tuduhan rambang seperti biasa ke umno han nya.


pendapatnya yang mengatakan buku ini tidak kmprehansif, tiada kajian dan tidak praktikal tidak dibuktikan dengan fakta cuma andaian beliau sahaja mengikut tahap akal pendek beliau.Kalau la buku ini diperincikan segala macam perincian buku ini gua rasa tidak mungkin praktikal dibaca atau telalu banyak isi yang perlu dimasukan, tetapi apabila buku ini sebahagian besar merupakan himpunan ayat AlQuran gua rasa la sudah mencukupi untuk menerangkan dasar negara berkebajikan kerana buku ini boleh dibaca bersama dengan tafsiran buku2 lain dari ulama yang muktabar.


Dengan pengakuan mashitah ni bahawa buku ni diketengahkan usul Al-Fiqh maka dengan sendirinya telah menjawab segala persoalan tentang ketidak lengkapan buku ini. Rujukan lain sebenarnya menjadi teras buku ini. 


Tentang cabaran strategik yang akan dihadapi negara ini gua rasa amat la tidak sesuai dibincangkan dalam sebuah buku yang cuma bercerita tentang dasar negara berkebajikan. Perincian tentang Strategi untuk cabaran mendatang bukan boleh diandaikan dalam sebuah buku tetapi kena melihat senario politik, muka bumi, ekonomi, tabiat atau perangai samada masyarakat Malaysia atau Dunia. Dan kalau la selama ini strategi Umno berpaksikan andaian semata memang patul la umno bakal berkubur.

3 comments:

Anonymous,  March 31, 2012 at 8:38 PM  

gelinya aku tengok..ueeeekkk

Anonymous,  March 31, 2012 at 11:14 PM  

boleh lg tu,huhu!!!

Wak Labu Farm April 1, 2012 at 1:39 AM  

Salam,

blog anda sudah tersenarai dalam bloglist Wak Labu.... tapi jangan lupe blog Wak, tolong di senaraikan juge yeeee

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP