Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang).
Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.
Satu lagi kejayaan yang dapat diraih hasil pemerintahan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tahniah atas kejayaan pencapaian yang amat memberangsangkan ini, kepada kaki sek atau umprono gua amat berbangga hasil tarbiah, didikan dan pemerintahan yang bergaya telah berjaya, satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Gua ingat bro ISA pun akan berbangga seperti gua berbangga. kah kah kah.
Gua suka tengok hasil kajian ni yang menjadi faktor pencapaian terbaeek ni, kesempitan hidup: patut la berpusu2 orang minta bantuan gereja, gua selalu juga dengar kat tv3suku tentang bertapa kerajaan Bn telah berjaya membantu rakyat tiba2 hari ni pulak Pdrm kata ada lagi rakyat yang kesempitan hidup, issssh isssh pelik pelik!
Kepincangan institusi kekeluargaan: kenapa ye boleh berlaku dalam negara islam yang mengamalkan konsep wasatiyaah katanya, pelik kan! Agaknya la menteri yang menjaga pembangunan masyarakat sibuk sangat la jaga lembu sampai tak sempat, sempat
Apa pun gua nak ucapkan sekali lagi tahniah atas pencapaian ini. Dan gua sebagai rakyat yang dipimpin hasil nasihat apco berasa teramat teruja.
Pada kaki yang suka makan luar, satu kegembiraan untuk anda semua, sebelum ni lu semua hanya disajikan lauk dari indon, china, thai atau vietnam tapi kini lauk tempatan telah mula menguasai pasaran, bertuah sungguh lu.
1 comments:
Salam Ziarah...
Menarik bro... pencapaian diutamakan kah kah kah...
Post a Comment