CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI
Dari
sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global
Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang
begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa
Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope
Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya
diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad
juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan
Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak
patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya
hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru
Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda
. Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di
Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik.
Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan
‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai
untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda
Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang
sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya,
takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu
duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak
sahajakan?”
Seorang
lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya
ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami
pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam
jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama
kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara
sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya
bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir
Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO.
Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di
bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures.
Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat
beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan
apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh
masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai
perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato
Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga
seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan”
kata sumber itu lagi sambil tersenyum.
0 comments:
Post a Comment