Dua tiga hari ni gua betul2 hangin dengan telekom, macam cibai, wa cakap lu, bila bab bil bayar sibuk dok telefon suruh bayar tapi perkhidmatan macam sial. Sebelum ni gua kurang hangin sebab walaupun streamyx lembab, boleh lagi gua surf, tapi dua tiga hari ni langsung lembab gila, semalam pulak langsung tak boleh dapat surf.
Ni la bahana nak kaut untung je, pelanggan pi mampus, kapatalis sialan, gua bukan bekira sangat kena bayar tapi, yang gua panas tu, untung berjuta2 kena tax 6% lagi tapi perkhidmatan masih duk takuk lama. nak cakap malaysia da maju tapi kalu sistem masih standard somalia nak buat apa.
Gua nak sambung cerita pasal felda seperti yang gua janji sebelumnya:
FAKTA-FAKTA PENYENARAIAN FELDA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN TV3 DAN UTUSAN:
- Menteri
Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan
Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu
rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda demi memenuhi nafsu Isa Samad
kecuali diarahkan PM Najib. Campurtangan beliau dalam Koperasi
Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur
tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya
serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica)
yang turut dianggotai oleh Angkasa. Difahamkan beberapa lembaga
pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari EU dan Afrika akan
mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan
potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti
undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda
terlibat di bawah Parlimen Bera) Dato Seri Ismail Sabri akan terus
mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan menyokong usaha Isa
Samad merampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun Isa Samad menjaja
nama PM Najib ke sana ke mari
- PerjanjianPajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:
- Tanah-tanahperladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar DAN;
- Tanah-tanah
sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan
kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri
digunakanFelda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan,
perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana
penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut
sudah mendapat geran,ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara
automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada Felda
Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun.
Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan,
pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda
Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali
tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka
anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Sabri Ahmad
- Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture
JIKA
ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA
TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN
DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL
VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN,
DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN
MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI
MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI
DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH
REFERENDUM
Anak-anak Syarikat FELDA
FELDA
40%
Koperasi Permodalan FELDA
60%
Felda Global Ventures
- Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:
Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:
- Mewujudkan
situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah
Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan
Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir
korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti
BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah
Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang
sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi
mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi
KPF, perkara pertama akan dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan
pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan
dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah
polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini
- Menutup
mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda
bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad
iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak
syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan
kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan
saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh
kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA
pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian
ini
- Hasil
pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda
dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti
dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan
sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh
yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian
runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda
dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan
Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion
Kepada
anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan
kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu
di antara berikut:
DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:
Durian
Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan
‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana
bantahan peneroka
Pink
Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia
diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual
pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang
sebenar. Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham
tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara
lain malah penjenayah juga boleh membelinya). Adalah dijangka jualan
anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini
sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus
kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli
saham anda terutama kroni Isa dan Sabri |
- Koperasi
Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua
anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku.
- FELDA
(pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak
syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang
dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti
dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah
PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak
FELDA dan diberi kepada pelabur lain
-
Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja
pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan
sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma
sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN
INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA
DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM
BERMULA 1.12.2012)
Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA
tidak lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti
bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan,
perumahan dll. Kesimpulannya
taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain
seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dll.
- Kuota
Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan
dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur
dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global
Ventures
|
- Jaminan
Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi
meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi
peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN
TERBESAR:
- Tidak
ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam
Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi
menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012)
seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion
tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini
- Isa
Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini
mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian
anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar
Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda
dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka
- Segala
kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini
TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures
yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad
dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah
kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan
mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan
RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang
pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan
didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk
meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama
dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri
Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/
) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih
rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2
individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang
meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?
Semua
fakta-fakta ini akan terbukti jika terdapat wakil peneroka membuat
laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi
mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang meragukan dan
melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak.
Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus
berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain
diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa
penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut
tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan
Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa
Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.
0 comments:
Post a Comment