Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar diminta menjelaskan kewajaran membenarkan syarikat milik kerajaan (GLC), Sime Darby Bhd. dalam membeli 30 peratus saham Eastern & Oriental (E&O) Bhd. pembelian itu mencurigakan kerana ia tidak logik apabila Sime Darby membeli 60 peratus premium E&O tetapi hanya mendapat 30 peratus saham syarikat hartanah tersebut. pembelian itu turut melibatkan kepentingan suami Zarinah sendiri iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif E&O, Datuk Azizan Abd. Rahman. Baru-baru ini, Sime Darby mengumumkan pembelian tersebut tetapi ia mendapat perhatian ramai apabila GLC tersebut membelanjakan RM776 juta untuk memiliki hanya 30 peratus pegangan saham E&O.
Sime Darby juga dikatakan membayar terlalu mahal bagi seunit saham iaitu pada kadar RM2.30 berbanding nilai aset bersih RM2.19 sesaham dan harga sebelum digantung pada kadar RM1.45.
Nampak gaya ada lagi la GLC yang bakal bungkus, MAS da nazak, TNB hampir koma, apa la nak jadi, semakin lama semakin teruk syarikat rakyat, pembahagian faraid antara cukong2 ni macam da jadi biasa, da macam tiada sekatan dan rasa bersalah, lepas ni kalau ada masalah semua pihak pandai tepis, mengelak, cari seekor dua kambing hitam semua sattle. yang melopong rakyat, akhirnya duit rakyat juga yang jadi mangsa buat bail out. Macam krisis 1998 dulu, dana2 dan simpanan rakyat kena sapu, yang selamat cukong2 ni jugak.
Rakyat Malaysia pulak senang je kena tipu, media kerajaan belit sikit je da percaya, agaknya la rakyat akan sedar bila nak beli beras pun da tak mampu nanti. Yang gua kadang2 muskil sekali kenapa la orang melayu paling susah nak sedar, bangsa lain da lama bangun dari mimpi, orang melayu masih lena dibuai mimpi2 hasil skrip cukong2 ni. Gua risau betul tengok bangsa gua ni, ditipu mamak percaya, ditipu utusex percaya, ditipu inggris percaya, ditipu tv3/4 pun percaya. pelik sungguh
0 comments:
Post a Comment