Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, August 12

Nasihat Hishammuddin

KAJANG: Banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.
"Saya bersyukur apa yang melanda UK (United Kingdom) hari ini tidak berlaku di negara kita dan ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa kementerian itu di Masjid Kompleks Penjara Kajang, hari ini.
Hishammuddin berkata, rakyat Malaysia kini boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri bagaimana polis negara kita menangani perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.
Beliau berkata, KDN memantau secara dekat keadaan di London dan bandar raya lain di United Kingdom sejak tercetusnya rusuhan di Tottenham Sabtu lalu dan yakin kerajaan England mampu menangani rusuhan itu.
Katanya, rusuhan itu turut mengingatkan kerajaan akan perkara yang perlu diberi penekanan sekiranya kerajaan ingin membuat sesuatu perubahan dalam isu-isu penting.
"Kalau kita nak melihat kepada tranformasi, dalam kita nak mengimbangi hak dan juga keselamatan negara, bila kita nak membuat perubahan dalam konteks kebebasan untuk bersuara, maka kita hendaklah ambil kira kekangan-kekangan dan juga apa yang dihadapi oleh negara-negara tertentu," katanya.
Rusuhan dan kejadian menjarah di United Kingdom tercetus pada Sabtu di Tottenham di utara London susulan tunjuk perasaan aman berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.

Gua cilok dari sini


Gua setuju dgn joker bergelang orange ni.
Alamak gelang oren sama la, macam ada apa-apa je


Melalut lak gua yang gua setuju dengan joker ni ialah
1.Memang banyak pengajaran dari peristiwa ini-
tapi kenapa ye selalu buat purak-purak imnesia.

2.Pihak berkuasa perlu menanangi isu in dengan bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.- jadi jangan suka2 belasah orang, tembak gas pemedih mata, serang hospital.

3."Saya bersyukur apa yang melanda UK (United Kingdom) hari ini tidak berlaku di negara kita dan ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah,"-
ye benar sebab selama ini pun orang Malaysia masih tahu jaga adab, kesopanan, budi perkerti seperti yang ditunjukan oleh pendemo2 bersih ari tu, tiada yang ganas2.

4. Hishammuddin berkata, rakyat Malaysia kini boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri bagaimana polis negara kita menangani perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.-
tepat sekali pendemo2 bersih begitu teratur dan tiada yang bertindak ganas atau melawan walaupun diserang oleh pihak berkuasa, tidak seperti yang ditunjukan oleh orang britain tu.

5.Katanya, rusuhan itu turut mengingatkan kerajaan akan perkara yang perlu diberi penekanan sekiranya kerajaan ingin membuat sesuatu perubahan dalam isu-isu penting.-
Ye benar kerajaan perlu bersih dari rasuah, penindasan, makan harta rakyat jangan cuma mencari jalan menghalalkan semua cara bagi memenuhi cita2 atau menipu rakyat kerana rakyat sudah semakin pintar.

6.Rusuhan dan kejadian menjarah di United Kingdom tercetus pada Sabtu di Tottenham di utara London susulan tunjuk perasaan aman berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.-
Yang ini paling penting jangan purak2 buat tak tahu, kes Teo, Sarbini, Aminurashid, Kugan, dan beberape kes lain.



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP