Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, December 31

Jangan sedap mulut lu je macha

Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.
Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukannya memusnahkan demi tujuan komersial.
"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini,” katanya.
 Pejuang Warisan Islam

Alamak macha lu cerita apa ni macha, sedangkan masjidil nabawi pun pemerintah arab saudi robohkan untuk jadikan yang baru,masjidil haram pun sama la beb. sejarah mana boleh padam beb. apa bingai sangat lu ni macha, Kalau macam tu, kenapa lu robohkan penjara pudu, kat dalam penjara tu kan ada masjid untuk banduan berjamaah. lu apa cerita tamby.

Apa lu ingat semua bangunan lama tu perlu dikekalkan ke untuk menongkat langit sampai rebah baru nak di robohkan ke. Siapa yang bodoh dan tak berpandangan jauh ni beb.

Satu lagi bangunan tu baru je 100tahun apa kena mengena dengan kedatangan islam di kedah beb, apa lu ingat sebelum 100tahun lepas semua orang kedah tu kafir ke, lu da menghina nenek moyang gua ni beb. Gua tau la sebelum 100tahun dahulu entah2 datuk nenek lu masih kat india, tapi jangan la lu hina orang melayu dengan kata islam sampai di kedah 100 tahun dahulu. lu jangan macam2 macha.

Lain kali kalau nak mengampu agak2 la macha, jangan sedap mulut lu je, buta sejarah nak berlagak macam handal, g la mabuk!!

6 comments:

rakab,  December 31, 2011 at 7:55 PM  

SEPANG, 31 Dis - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan beliau melakukan penyelewengan wang zakat bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berniat jahat.

Beliau menjelaskan wang yang digunakan adalah dari dana khas kerajaan kedalam bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembayaran kos guaman.

Jamil Khir turut menambah kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana kepada MAIWP bagi peruntukan kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah.

Beliau turut menempelak sikap pembangkang yang turut memainkan isu kos ubah suai rumahnya supaya membuat penyelidikan rapi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah dan jahat.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.

Jamil Khir turut mencabar pihak berkenaan membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjelasan isu pembelian rumah yang dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
===================================

Ternyata puak pakatan memang kaki fitnah !!

Anonymous,  December 31, 2011 at 8:38 PM  

mana2pun ada rakab upahan nie. copy n paste saja.

rakab,  January 1, 2012 at 12:00 AM  

Aku cuma sampaikan info laa non...
supaya kau berpeluang menilaikan sesuatu isu dengan lebih adil..

rakab,  January 1, 2012 at 12:01 AM  

Kajian UITM - hampir 3/4 rakyat Selangor mahukan Pakatan berambus..!!

KAJIAN TREND PENGUNDI MENJELANG PRU 13 4 PARLIMEN DI SELANGOR

Jumlah Responden
Gombak : 763
Hulu Selangor : 773
Kuala Selangor : 764
Shah Alam : 744

Kepuasan Hati Terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Berpuas hati : 35.2% (1,071 responden)
Kurang berpuas hati : 63% (1,971 responden)

Pencapian Ahli Parlimen
Gombak : 3.1% (puas hati), 96.9% (kurang puas hati)
Kuala Selangor: 2.7% (puas hati), 97.3% (kurang puas hati)
Shah Alam: 4% (puas hati), 96% (kurang puas hati)

rakab,  January 1, 2012 at 4:17 PM  

Encik Jebon,

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar tu pembohong apabila menyatakan tidak mengenali Eskay, sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.


Kata RPK lagi, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas takkan pakai Anwar lagi... sekiranya pakatan gagal dalam PRU13nanti.


"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh !!"

Kata RPK...

poyo,  March 19, 2012 at 10:20 PM  

skejap gay lepas tu dgn china doll...apalah puak umno ni..tunjuk jelah bukti kt polis...buang masa jer....duit rakyat kena tarah sampai habis buat tak tau jer....memang BN Babi Ngepet

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP