Lebih ramai anggota Umno patut menyatakan hasrat tidak bertanding dalam
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang sekiranya ada calon lain
yang lebih baik bagi meringankan pucuk pimpinan memilih calon boleh
menang.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata: "Ini akan
memberikan Perdana Menteri selaku Presiden parti Datuk Seri Najib Tun
Razak melakukan kerja dengan lebih mudah dan dapat mengelakkan lebih
ramai yang terentak hati atau berkecil hati."
Kah kah kah apa punya cerita ni beb, kalau berani lu buat dulu lu tak nak bertanding baru ada rasa beb, yang lu tak pasal2 suruh orang lain tak bertanding apa hal beb, mana boleh macam tu beb, dalam umno ni kena berebut beb jadi calon kalau tak mana boleh masssuuukkkk. lubuk emas tu takkan nak biar orang lain gali lu pulak nak tengok je gigit jari.
Tapi pasal lu dah bagi nasihat untuk orang jangan bertanding gua rasa lu patut mulakan dulu, dah banyak penggal beb lu bertanding masuukk pun dah cukup lebat bagi la orang lain pulak rasa, tak baik beb makan sendiri, pelahap namanya tu. Lagi pun lu bukan ada bagi apa2 sumbangan besar pada umno ni, yang lu bagi semua idea kitar semula je, bos cakap a lu pun sibuk cakap a, jadi apa sumbangan lu baik bila lu nak cakap je lu mainkan cd ucapan bos lu tak yah penat2 buang air liur benda sama je.
Tapi gua nak tabik dengan lu hari ni, sebab lu punya cakap ada beza sikit dari biasa, bila lu cakap suruh lebih ramai anggota tarik diri dari bertanding tu idea baru, bravo, bravo, bravo. ada juga rupanya lu idea beb.
Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal
leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti,
namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak
boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu
mengundurkan diri," katanya.
peehh punya la manis ayat mengampu, apa macam bos ada suka ka? ok la teruskan membodek, gua nak tengok ayat2 power dari lu
0 comments:
Post a Comment