Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, November 9

felda oh felda

Salam Perjuangan.

Mohon jasa baik tuan untuk siarkan artikel / surat pembaca berkaitan isu-isu Felda ini untuk tatapan pembaca tuan yang budiman sekalian. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan semoga Allah membalas jasa baik tuan kerana menyiarkan artikel / surat pembaca ini. Terdapat 3 artikel / surat pembaca yang sempat saya karangkan daripada maklumat sahih dan dokumen yang dikongsi oleh rakan lain, jika boleh harap tuan boleh siar semua yang sama penting sifatnya.

Jika tuan tidak bantu siarkan artikel / surat orang Felda seperti saya ini, siapa lagi yang nak dengar suara dan iktiraf tulisan kami. Takkan utusan dan TV3. Tuan dibenarkan malah sangat saya galakkan berkongsi maklumat dan penulisan saya kepada seberapa ramai ahli blogger dan ahli facebook.
Terima kasih dan Wasalam.

Yang benar,

Suara Felda

Puterikarimun indo

Gua terima email ni gua nak ucapakan terimakasih kepada yang mengirim, sekarang ni gua tengah riki2 cerita dalam email ni, jika tiada halangan gua akan siarkan cerita tentang felda ni sikit masa lagi ini sebahagian dari artikal beliau:


.ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA TERGADAI! BERBANGGAKAH ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD KHIANATI WARGA FELDA?
Jika melihat kepada struktur penyenaraian Felda Global Ventures yang akan bermula bulan Mac 2012 seperti berikut:
Adalah jelas bahawa ORGANISASI FELDA sudah kehilangan HAK PEMILIKAN DAN REPRESENTASI di dalam anak-anak syarikatnya. Yang ada sekadar kaitan nama Koperasi Permodalan Felda (KPF), iaitu sebuah Koperasi usahasama peneroka dan kakitangan yang memegang 30% sahaja daripada hak terhadap anak-anak syarikat Felda. Sebelum itu KPF memegang hak sebanyak 51% ke atas anak-anak syarikatnya dan FELDA memegang 49% melalui pemilikan 100% terhadap Felda Global Ventures. Namun, Isa Buangan UMNO dan Sabri Buangan Sime Darby mewujudkan struktur pra-penyenaraian (struktur silap mata) untuk menampakkan KPF memegang 60% dan FELDA 40% bagi menutup mata peneroka dan kakitangan. Sedangkan, dalam STRUKTUR SEBENAR SEMASA PENYENARAIAN, KPF memegang hanya 30% dalam anak-anak syarikat manakala HAK PEMILIKAN DAN REPRESENTASI organisasi FELDA terpelanting keluar dan diganti 70% pelabur luar. STRUKTUR SEBENAR SEMASA PENYENARAIAN di atas boleh dirujuk di 2-3 blog anjing rasmi Isa yang dibayar hampir RM3 juta bagi menyiarkan perkara isu penyenaraian Felda dan turut disiarkan di TV dan akhbar-akhbar utama.
SOALANNYA: APA PERLU NAMA FELDA DILETAKKAN PADA FELDA GLOBAL VENTURES SERTA NAMA FELDA PADA ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA YANG LAIN JIKA FELDA TIDAK MENDAPAT APA-APA MANFAAT SELEPAS PENYENARAIAN?
Sekadar menggunakan nama FELDA kerana wujudnya saham Koperasi Permodalan Felda sebanyak 30% adalah SALAH kerana KPF sendiri tidak memberi apa-apa pulangan kepada BELANJAWAN ORGANISASI FELDA kecuali kepada ahli-ahli koperasi semata-mata. Malah sebagai perbandingan, pemilikan Koperasi Permodalan Felda dalam syarikat Power Root adalah 33% dan tidak pula Power Root beroleh hak menggunakan nama FELDA kerana penggunaan nama FELDA adalah dengan kebenaran pengurusan dan Lembaga Pengarah FELDA sahaja. Dengan FELDA menarik balik kebenaran menggunakan nama FELDA iaitu nama cop dagangnya kepada Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat, ianya akan memberikan IMPAK seperti berikut:
  1. MEMBONGKAR HASRAT SEBENAR Isa Samad dan Sabri Ahmad menggadaikan segala pendapatan, aset dan hartanah FELDA milik bersama pengurusan dan peneroka kepada pelabur luar. Tiada guna FELDA membenarkan lagi namanya dipakai sekadar menyokong PEMBOHONGAN Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa ini untuk kebaikan FELDA. Dengan tiadanya nama Felda, lebih mudah difahami bahawa, FELDA sudah tiada apa-apa kaitan dengan Felda Global Ventures dan anak-anak syarikatnya.
  2. MEMBONGKAR KEHILANGAN PENDAPATAN BELANJAWAN FELDA untuk pembangunan pertanian dan sosio-ekonomi peneroka FELDA. Sekurang-kurangnya RM1.5 billion perbelanjaan dan faedah untuk peneroka sahaja akan HILANG melalui penyenaraian anak-anak syarikat dan pajakan tanah-tanah FELDA yang bakal bermula 1.1.2012. FAKTA KEHILANGAN PENDAPATAN BELANJAWAN FELDA INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES. IANYA BOLEH DIPEROLEHI JIKA PENEROKA MENYAMAN FELDA DARIPADA BERSETUJU TERHADAP KEPUTUSAN-KEPUTUSAN INI DAN MEMINTA SURAT PAJAKAN DISERAHKAN DAN DITELITI PENEROKA-PENEROKA DAN DIPERSETUJUI SECARA REFERENDUM TERLEBIH DAHULU
  3. ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA HILANG IDENTITI DAN KLIEN UTAMA. Apabila Felda sudah tidak lagi mengiktiraf anak-anak syarikatnya kerana sudah kehilangan HAK SECARA TOTAL, pekerja-pekerja anak syarikat dijangka mengalami krisis identiti apabila tidak lagi dapat berbangga menjadi sebahagian dari FELDA. Impak kewangan juga bakal dirasai anak-anak syarikat seperti:
    1. FELDA ENGGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK ANAK SYARIKAT. Diketahui bahawa FELDA terpaksa guna perkhidmatan anak syarikat FELDA seperti Felda Security (FELSCO) yang mahalnya mengalahkan askar Gurkha tetapi atas FELSCO memberi pulangan pendapatan dan ramai anak-anak Felda di situ, FELDA memejamkan matanya. Begitu jua anak syarikat FELDA lain seperti Felda Prodata dan Felda Engineering yang diberi upah premium. Apabila FELDA jatuh miskin dirampas pendapatannya oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad, Felda perlu berhemat dan mencari syarikat lain bagi mendapat perkhidmatan sama dengan harga lebih murah seperti syarikat bumiputera lain.
    2. KRISIS IDENTITI ANAK SYARIKAT akan dirasai oleh anak syarikat Felda seperti Delima Oils yang berbangga mengeluarkan minyak Saji dengan tagline Felda Best, Produk Bermutu Keluaran Felda. Bayangkan warga Felda selepas ini memboikot minyak Saji yang dikuasai 70% pelabur luar.
    3. PENEROKA MEMBOIKOT KILANG SAWIT FELDA. Sebelum ini pengurusan FELDA boleh juga memujuk peneroka menghantar buah sawit kepada Kilang-Kilang Felda di bawah Felda Palm Industries kerana banyak faedah dan dana dipulangkan kembali FELDA kepada peneroka, tetapi dengan kehilangan kemudahan dan keistimewaan sebagai peneroka seperti pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan, kesihatan, kerohanian, sukan, usahawan dan lain-lain, peneroka-peneroka punya hak sepenuhnya tidak menjual buah sawitnya kepada FELDA. Perlu diiingat bahawa lebih 90% peneroka sudah memiliki geran dan jika 30 hari sahaja peneroka-peneroka ini boikot kilang-kilang Felda, akan hilang kerjalah semua pengurusan dan pekerja-pekerja kilang tersebut. Peneroka-peneroka tetap mempunyai tanah dan pendapatan lain masing-masing.
Oleh itu, dituntut supaya FELDA mengeluarkan namanya dari nama Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda yang bakal digadai kepada pelabur luar. Tak usahlah diikutkan sikap Ali Baba penyangak-penyangak UMNO di luar sana di mana syarikatnya Pengerusinya Orang Melayu, Lembaga Pengarah Orang Melayu ada 2-3 tapi ada hati nak dipanggil syarikat bumiputera walaupun yang empunya duit dan melakukan kerja tersebut dengan gigih adalah bangsa lain.

1 comments:

SAZALI MAHAT December 9, 2011 at 10:39 PM  

BENARKAN PENEROKA BERDIKARI UNTUK MENGURUS LADANG
Jika felda benar-benar jujur untuk menolong Peneroka atau yang paling jelasnya menolong orang melayu.Felda patut memberi peluang kepada peneroka untuk berdikar mengurus ladang mereka sendiri,dan felda ebagai sebuah badan yang mahir dalam pengurusan ladang sebagai penasihat kepada peneroka tanpa membebankan peneroka.Peneroka masih perlu keterlibatan felda dari segi pengurusan kampung dan kemasyarakatan seperti yang felda sedang buat sekarang.
Sepatutnya dengan ladang 10 ekar yang diusahakan dengan betul,peneroka tidak akan mengalami masallah hutang yang tidak masuk akal.Hutang yang peneroka tanggung dengan pinjamadari felda hampi sama dengan harga ladang itu sendiri.Tanpa penyata dan tanpa apa perundingan.Apa yang berlaku sekaran ni,felda umpama mendidik peneroka menjadi tuan tanah bodoh yang tak perlu buat apa-apa dan menunggu hasil setiap bulan seperti orang pencen.Hanya makan tulang dan orang lain yang makan daging.Tidak mempunyai hak dan kuasa pada ladang sendiri.Hanya dinayar minima rm 1500 untu 10 ekar yang diusahakan oleh felda.Hasil tidak dapat menampung perbelanjaan dan hutang semakin bertambah.Diajar dan didik makan menadah dan mengutip seperti peminta sedekah.seperti eraan 60an orang melayu bekerja di ladang milik orang putih.

http://apofelda.blogspot.com

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP