Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, October 28

BN dah gila ke apa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 dan akan mengambil tindakan susulan jika didapati wujud salah laku, kecuaian dan sikap tidakbertanggungjawab membabitkan aspek pengurusan kewangannya.
Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata pada masa sama, pelbagai inisiatif penambahbaikan juga telah dan sedang giat dilaksanakan selari dengan sasaran kementerian untuk mencapai penarafan empat bintang menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011.

KDN cuma dapat 3 bintang je kalau jumlah yang paling cemerlang bermakna KDN ni cuma setakat baik je la agaknya, atau da hampir dekat buruk la tu. Gua suka dengar cita2 murni TS Mahmood ni cuma gua macam tak yakin je kalau KDN ni mampu ambil tindakan jika wujud salahlaku, kecuaian. bukan setakat KDN je gua tak percaya kementerian lain pun sama, yang gua lebih tak caya dan gua tak percaya ialah jabatan perdana menteri dan kementerian penerangan. Dua kememnterian ni paling ramai kaki belit dan pengampu.

Kementerian lain gua malas nak ulas sebab, bloger2 lain da banyak ulas, kes bela lembu la, kes beli kereta perisai la, kes beli vanicular la, kes beli kuda la dan macam2 lagi kes yang melibatkan duit rakyat. samada kena kapur atau kena songlap atau kena tibai ke gua da tak heran, sebab semua kementerian dalam kerajaan BN ni memang bermasalah, sebab diaorang ingat duit rakyat tu macam harta tebusan diorang aja, senang nak diperabis.

Gua cuma berminat nak tahu pasal apa berlakunya perbelanjaan melebihi peruntukan bagi bayaran perkhidmatan dan bekalan, aset serta pemberian. kita lihat ada 6 kementerian yang belanja lebih dari sepatutnya. gua tak faham kenapa ini boleh berlaku, alasan yang diberikan juga tidak menyakinkan, kemana kah duit rakyat ni pergi sebenarnya, apakah kerajaan BN begitu lemah dalam pengurusan sehingga lebih rm300juta dibelanjakan lebih dari peruntukan. Atau kakitangan dalam kerajaan ni tidak cekap membuat kira2 semasa memohon peruntukan. Dibawah ni gua senaraikan kementerian tersebut:

1.kementerian kesihatan lebih belanja 173.04 juta- yang ni gua boleh faham sebab nak agak kos kesihatan memang sukar tapi macammana pun kenapa jumlahnya terlalu tinggi.

2.Kementerian Dalam Negeri lebih belanja 56.83juta- yang ni gua tak faham kenapa begitu tinggi sangat apa Hisham tak pandai ke atau terlebih pandai. Kepada siapa sebenarnya lu bayar lebih ni Sham.

3.Kementerian Luar lebih belanja 52.68juta- yang ni lagi gua tak faham apa sebenarnya yang dibayar oleh kementerian luar sehingga lebih 52juta dari peruntukan asal, apa perkhidmatan dan bekalan atau yang kementerian ni bayar sebenarnya. apakah sewa hotel RM 120ribu yang dikecohkan sebelum ni termasuk dalam bayaran kementerian ni, kenapa byak sangat belanja lebih dari peruntukan.

Pelik betul gua tengok. lagi beberapa kementerian gua malas nak ulas gua cuma nak tanya Najib, Muhyidin, Hisham, Anifah apa semua ni. Terangkan kepada rakyat mana perginya duit rakyat ni semua.

2 comments:

Metaphysics Disciple October 29, 2011 at 7:12 AM  

Bukan lu sahaja tak faham, diaorg sendiri pun tak faham. Kalau lu nak lagi biol, lu borak sendiri dgn mana-mana pegawai kewangan mana-mana gomen agensi, lu akan tahu bahawa diaorg ni dari golongan org bodoh yang dibodohkan, gua x tau mana punya sekolah diaorg pergi belajar akaun. Dah la bodoh, bangang, bahalol, stupid, semua pun ada. Kalau pegawai kewangan yang ada degree in finance/accounting pun tahap gaban bahalolnye, lu ingat yang atas tu pandai ke. Dah makan duit haram, dah tentu jadi bodoh, walaupun nampak mcm pandai.

Anonymous,  October 29, 2011 at 8:40 AM  

Setuju beb ... Semua jelas dan sememangnya diakui bahawa sebilangan besar pegawai kerajaan peringkat tertinggi memang NGOK dan lemah tang mentadbir dan mengurus kewangan.

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP