Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memantau serta membanteras Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang dipercayai kini kembali aktif di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jakim akan memantau perkembangan ajaran sesat itu bagi membolehkan tindakan secara kolektif dapat diambil bagi menyekat aktiviti itu dari merebak ke seluruh negara.
Jakim akan sentiasa berganding bahu bersama dengan majlis agama negeri di seluruh negara bagi membanteras segala ajaran sesat yang berkembang di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Daerah Yan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, dekat sini hari ini.
La ada kuasa la pulak meyekat ajaran sesat, mak cik sitt macam mana pulak kata tak de kuasa, apa cerita ni, ajaran makcik sitt tak sesat kot sebab tu tak ada apa tindakan boleh diambil, weeeiii double standard ke, siapa sebenarnya belakang makcik sitt ni, heran betul gua,
Orang nak betul2 sampaikan ilmu agama kena ada tauliah, bekas mufti pun kena ada tauliah apa dah cukup tinggi ke ilmu orang2 dalam jakim ni, sehingga boleh perlekeh ahli agama yang lain.
Apa taraf ilmu makcik sitt setaraf dengan jakim kot sebab tu jakim tak berani nak bertindak.
Gua ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan kerajaan umno buat rumah terbuka di permatang pauh, dengar cerita 20000 orang yang datang. Tapi gua lebih suka nak ucapkan setinggi tahniah kepada penyokong PR yang pergi ramai2 makan free (bukan senang beb nak dapat) dan dapat menjaga tatasusila dengan tidak menganggu majlis orang, tidak seperti biasa jika PR buat majlis pasti akan ada provokasi melampau dari pencacai2.
0 comments:
Post a Comment