KOTA BARU, 21 Ogos — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.
Khairy memberitahu keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.
gua cilok dari malaysian insider selanjutnya
sini
Eh jangan la macam tu khairy gua sebagai penyokong kuat lu akan merasa terkilan jika lu tidak dicalonkan pada pilihanraya akan dtg ni, kepada presiden umno jangan lah perlekehkan sumbangan khairy selama ini, sia2 selama ini beliau ditangkap kerana berkobar2 bersama patriot, jangan lupa juga kerana jasa beliau la Pak Lah dapat lu sungkurkan.
Kepada tuan presiden UMNO yang dikasihi rakyat Malaysia, gua suka memberikan pandangan supaya lu jangan juga lupa jasa2 yang ditaburkan oleh Khalifah perkasa Tuan guru Ibrahim Ali, juga jasa Tuan Ezam, Tuan Zul Kulim, Tuan Rahim Tamby cik, Tuan Eskay, Tuan Zahrin dan rakan2 sewaktu dengannya, kerana begitu besarnya Jasa mereka ini kepada UMNO amat besar dan tidak ada tolok bandingnya.
Jadi mereka ini la yang sepatutnya mesti diketengahkan sebagai calon yang amat berwibawa dalam meneruskan perjuangan UMNO dalam pilihanraya akan datang, Gua pasti sokongan rakyat kepada mereka ini akan menjadi begitu hebat bagi menjamin kemenangan UMNO. Jangan jadi kacang lupakan kulit, tak begitu Tuan Presiden.
0 comments:
Post a Comment