Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, August 27

Dr Hasan kena kurangkan songeh

Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah yang akan bertindak sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Yes ini baru gua sokong tapi kenapa lambat sangat nak bertindak,kenapa tak awal2 lagi, tapi apa pun tindakan begini memang tepat pada masanya, gua rasa bukan setakat diselangor je Unit ini patut di tubuhkan tapi dinegeri2 lain juga perlu.

Menurut Hasan, Unit Selamat Akidah akan bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dan badan sukarela yang prihatin untuk membantu umat Islam.
“Lembaga Zakat Selangor akan menamakan kakitangan yang dikhususkan untuk memproses permohonan yang diterima dan sekiranya permohonan-permohonan tersebut menepati syarat dan peraturan yang dikenakan maka bantuan segera yang sewajarnya akan dikeluarkan kepada mereka,” katanya.

Ekoran penubuhan unit itu, beliau meminta mana-mana umat Islam yang mahu mendapatkan bantuan agar memberikan maklumat kepada Unit Selamat Akidah.

Tapi yang ini gua suka komen sikit, walaupun kebiasaan nya perancangan yang dilakukan bertujuan baik tetapi perlaksanaan nya macam lepas batuk ditangga je. Kalau benar la unit ini mahu bergerak jangan pula lepas ini banyak pulak songehnya penuh dengan kerenah biokerasi atau hangat2 taik ayam je,
Gua kata macam tu sebab selalunya sikap sambil lewa pihak yang dipertanggunjawabkan menyebabkan berlakunya kelewatan dalam menyalurkan bantuan dan telalu banyak peraturan dan syarat menyulitkan rakyat untuk berurusan.
Dr hasan kena kaji kenapa mereka ini lebih suka pergi memohon bantuan kepada gereja tapi bukan kepada pihak yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak hanky panky kalau nak membantu



0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP