PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Kedua-duanya memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu:
- Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso
- Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin Helmi
- Setiausaha - Dahari Ali
- Bendahari - Arshad Ashaari
- Ahli Jawatankuasa - Ahmad Boestamam
Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan beberapa cawangan di beberapa buah negeri iaitu di
Pulau Pinang,
Perlis,
Selangor,
Melaka dan
Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan
Voice of the People.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu
Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh
Ahmad Boestamam, dan
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh
Shamsiah Fakeh. Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila
Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr
Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh
Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan
Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai
Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Antara sebab utamanya ialah kemunculan
UMNO, parti yang lebih diyakini oleh orang-orang
Melayu untuk memperjuangkan nasib mereka dan amat disenangi penjajah. Sebab-sebab lain ialah kegiatan-kegiatan
PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh Kerajaan. PKMM juga berusaha menubuhkan
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan
All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dianggap oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun
1948[4],
PKMM (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
0 comments:
Post a Comment