Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Thursday, May 3

Pakar sperma, gambar, sek bersuara

Semakin ngeri tengok muka minah ni semacam je
 Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.

Sebelum ni di dah jadi pakar sperma, air mani la tu, kalau tak mana dia boleh tahu anak azmin tu bapanya orang lain, Sekarang dah jadi pakar analisa gambar la pulak, betul-betul dah sewel la minah ni, adik beradik sendiri pun dia boleh aibkan sampai macam ni. Yang terbaru suruh abang dia buat sumpah laknat la pulak. tak habis2 nak suruh orang buat sumpah laknat, biol biol.

Gua semakin tak faham, semakin teruk gila sek umno ni, asal nak jatuhkan orang je mesti sek, yang digunakan untuk mewar-warkan cerita sek ni pun memang terkenal dengan cerita sek pulak, sek ni macam sesuatu yang dah tak boleh dipisahkan dengan umno, agaknya tak sedap cerita kalau tak ada sek agaknya kemaruk sangat.

Kalau siapa lupa siapa ummi ni mari kita refresh ingatan:


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"


Sumber sini

Read more...

Wednesday, May 2

peserta bersih ganas

Bila gua tulis pasal gua tak nak amil pot pasal bersih 3.0 bukan main sedap semua orang menyanyi maki gua, tu baru gua provoke sikit je, habis meroyan pencacai2. sekali sekala gua terasa gak nak kena maki ngan pencacai pakatan, ni asik pencacai umno je yang maki hamun gua, tapi ada gua kesah, kahkahkah.

Kepada yang baru nak berjinak dengan bersih, gua tabik dengan semangat lu orang, niat suci lu orang akan menjadi sebutan kepada genarasi akan datang, kerana anak cucu lu orang akan berterimakasih kerana mak bapak dia atau atuk nenek dia telah menjadi penyumbang kepada budaya matang berpolitik dan berjaya mengajar kezaliman BN bahawa rakyat Malaysia ni bukan tungul kayu yang senang2 sahaja nak diperbodohkan. Jangan kata matlamat bersih ni tiada kaitan dengan politik, jangan nak jadi hipokrit, tak percaya tanya tanya Jeneral bangang lu si Anwar dengan kuncu2nya.

Ok Anwar boleh pusiang cerita dia tak arahkan pun peserta serbu Dataran tapi siapa mamat yang berdiri sebelah dia yang menjerit suruh peserta masuk. Kalau pun da excited sangat dengan crowd yang ramai kenapa tak bagi arahan seolah-olah mendajalkan peserta untuk kena bantai. Dah kat depat tu ada Rothwailer peliharan BN sedang lapar menunggu, apa kejadah kelam kabut sangat nak kasi peserta kena baham. Memang tak dapat dinafikan tempat lain ada Rothwailer lain yang duk baham peserta tapi tu memang da biasa la beb memang dah jadi rutin diorang tapi yang menjadi isu sekarang kat dataran beb.


Apa pun Tahniah bagi yang berani ikut serta dalam Bersih kali ni, anda telah menyumbang sesuatu yang bernilai untuk rakyat malaysia
Terhina dan dihina kahkahkah terbaek la makcik

Kat bawah ni pulak gambar-gambar penganas-penganas bersih3.0

Mari kita lihat pula kesopanan dan kesusilaan Anjing BN
 
 

 

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP