Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Thursday, February 2

Kepala batu


 Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.
Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.

Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.
Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.

Gua sebenarnya malas nak ulas isu ni, mungkin Azizan punya alasan tersendiri untuk terus jadi kepala batu, atau memang dia ni keras kepala. Apa yang susah sangat ni, hukuman dah lu bagi pada pelajar tu, walaupun pada gua lu bertindak zalim, ingat hari ni lu berkuasa lu boleh la buat apa yang lu mahu, samada tindakan lu tu berdasarkan peraturan gaya barat atau gaya yahudi tu lu punya kuasa, Atau lu bertindak dengan emosi disebabkan rasa marah lu pada pelajar itu lu sendiri yang tahu. Tapi ingat Islam itu adil gua cuma berharap lu telah melakukan sesuatu yang adil.

Apa yang gua nak tegur kenapa lu beria2 benar nak mengunakan media2 fitnah untuk meluahkan alasan2 lu. Apa hasan Ali da tak cukup kawan ke nak menjahanamkan pas dan lu nak jadi salah seorang darinya ke? Dalam media fitnah umno ni rancak menghentam pakatan lu pulak bagi peluru. apa cerita ni beb. tak boleh ke senyapkan je cerita ni, selesaikan dengan cara yang lebih baik.

Gua tahu, Pakatan punya ruang yang sempit untuk menyampai berita, Itu semua cerita lama beb, orang mesir pun kena sekat, hosni tersungkur, orang libya pun sama. kenapa tak belajar dari contoh yang ada, Tapi tak tahu la mungkin dalam pakatan ni masih ramai dungu yang sempit idea atau masih tebal dengan sikap umnonya.


Read more...

Wednesday, February 1

Isreal berhak menjaga kebabianya


WSJ, 26 Jan melaporkan dalam wawancara bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal“,Anwar telah berkata ; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state,a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”


Maksudnya ; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.


Gua tak nampak apa salah nya kata kata Anwar ni, Setiap orang berhak menjaga keselamatan negara, komuniti atau rumahtangga masing2. Takan la lu nak marah babi jaga keselamatan kawanan dia, begitu juga dengan kebabian kawanan isreal tu hak dia la nak jaga kebabiannya.

Apa yang penting macam mana lu nak jaga kepentingan lu, takan lu nak suruh rosmah mengaibaikan keselamatan najib. maksud gua cara mana lu nak jaga keselamatan tu yang penting, kalau lu jaga keselamatan lu sampai lu bunuh orang lain disekeliling lu, tu yang jadi pokok cerita.

Kalau ikut kata Anwar Israel kena hormat aspirasi rakyat palestin, bermakna dalam dia setuju Isreal jaga keselamatan Isreal. Isreal kena juga hormat rakyat palestin cuma gaya bahasa yang digunakan Anwar agak lembut. Jadi tak de isu pun yang kata Anwar sokong Isreal dan menolak Palestin. Apahal yang meroyan teruk ni.

Pada Gua la walaupun Anwar ni bukan pemimpin favourite gua tak bermakna gua perlu hentam benda yang betul. Begitu juga bila Najib sebut pasal wasatiyah gua setuju dengan najib tapi bila pelaksanaannya je yang tidak selari dengan apa yang diucap tu pada gua ini sudah menghina wastiyah tu sendiri, tu yang selalu gua hentam.

Kadang2 gua heran la kenapa politik Malaysia ni kotor sangat dan yang bermain politik kotor ni pulak orang yang mengaku islam, kalau bukan islam gua sikit pun tak heran.... Tengok je dalam isu ni, gua rasa yang selalu beri komen baik oleh menteri, pencacai umprono atau kaki bodek walaupun cukup faham apa yang Anwar kata tapi dibelitkan untuk mendapt kredit bagi pihak umno. Tak rasa bersalah ke diorang ni semua menipu rakyat hanya untuk kelangsungan parti yang semakin nazak ni. 

Mainan sikologi kotor macam da menepek tebal dalam kamus hidup umno, macam da hilang akal sekor2.




Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP