Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, January 25

Melayu phobia dengan Islam?

Hari ni bila gua pergi berjalan2 gua jumpa dgn beberapa kenalan, ada yang becerita pasal politik, ada yang becerita pasal keluarga, ada yang cerita pasal anak dapat masuk u la, dan macam2 lagi. Bila satu member ni asik cerita anak dia dapat masuk u gua banyak diam je pasal anak gua yang sulong pun baru je belajar kat materik pertengahan tahun ni baru habis, mudah2han dapat la sambung belajar kat u.

Yang gua tertarik pasal u ni sebab gua teringat kembali masa gua mula2 masuk u dulu, masa minggu suai kenal, akak n abg senior sibuk la jadi kodinator, masa hari2 awal di orang dah ajar nyanyi lagu, apa ntah gua lupa tajuknya, tapi liriknya gua masih ingat, kalau tak silap gua la bunyinya macam ni.

Anak kecil Main api, terbakar hatinya yang pedih, air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang................ selebihnya gua ada ingat ada lupa. Pehh masa nyanyi lagu ni bukan main bersemangat lagi gua,  dalam hati bukan main lagi nak membela bangsa la kononnya! semangat gila beb.

Masa gua belajar tu gua kurang terlibat dalam politik, politik kampus adalah, gua jadi ahli majlis perwakilan pelajar, masa tu nak dapat info dari luar memang agak terhad jadi tak la gua aktif politik. walaupun dalam hati gua merasa ada yang tak kena dengan pemerintahan BN. Tapi kesan daripada lagu yang gua sebutkan tadi, gua bersemangat untuk membela melayu, bila balik cuti gua sibuk la bantu umno dalam menipu rakyat kononnya nak perjuangkan bangsa la dan macam2 lagi.

Bila gua ikut krusus yang ala2 BTN gua bertambah semangat menyokong Umno, dalam kamus gua, semangat 46 dan pas pada masa tu cuma parti pengacau yang mahu merosakan rakyat. Peristiwa ni berlarutan sampai gua habis belajar, dan masuk kerja, pada masa tu gua dapat jadi pengurus syarikat balak dan lombong pasir, masa tu juga la gua baru kenal apa tu kroni, apa tu duit lobi, apa tu under table, apa tu proksi, sebab sebagai pengurus gua selalu la ikut MD gua pergi jumpa datuk2, pengarah2 jabatan, dari situ la gua lebih faham, walaupun lu tak berkelayakan lu masih boleh dpt projek, masih boleh dapt tanah asal ada pelincirnya.

Tak lama gua jadi pengurus gua tak boleh tahan, macam duk bawah api je panas, rasa macam makan duit tak berkat je. gua berenti gua jadi pulak engineer kat sebuah syarikat yang agak besar, gua kena jaga satu projek mega juga kat situ gua juga tak boleh tahan gua tengok lagi kuat mainan pelincir diorang ni. dalam masa yang sama gua juga merupakan pendokong kuat umno. berdegar2 sana-sini, nak perjuangkan bangsa, tapi semuanya kencing. perjuangkan perut sendiri adalah.

Lepas gu cabut dari jadi engineer gua jadi remisier pulak kat sini la gua lagi tahu macam2 bentuk putar belit diorang nak kapur duit rakyat, masa tu la gua mula dekat dengan pas gua baru faham apa yang sebenarnya Pas inginkan, selama ni gua begitu bangang memperjuangkan penyamun2 yang bertopeng sebagai pejuang bangsa kononnya. Gua baru faham umprono la perosak bangsa yang menjadi petualang kearah jatuhnya melayu, yang menjadikan Melayu sekarang ni bertambah kronik dengan permasalahan sosial, ekonomi dan agama.

Gua tengok dengan jelas macam mana topeng Melayu yang dipakai umprono telah berjaya menyesatkan bangsa melayu kearah kehinaan. topeng ketuanan Melayu hanya retorik yang sentiasa diulang untuk memperbodohkan bangsa Melayu. Sehingga kini gua tak nampak pun dimana letaknya ketuanan Melayu yang sentiasa bermain dibibir diorang. Tuan apa kalau dalam ekonomi pun tak sampai 30% kita pegang. Tuan apa kalau mejoriti bangunan di kawasan bandar dipunyai bangsa lain.

Gua bukan nak mempertikai kekuatan ekonomi atau pemilikan aset bukan melayu tapi gua cuma pertikai kenapa kita tak mampu bersaing, mejoriti menteri melayu, kakitangan kerajaan juga melayu tapi mana perginya amanah yang digalas kalau Melayu masih menumpang ditanah sendiri.

Hari ini gua nak bercerita tentang Melayu, tentang kebangsatan pemimpin melayu yang berjaya menghancurkan melayu, gua tak becerita menurut kacamata Islam, sebab gua percaya masih ramai orang melayu begitu phobia dengan islam walaupun mengaku islam.

Jadi apa sebenarnya yang dibuat umno selama ini untuk mengangkat bangsa melayu, kita semakin hari semakin ketinggalan, seperti melukut di tepi gantang, gantang orang lainpunya, isinya pun orang lain punya. Umno jangan la nak membangakan diri, lu sebenarnya pengkianat bangsa. percaya la selagi umno berkuasa selagi itu la melayu akan terus teringgir.

Read more...

Tuesday, January 24

Melayu bangang

Terlebih dahulu gua nak ucapkan happy new year kepada rakan yang menyambut hari tersebut.

Hari ni gua satu badan hangin melihat gelagat anak muda yang mengaku melayu, orang sibuk nak merayakan tahun baru diorang pun sibuk juga, sibuk raikan tahun baru masihi kutu2 ni pun tumpang sekaki. Yang gua hanin tu bukan sebab tengok diorang meraikan tahun baru cina tapi yang gua tak boleh bla tu bila bukan main lagi kutu2 ni buat jalan macam mak bapak diorang je. bedezup sana sini, merempit macam orang gila todi.

Gua tahu la lu orang nak hapy2 tapi kalau ada yang mampus kat atas jalan siapa yang susah...... yang gua tak leh tahan tu bukan anak2 cina yang merempit tapi anak2 melayu bingai mana tah yang begitu seronok tak hingat dunia. berlagak macam nak sangat masuk kubur cepat. Ni lah spesis nak kata binatang tak juga, ada rupa manusia tapi bodohnya tahap binatang. senang cerita Melayu bangang la.

Gua beranggapan bila sibodoh ni semua tahu mengucap bahawa kutu2 ni mesti la orang Islam, ntah salah mana didikannya boleh jadi begitu bangang dan bodoh terlampau, gua pun tak tahu la.

Dalam masa yang sama gua bertambah hairan juga, kenapa la anak melayu yang kononnya beragama islam ni sering sangat menjadi juara kepada idea2 binatang ni. lu perhatikan la juara dadah jatuh kat orang melayu, juara hiv pun melayu. juara sumbang muhram Melayu, juara buang anak Melayu, juara perogol melayu. juara bohsia kalu orang panggil sekarang cikaro pun Melayu. Apa masalahnya ni beb.? Lu orang ada idea ke macam mana kutu2 melayu ni sering jadi juara.

Nak salah kan kerajaan macam tak patut, memang la, selama ni dasar kerajaaan memang menjerumus kearah buat maksiat, ambil contoh, sambut tahun baru je berhabis tah berapa puluh ribu buat konsert, main bunga api, dan bermacam lagi la sambutan penuh maksiat. tu belum kena hari raya lagi penuh dengan hiburan, kat TV kat rumah terbuka dan macam2 lagi la. tu baru dua sambutan gua bagi contoh belum yang lain tapi tak patut pula salahkan kerajan, lembaga penapis filem pulak sekarang bukan main ringan je buat tapisan, pelakon dedah body hampir bogel pun boleh lepas, adegan ranjang cuma belum sampai tahap xxx pun boleh lepas. Tapi kerajaan tak salah beb arus kemodenan katakan.

Bini pemimpin laga pipi laga hidung, laga mulut pun tak dikira mendidik beb, tak de class la beb kalau tak ikut barat. jadi tak salah la tu.

Gua nak salah kan ahli agama, mufti, usataz atau ustazah tak boleh juga, diorang mana boleh tegur lebih2 beb, alamat tak boleh jadi kaya la beb. Nak cari makan punya pasal takan nak duk marah atau tegur keras2 nak macam mana nak jual ilmu orang menyampah. alamat tak berasap dapur beb, tak merasa la pakai keta bmw ke merc ke, takan la nak pakai kancil je. jadi diorang ni tak salah la beb. sebab agama tu pada pandangan diorang boleh dijual beli beb, agaknya la, gua bukan tau sangat.

Mak bapak pun tak salah beb, tegur anak nanti bila tua kena hatar kat pusat jagaan, masa muda semua sibuk nak kumpul harta, anak2 pandai2 la nak hidup, bagi makan bagi sikit kemewahan ok la tu. Mak bapak sibuk beb kejar dunia, mana boleh tahan tengok orang lain senang, pemimpin hidup senang lenang, orang lain pun sama sibuk kejar harta diorang mana boleh tertinggal beb. Mak bapak sekarang buka macam dulu beb, bukan main bangga lagi kalau anak kecik2 dah boleh jadi artis mana tahu boleh tumpang tuiii, halal haram belakang sikit beb. Tu pun tak salah beb. zaman materialistik beb, semua berkehhendakan duit.

Apa nak takut anak terlajak, bunting, beranak je ada bank bayi, ada pusat, ada asrama, maruah sekarang ni dah tak siapa pandang beb, yang penting duit2222.

Jadi tu yang gua duk binggung ni beb, apa sebabnya anak melayu boleh jadi juara, lu orang bagi cerita pada gua beb.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP