Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, December 31

Jangan sedap mulut lu je macha

Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.
Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukannya memusnahkan demi tujuan komersial.
"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini,” katanya.
 Pejuang Warisan Islam

Alamak macha lu cerita apa ni macha, sedangkan masjidil nabawi pun pemerintah arab saudi robohkan untuk jadikan yang baru,masjidil haram pun sama la beb. sejarah mana boleh padam beb. apa bingai sangat lu ni macha, Kalau macam tu, kenapa lu robohkan penjara pudu, kat dalam penjara tu kan ada masjid untuk banduan berjamaah. lu apa cerita tamby.

Apa lu ingat semua bangunan lama tu perlu dikekalkan ke untuk menongkat langit sampai rebah baru nak di robohkan ke. Siapa yang bodoh dan tak berpandangan jauh ni beb.

Satu lagi bangunan tu baru je 100tahun apa kena mengena dengan kedatangan islam di kedah beb, apa lu ingat sebelum 100tahun lepas semua orang kedah tu kafir ke, lu da menghina nenek moyang gua ni beb. Gua tau la sebelum 100tahun dahulu entah2 datuk nenek lu masih kat india, tapi jangan la lu hina orang melayu dengan kata islam sampai di kedah 100 tahun dahulu. lu jangan macam2 macha.

Lain kali kalau nak mengampu agak2 la macha, jangan sedap mulut lu je, buta sejarah nak berlagak macam handal, g la mabuk!!

Read more...

carta bedal duit

Carta ni nak menunjukan carta duit negara yang punah akibat perbuatan lembu:

1.Duit komesen kapal selam


2.Skandal NFC

3.Skandal penjenayah banglo


4.Skandal balak


5. Skandal duit zakat

Gua bagi 5 carta je la, lain macam skandal iskandar biar dulu. Dalam banyak skandal ni gua paling tak boleh bla dgn cerita songlap wang zakat, apa ke banggang gi rembat ciput je kalau betul2 bijak rembat la banyak2 baru nama pandai ni setakat ribu riban je apa ada rasa beb, buat malu kaum lu je. nak jadi kaya biar la rembat juta2 beb. gua nak bagi award la kat kutu ni manusia paling banggang kat Malaysia

Read more...

Thursday, December 29

Teruskan merapu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Khamis membuat dua laporan polis di sini bagi menggesa siasatan ke atas dalang penganjur perhimpunan 9 Januari
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang tadi oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung perhimpunan 9 Jan dan timbalannya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berhubung kenyataan paderi.
Ibrahim ketika ditemui media berkata terdapat pihak tertentu yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut dan pastinya keadaan ini akan menganggu ketenteraman awam.
Ibrahim mendakwa terdapat risalah yang menyeru rakyat menyertai kempen itu dan memberi sokongan kepada Anwar dan perkara itu boleh menganggu proses perjalanan kes tersebut.

Apa yang katak ni dok merepek ni, bila pulak ada orang nak anjurkan perhimpunan pada 9 january ni, dah semakin sesak nafas katak ni nak cari nama, kot2 umno akan simpati jadikan calon, kadang2 gua kesian kat katak yang dah kurang oksigen ni, dah nak masuk kubur pun masih tak sedar2.

Tapi gua kadang kala terfikir juga nak ucapkan tahniah kat katak ni, bila dia bunyi je mesti keluar cerita lawak dari mulut dia, tak pun bila dia ni becakap bagi pihak umno, orang ramai semakin meluat dan akhirnya dia ni bukan jadi aset bagi umno tapi jadi liabiliti pulak,

Kalau tak yakin dengan kata2 gua ni g tanya orang india atau cina, katak ni la salah sekor dari spesis katak dan lembu yang dibenci oleh lain, Orang melayu pulak da lama da mentertawakan katak ni, konon ultra melayu dan bila bercakap bab berkaitan hukum mengalahkan lulusan Azhar, sampai orang yang belajar agama dari kecil sampai tu pun dituduhnya tak faham agama.

Ok la katak teruskan berbunyi, musim tengkujuh pun da sampai, jap lagi musim pilihanraya lak, lagi kuat lu bunyi lagi bagus.

Read more...

Lagi harta rakyat kena bedal


 Lebih 30 saksi termasuk dari Singapura, Switzerland, Pakistan, India dan Arab Saudi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia.
Saksi-saksi itu terdiri daripada pegawai-pegawai Iskandar Investment Berhad (IIB), ahli perniagaan, kontraktor, ahli politik, konsultan dan orang tengah.
Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan terhadap saksi-saksi dari luar negara ekoran terdapat maklumat turut wujud unsur rasuah di kalangan konsultan asing dalam projek itu.
Difahamkan siasatan kes itu masih diteruskan dan dijangka beberapa lagi individu akan didakwa dalam masa terdekat.
Menurut sumber, skandal itu disifatkan sebagai terancang berikutan wujudnya rangkaian termasuk orang dalam yang mendedahkan maklumat berkaitan kontrak dan beberapa projek Iskandar Malaysia.
"Perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa difahamkan berlaku ketika pegawai-pegawai kanan IIB menyalurkan maklumat tender kepada syarikat kontraktor berkaitan.
"Orang-orang tengah atau runner pula bertindak mengambil wang suapan untuk disampaikan kepada pihak yang berurusan dengan mereka.
"Perbuatan rasuah inner circle itu membabitkan orang dalam dan kontraktor. Mereka bersepakat dalam rancangan tersebut dan mendapat bahagian masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Turut difahamkan, salah seorang pegawai kanan IIB yang disyaki terlibat dalam skandal tersebut memperoleh gaji mencecah RM40,000 sebulan.
Semalam, suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.
Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.
Di mahkamah yang sama hari ini, bekas Naib Presiden Kanan IIB, Rostam Razali, 51, didenda RM20,000 selepas mengaku salah mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan sebuah projek kepada bakal penender tiga tahun lalu.

Lu orang cuba fikir da lebih tiga tahun lepas si bangsat2 ni sakau duit kalau dihimpunkan agak2 berapa juta agaknya yang dah dirembat kutu2 ni semua. Buat malu nama Almarhum sultan gua je. tak pasal2 nama Almarhum terbabit dengan keja busuk kutu2 haloba ni. 

Mari kita lihat apa sebenarnya iskandar Malaysia:Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.


Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ

Logo rasmi Iskandar Malaysia  (GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.


Jadi Najib sebagai menteri kewangan jangan kata kerjaan tak terlibat dalam skandal ni

Read more...

LU jangan mimpi la UMNO

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor," katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula Rabu hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Ini cakap serupa lembu punya cakap, ada hati nak memerintah Selangor, cerita lembu pun terkantat2 nak sattle, cakap lawa pulak mamat ni, kutu ni dengan puak lembu lain tengah sibuk sekarang, menabur kata dengan harapan rakyat selangor yang bijak pandai boleh terpedaya, weiii hentikan la lu punyatoriak la beb, da basi la beb.

Lu ingat masa Alam flora angkut sampah kat selangor dulu selangor cukup bersih ke, weeeiii lu ingat orang buta ke, setahu gua la yang bersih masa bn memerintah dulu cuma nak bersihkan kantung kerajaan, sampai mantan menteri besar kaki sapu pun jadi penjenayah beb. Ni la rupa sebenar umprono, kaki kebas, cilok sana sini, sambil membuncitkan perut hasil pecah amanah, bedal harta rakyat.

Lu nak nafikan apa lagi beb, sampai bila pun sejarah akan tercatit menteri besar umno rembat harta rakyat, menteri besar umno penjenayah. jadi jangan cerita lebat la beb, umno busuk sampai ke usus. rakyat tak kan lupa kes raja toyol, kes bekas adun klang.

Jadi simpan je la mimpi lu nak tawan Selangor kecuali lu dah ready dengan mainan bangsat lu dengan spr, kalau lu nak main secara gental gua agak la, keparit la parti lu beb. lu kena ingat beb lu sembang macam mana pun lu tak dapat cari lubang busuk pakatan di Selangor, tapi lubang busuk umno kat selangor tak payah cerita la beb belambak macam tahi lembu

Read more...

Wednesday, December 28

Ada rahsia ke ni, Najib?

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak tahu menahu tentang sebarang kontrak bernilai berbilion ringgit diberikan kepada sebuah syarikat dari China bagi pembinaan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bharu
Kementerian Pengangkutan benar-benar tidak mengetahuinya kerana pemberian kontrak dibuat di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, katanya kepada Bernama semasa dihubungi Selasa.
Kong, yang ketika ini sedang bercuti berkata kementeriannya masih dalam proses mereka bentuk EDTP Gemas-Johor Bahru.
"Apa yang boleh saya sahkan ialah kami sedang dalam proses mereka bentuk. Kami tidak melakukan apa-apa selain menyediakan reka bentuk," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai memberikan reaksinya kepada laporan dalam portal berita bahawa syarikat dari China, Chinese Road and Bridge Corporation (CRBC), bersama dengan rakan kongsi tempatan Gamuda Bhd, diberikan kontrak berbilion ringgit untuk membina projek landasan Gemas-Johor Bharu sejauh 197km itu.
Memetik sumber, laporan itu berkata CRBC dipilih menewaskan pesaing utama lain -- China Railway Construction Corporation (CRCC) -- bagi projek yang dianggarkan bernilai antara RM7b dan RM8 bilion, selepas ia diletakkan di bawah kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.






Ni yang gua panas ni! boleh pulak kata tak tahu, kalau macam tu apa yang diorang ni tahu, projek bawah kementerian dia, di cakap tak tahu dah award ke tak kan pelik ni.

Yang gua lagi pelik apasal dalam proses reka bentuk boleh award kontrak, macammana diorang ni kira nkos projek, ambil contoh la, lu baru je angan2 nak buat rumah, pastu lu suruh arkitek reka rumah tu, belum habis reka lu dah boleh tentukan berapa kos, tak ke gila namanya tu. patut la selama ni kerajaan asik menaggung VO (kos tambahan) projek.

Yang gua tambah2 pelik ni apasal pulak kalau nak award kontrak je banyak syarikat dari china yang dapat, ada apa2 ke ni, nak kata China banyak lagi negara lain yang pakar. Nak kata kontraktor dari China tawar harga rendah, kenapa tak ambil je kontrator dalam negeri, berlambak kontraktor dalam negeri ada kemampuan buat projek mega, sampai ke Afrika, negara Arab pun ramai kontraktor Malaysia dah buat kerja, jadi apasal pilih juga dari negara China. pelik2

Gua tak pasti la apa sebenarnya yang berlaku gua harap perkara ni diperhatikan.



Read more...

Monday, December 26

Gangster umno

GEMPAR!! ISA SAMAD SEMAKIN MENGGILA BABI!!

Isa Samad si KAKI LUTU kini semakin meroyan! Sebelum ini pencacainya zahid mad arip, bekas naib ketua pemuda keadilan yang juga ahli majlis tertinggi Perkasa telah menggunakan gerombolan Perkasa untuk menyerang HQ Felda dan memaki pengurusan felda yang enggan menerima membabi buta perancangan jahat isa samad menggadai harta felda. Zahid mad arip juga telah menggunakan tim selompat partinya seperti zahrain hashim, ezam md noor dan ruslan kassim.ruslan kassim yang dahulunya bekas calon parlimen teluk kemang dan kini bernaung dengan Isa Samad di umno teluk kemang juga merupakan ketua penerangan perkasa.

Terbaru zahid telah membantu isa samad merencanakan agenda paling peribadi dan paling jahat menggunakan perkasa sebagai mediumnya.pada 28 disember 2012, jam 8.00 malam ini di dewan orang ramai lembah keramat, hulu kelang, selangor. Pada program ini, Isa Samad akan memberikan ceramah bertajuk 'melayu berbalah, melayu rebah' anjuran Perkasa. Apakah perancangan jahat tersebut? Melalui perencanaan zahid mad arip yang menggunakan pengaruhnya dalam perkasa, bosnya Isa Samad akan menggunakan tajuk tersebut untuk membelasah Pengarah Besar Felda, dato zulkifli wahab dan membangkitkan kemarahan dan emosi para pendengarnya pada malam itu. Sebanyak 2 buah bas dan berbelas buah kereta telah ditaja untuk membawa pengikut isa samad dan zahid mat arip daripada port dickson, ibu pejabat perkasa di hotel grand season dan lain-lain tempat.Setelah sesi ceramah tersebut selesai, pengikut-pengikut mereka akan membawa kain rentang dan sepanduk yang disediakan lebih awal dan berarak ke rumah dato zulkifli wahab yang terletak hanya 100 meter dari tempat ceramah. Rumah teres dato zul yang didiami sejak 20 tahun lalu akan menjadi sasaran maki hamun pengikut isa samad di dalam perkasa serta pengikut setianya daripada port dickson.

Perancangan zahid mad arip yang menggunakan perkasa ini ditentang oleh umno cawangan lembah keramat di mana dato zul, isteri dan anak-anaknya menjadi ahli di cawangan tersebut tetapi penentangan ini dipandang sepi kerana yang merencanakan program ini melibatkan perkasa pusat. Yang menjadi tandatanya adalah kehadiran isa samad di dalam program perkasa kerana jika isa samad hadir di dalam program umno adalah lebih logik sebagai persiapan umno menawan kembali dun hulu kelang daripada pas.Dengan kehadiran program perkasa ini yang ingin mencetuskan huru hara di kawasan lembah keramat, hulu kelang, umno lembah keramat akan menyalahkan perkasa jika sekali lagi dun hulu kelang ditimpa kekalahan kepada PR. Imej umno hulu kelang sebelum ini berjaya dipulihkan apabila berjaya menganjurkan walk about pm najib di kawasan tersebut. Niat zahid mad arip yang ingin menggunakan perkasa untuk menyerang ahli umno sendiri di cawangan tersebut dan menimbulkan kekecohan bakal menebalkan lagi rasa benci rakyat terhadap perkasa yang imejnya kini cuba dijauhkan oleh umno serta menghapuskan kesan walk about najib sebelum ini. Poster-poster jemputan telah ditampal dan diedarkan dan dewan telah ditempah. Rakyat bakal melihat bahawa dendam Isa Samad terhadap dato zulkifli tidak setakat mencutikannya selama 8 bulan, malah dibawa hingga ke pintu rumah dato zulkifli sendiri. Mari kita mendoakan keselamatan pengarah besar felda dan keluarganya daripada dendam peribadi seorang kaki lutu!

Read more...

umno kaki gaduh

Dah tua-tua pun masih bebal, nak jadi hero pun biar bertempat beb, budak2 pun lu ajak bertumbuk, apa masalah lu beb, harap tua je, otak kat lutut, ini la muka kononnya rakyat perihatin, kononnya nak ajar orang lain sedangkan diri sendiri pun kurang ajar. bebal punya orang.

Gua kadang2 heran la, puak umno ni, kaki gaduh ke apa, dia orang ingat semua orang tunggul ke apa, weiii nak berpolitik pun biar matang la beb, apahal nak begasak je, lu ingat lu semua dah cukup handal ke, macam la orang lain semua patung lu nak jadikan punching beg, kalau otak masih belum mampu nak menerima kekalahan macam budak2 tadika, baik lu pergi belajar balik kat kemas la beb.
Contoh atas pulak gaduh sama sendiri, macam budak2 tak matang langsung, agaknya ni la buadya yang sangat2 dibanggakan umno, kaki pukul, tak puas  hati je nak belasah, nak gaduh, tak de tamadun langsung.
Ni pulak kaki bacul yang berani macam anjing bila ramai, mentang2 polis tak ambil apa2 tindakan sebab kebal, kutu2 ni cuba tunjuk kuat, pegi da

Banyak lagi kalau gua nak tunjukan tapi gua tunjuk sikit je yang lain boleh cari dalam you tube, ni la contoh kutu2 yang tak berotak nak tunjuk jantan walaupun kurang kejantanannya

Read more...

Biadap ke

Suatu hari Ghani melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, Ghani ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”





 Yang ni pulak sekadar turunkan bendera mana yang lebih biadap

Read more...

tanga ghaib 3

Berdasarkan soalan yang diberikan di dalam Part III, antara soalan yang sangat menarik perhatian
adalah benarkah Isa Samad begitu berkuasa ke atas Najib dan kenapa musuh politik Isa Samad
seperti KJ tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad di atas huru-hara dalam Felda?
Jawapannya adalah DALANG UTAMA penyenaraian Felda Global adalah Ethos Consulting, juga
dalang yang menyebabkan kerugian beratus juta ringgit wang Felda di dalam pelaburan Felda luar
negara.DSAI pernah menyebut soal bayaran Felda Global untuk perkhidmatan Ethos sedangkan
pelaburan Felda luar Negara kerugian.Siapakah peneraju Ethos Consulting? Ingat nama ini baik-baik,
Omar Mustapha Ong dan Rohana Mahmood.

Siapa Omar Mustapha Ong (OMO)? Nama ini muncul dimana-mana juga GLC Kerajaan yang
mempunyai potensi disedut wang keluar.Ethos terlibat dalam keruntuhan PROTON, krisis MAS dan
pertukaran saham dengan Air Asia, krisis Malaysia Airport Berhad, pinjaman keluar wang EPF bernilai
berbilion ringgit untuk hedge fund dan yang paling melonjakkan nama OMO adalah kejayaan OMO
menyingkirkan keluar Tan Sri Hassan Merican daripada Petronas. Mereka yang mengikuti rapat
skrip pergolakan di Petronas, akan mengakui bahawa apa dilalui pengurusan dan kakitangan Felda
adalah sama dengan apa dilalui oleh Petronas tidak lama dahulu. Jangan terkejut bahawa blogger
sama yang menentang perlantikan OMO oleh Najib di dalam Petronas adalah blogger sama yang
menyokong usaha OMO hari ini. Kenapakah apabila gerombolan anjing besar, rocky bru dan ABIW
menentang perlantikan OMO dalam Petronas tidak lama dahulu, mereka tidak menganggap diri
mereka sebagai pengkhianat kepada Perdana Menteri. Mungkin Jawapannya mereka ini sanggup
menjilat kembali ludah mereka demi sejumlah wang yang amat besar dan pink form Felda Global.

Menariknya, antara artikel paling baik menyatakan keburukan pengaruh Ethos ini adalah dari
blogger ABIW. (Lihat http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/nausea-of-reading-edge-
on-ethoss-rohana.html,
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/if-pak-lah-is-leaving-
why-is-level-four.html , sertahubung kait OMO dan KJ di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/
2008/10/if-pak-lah-is-leaving-why-is-level-four.html) . Di sini terjawabnya persoalan kenapa KJ
tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad dalam isu penyenaraian Felda Global. Semua tahu
bahawa KJ dan Pak Lah yang merestui tindakan terhadap penggantungan Isa Samad dalam UMNO
dan apabila Isa membuat comeback di sisi Najib, KJ berasa terancam. KJ juga berdendam dengan
blogger gerombolan Isa iaitu bigdog, rockybru dan ABIW yang telah membelasah budak-budaknya
di dalam BOD J-Corp. Apabila OMO dan Rohana Mahmood diketahui di belakang Felda Global, KJ
bukan sahaja mendiamkan diri, malah mengarahkan budaknya, Anuar Manap, Ketua Pemuda UMNO
Sekijang yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) untuk memberikan sokongan penuh
kepada usaha penyenaraian Felda Global.

Persoalan yang bermain di dalam kepala ramai orang adalah kenapa Isa Samad dilantik sebagai
Pengerusi Felda?Perlantikan Isa Samad bukan sahaja dikecam Pakatan malah dikecam oleh
CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul dan pakar ekonomi negara, Allahyarham Datuk Zainal
Aznam.Kenapa Tengku Zafrul meminta maaf kepada Isa Samad kemudiannya, tetapi tidak
Allahyarham Datuk Zainal Azam yang lebih keras kritikannya?Jawapannya mudah, Tengku Zafrul
terlewat menyedari bahawa Isa Samad dipilih dan dicadangkan oleh Ethos Consulting membabitkan
OMO yang juga melibatkan kawan baik KJ.Dalam kemeriahan gerombolan anjing besar membelasah
Zafrul, ABIW telah menerbitkan satu artikel menghentam Zafrul yang sangat baik.Lihat betul-
betul artikel ABIW ini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/tengku-zafrul-maybanks-

wrong-signal-to.html. Cuba perhatikan ayat Haji ABIW yang dalam menghentam Zafrul, telah
menuduh Zafrul semasa di Avenue Asset telah bersekongkol dengan Dato Seri Jamaluddin
Jarjis yang pada masa itu adalah Menteri Kewangan Kedua dan ibu Zafrul, Raja Zaharaton pada
masa itu KP EPU untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad. Haji ABIW juga mendesak MACC
menyiasat balik perkara ini.Seterusnya Haji ABIW mendakwa Zafrul berniat jahat sebelum ini
kerana berniat mengecilkan pegangan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holding
untuk dibahagikan kepada tikus dan binatang. Haji ABIW juga mengatakan KJ juga terlibat
dalam proses ini. Seterusnya, Haji ABIW terus memburukkan usaha penyenaraian sebelum ini
dengan mendakwa terdapat pakatan jahat supaya Felda Holding membeli aset luar negara yang
mahal sebagai justifikasi mendapatkan modal dari penyenaraian.Haji ABIW juga menyatakan
bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa pelik dengan perkara ini dan mereka
berpendapat Felda kaya dengan tunai dan tidak perlu wang tambahan. Artikel ini diterbitkan oleh
Haji ABIW di bawah tajuk “Tengku Zafrul, Maybank’s Wrong Signal To The Market” pada 13 Februari
2011. Haji ABIW pada masa itu tidak mengetahui langsung bahawa segala kutukan di dalam artikel
tersebut adalah PERANCANGAN UTAMA Ethos Consulting yang membawa masuk Isa Samad yang
dinilai mempunyai kualiti kesetiaan, bermuka tebal, berciri kekampungan bagi menarik perhatian
peneroka di kampung Felda dan punya ramai pengikut ekstrimis melayu. Isa Samad juga didapati
cepat menyesuaikan diri dan boleh berkeras apabila perlu untuk melaksanakan sesuatu misi.Isa
Samad dan pengikutnya hanyalah BONEKA Ethos Consulting di hadapan segala usaha penyenaraian
Felda Global.

Kembali kepada artikel Haji ABIW di atas. Jelas, jika artikel Haji ABIW dikeluarkan pada saat ini, pasti
Haji ABIW akan berkerat arang dengan gerombolan anjing besar dan Rocky Bru yang menyokong
kuat Isa Samad dan usaha Ethos Consulting ini. Gerombolan Anjing Besar telah mendapat upah
sangat lumayan dari Ethos Consulting melalui Isa Samad untuk menerajui promosi penyenaraian
Felda Global yang kini telah berubah menjadi kempen menyerang peribadi kakitangan kerajaan dan
ketua peneroka Felda. Jom kita lihat penerangan dari anjing besar yang mendapat akses penuh
kepada maklumat penyenaraian Felda Global daripada Ethos Consulting dan Felda Global Venture.
Kita lihat artikel anjing besar bertarikh 25 November 2011 bertajuk “FGVH Listing On Track,
Investment Abroad Geared For Winnings”. Pada Para 7, anjing besar menyatakan untuk
penyenaraian Felda Global, PM Najib mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memiliki 35%
daripada saham FGVH, hasil daripada “share swap”, “business razionalization” dan “unlocking
assets”. Ini patut disyukuri kerana sebagai pemegang saham 51% dalam FHB, Koperasi Permodalan
Felda cuma layak memiliki sekitar 22.5% - 25% sahaja dalam saham FGVH selepas penyenaraian.
Ayat yang bertujuan mengelirukan dan memperbodohkan Felda ini diberikan oleh Ethos Consulting
dan APCO (jangan lupa, OMO dan Ethos yang memperkenalkan APCO untuk digunakan Kerajaan
Malaysia).Anjing Besar hanya bertugas menampal ayat-ayat ini di blognya sahaja. Tanpa membaca
ayat dan terma Public Relation Caca Marba tersebut, kita mengetahui bahawa KPF akan menukarkan
pegangan 51% dalam FHB kepada maksimum 35% dalam FGVH dan diminta bersyukur kerananya.
Inilah yang akan berlaku SELEPAS PENYENARAIAN. Terdapat satu lagi struktur PRA-PENYENARAIAN di
mana menampakkan KPF memegang 61% daripada saham FGVH tetapi sewajarnya peneroka
berpegang kepada struktur selepas penyenaraian iaitu KPF cuma memegang sebanyak 35% sahaja.
Disini dicabar Haji ABIW yang baru sahaja selesai menunaikan Haji menyatakan pendirian beliau
apabila melihat kepentingan Koperasi Permodalan Felda dikurangkan daripada 51% di dalam Felda
Holdings Berhad kepada 35% di dalam Felda Global Venture (sebuah syarikat pasti rugi jika tidak

memiliki 49% dalam Felda Holding sekarang) yang bakal menelan 100% Felda Holdings Berhad
selepas penyenaraian. Siapa bakal menguasai baki 65% di dalam Felda Global Ventures yang telah
menelan 100% Felda Holdings yang sangat menguntungkan itu?Bak kata Haji ABIW, tikus dan
binatang barangkali. Pengurangan pemilikan saham KPF daripada 51% di dalam Felda Holdings
kepada 35% ini boleh didapati lagi buktinya di dalam beberapa posting anjing besar pada awal
postingnya yang penuh berwarna warni dengan tampalan slaid diberikan oleh Ethos dan Felda
Global di mana slaid yang sama digunakan oleh Sabri Ahmad untuk memberikan penerangan di sana
sini. Sabri Ahmad sendiri adalah bukti bahawa pentadbiran selepas penyenaraian juga terdedah
kepada ketidaktelusan dan kerugian lebih besar sepertimana kontroversi Sabri Ahmad
mengakibatkan kerugian Golden Hope Plantation, sebuah syarikat perladangan yang telah
disenaraikan sebanyak RM120 juta.

Haji ABIW juga sebelum ini menuduh Zafrul terlibat mereka keperluan Felda Holdings Berhad
membeli aset luar negara yang mahal demi justifikasi untuk penyenaraian. Ya Haji ABIW, saksikan
sendiri kejahatan Ethos Consulting melalui Isa Samad dan Sabri Ahmad yang melakukan perkara yang
dituduh ente terhadap Zafrul . Lihat pengumuman tawaran pembelian aset luar negara disini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm .

Malah, Ethos dan APCO juga telah membocorkan cerita rekaan kepada media baru-baru ini bahawa
Felda berminat membeli KFC dan QSR Brands dari J-Corp demi mendapatkan lebih justifikasi bahawa
pengumpulan modal daripada penyenaraian Felda Global sangat diperlukan.

Akhir sekali, Haji ABIW menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa
pelik dengan usaha penyenaraian kerana mereka berpendapat Felda kaya tunai dan tidak perlu
tambahan.Apa sudah jadi Haji ABIW? Tiba-tiba Felda miskin tunaikah atau tiba-tiba pengurusan dan
kakitangan Felda Holding kini berkehendak penyenaraian atau apa sekarang yang membuatkan Haji
ABIW beria-ia menyokong gerombolan anjing besar yang mendapat upah lumayan daripada Ethos
melalui Isa Samad bagi mendokong usaha penyenaraian ini. Sebagai seorang blogger yang kritis
dan dihormati, pendirian jujur ABIW berkenaan perkara ini yang bertentangan dengan apa yang
ditulis dahulu amat dinantikan para peminat ABIW. Semoga hanya Allah sahaja tempat Haji ABIW
bergantung harap dan bukannya kepada para makhluknya.

Pendedahan lebih ramai lagi tangan ghaib di belakang penyenaraian Felda Global selepas ini.Dijamin
kecut perut kepada mereka yang berhajat menentang usaha Ethos ini. Diseru sementara itu, rakyat
Felda yang kental untuk hadir ke program seniman rakyat di Felda Sungai Tengi pada 23 Disember
2011. Perwakilan KPF juga diseru menggunakan sebaiknya undi pada 5 Januari 2011 ini untuk
melingkupkan usaha jahat Ethos Consulting daripada berjaya melingkupkan Felda sepertimana
mereka telah berjaya melingkupkan Proton, MAS, Air Asia, Malaysia Airport Berhad, NCER, Petronas
dan banyak lagi. Milo Suam satu!

Read more...

Sunday, December 25

Tangan ghaib2

Sebelum kita pergi kepada tangan-tangan ghaib di dalam penyenaraian Felda Global ini, adalah elok
kita melihat soalan-soalan yang mengiringi kontroversi paling hebat melanda Felda:

1. Benarkah Isa Samad begitu berkuasa sehingga segala tindak-tanduknya pada masa ini
seolah-olah direstui oleh Najib? Benarkah Isa Samad dan Sabri Ahmad yang menjadi dalang
utama percaturan penyenaraian Felda Global?
2. Kenapa Khairy Jamaludin dan lain-lain musuh politik Isa Samad tidak mengambil kesempatan
membelasah Isa Samad yang menghancurkan keharmonian Felda dan bakal menjejaskan
peti undi Felda?
3. Benarkah pengurusan Felda yang pada masa ini dikenakan tindakan penyingkiran secara
terang-terangan kerana mengkhianati Najib?
4. Kenapa cubaan wakil-wakil pemimpin peneroka Felda berjumpa dengan Najib sekian lama
masih bertemu kegagalan dan suratkepada PM meminta berjumpa akhirnya jatuh kembali
ke tangan Isa Samad? Malah, sesi penerangan pemimpin peneroka kepada peneroka-
peneroka Pahang pada awal kontroversi ini telah dihalang oleh anggota Cawangan Khas
sehingga kemuncaknya apabila Isa Samad menghina Ketua Peneroka Felda Kebangsaan,
barulah kesabaran pemimpin-pemimpin peneroka hilang dan bertindak mengadakan sidang
akhbar. Harapan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah mereka akan dipanggil oleh
Najib setelah tercetusnya kontroversi sidang akhbar tetapi kenapa mereka tidak dipanggil?
Sedangkan apabila Nicol David baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia, beberapa hari
selepas itu Nicol David berpeluang bertemu Najib di pejabatnya tanpa perlu melalui proses
menyiksakan seperti dialami oleh pemimpin-pemimpin peneroka ini. Mengapa diskriminasi?
Siapa yang mengaturkan jadual pertemuan Najib dan menggagalkan pertemuan mereka?
5. Di dalam sidang akhbar oleh pemimpin peneroka secara bersendirian, antara wartawan
yang hadir adalah dari Utusan Malaysia, Bernama selain kehadiran wartawan berita
maya, blogger dan Harakah. Isu yang dibawa besar serta yang bersuara adalah himpunan
pemimpin peneroka Felda dari seluruh negara. Kenapa hanya Harakah dan Malaysia Insider
yang menyiarkannya? Seterusnya pada hari sidang media pengumuman penggabungan
pemimpin peneroka diketuai oleh Pak Sam selaku Ketua Peneroka Kebangsaan dan NGO
GWGF diketuai oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membentuk GEMPAK, hampir 40 media
menghadirkan diri tetapi hanya 1 media utama yang memilih menyiarkan berkenaan
sidang media berkenaan. Kenapa media berterusan memboikot pandangan pemimpin
peneroka ini? Sedangkan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah sah dipilih di peringkat
rancangan Felda lagi sehingga berjaya dipilih di peringkat nasional dan kesemua mereka
adalah ahli aktif dan berjawatan tinggi di bahagian UMNO masing-masing. Siapa yang begitu

berkuasa menghalang penyiaran pandangan pemimpin peneroka yang nyata bercanggah
dengan kenyataan Isa Samad bahawa pemimpin peneroka faham dan menyambut baik
penyenaraian ini? Pandangan ketua peneroka felda kebangsaan dan pemimpin peneroka
dipinggirkan dan media berterusan menyiarkan kenyataan pemimpin katak seperti ruslan
kasim, ezam md nor, zahid mat arip dan zahrain hashim yang memburukkan pengurusan
Felda yang didakwa pengkhianat dan menyeleweng. Siapa yang menyusun kenyataan
pemimpin katak di dalam akhbar dan memberikan mereka ruang menyiarkan pandangan
mereka yang pro Isa?
penyenaraian Felda Global adalah DSAI. Oleh kerana ANAK melalui Mazlan Aliman telah lama
memperjuangkan isu Felda maka beberapa bulan ini, ANAK dibiarkan mencorakkan perjuangannya
berdasarkan apa sahaja maklumat asas yang diterima ANAK dari dalam. Pada awalnya dilihat tidak
ramai wakil rakyat PR yang memahami isu terbaru Felda ini dan mereka menganggap isu ini sekadar
perbalahan majikan dan kakitangan. Sehinggalah kemunculan Pak Sam, Ahli Lembaga Pengarah
Felda yang juga Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan rakan-rakan pemimpin peneroka Felda
mewakili 11 wilayah Felda mengadakan sidang akhbar menuntut perletakan jawatan Isa, barulah
wakil-wakil rakyat PR sedar bahawa kubu BN di Felda telah ditembusi. Kini berbekalkan maklumat
diperolehi dari ANAK, PKR dan Pas giat menambah ahli dan membuka ranting dan cawangan baru
di Felda-Felda seluruh negara.Kejayaan ini memberangsangkan walaupun tanpa campur tangan
pimpinan tertinggi PAS dan PKR yang masih menyimpan peluru isu Felda ini untuk digunakan semasa
pilihanraya.

Di ruang pertempuran maya, blogger anjing besar dikenalpasti adalah pemain utama untuk
menampal maklumat penyenaraian Felda Global di dalam blognya.Di dalam lingkungan rakan-
rakannya adalah Rocky Bru, ABIW dan beberapa lagi.Tidak ramai yang berminat untuk menyambut
ajakan anjing besar untuk menyerang kakitangan kerajaan di dalam Felda serta masing-masing
mengetahui ‘Sebut Harga’ yang anjing besar telah kenakan kepada pengupahnya.“Lu makan sorang,
Lu kerja sorang” adalah moto blogger bebas dalam UMNO. Di atas kritikan dan desakan pengupah
anjing besar yang terkenal sanggup menggigit tangan yang mengupahnya jika tidak dapat apa
dihajati, anjing besar mula mencetus kontroversi dengan menyenaraikan pengurusan Felda sebagai
pengkhianat. Isu ini dipuji oleh tuan barunya dan disambut meriah oleh pimpinan katak bekas PKR
diketuai oleh Zahid Mad Arip, pegawai khas Isa.Kemunculan Pak Sam dan para pemimpin peneroka
yang menentang penyenaraian, penyatuan pemimpin peneroka dan GWGF (TS Rozali Ismail),
serta kejayaan ANAK mendapat sambutan hangat di Felda-Felda akhirnya telah memaksa Jabatan
Perdana Menteri memanggil semua blogger bernaung di bawahnya untuk sama-sama menjawab
isu Felda. Dalam kekaburan maklumat penyenaraian Felda Global, sukar untuk blogger-blogger
UMNO menjelaskan kepada pembaca masing-masing kebaikan penyenaraian Felda Global kecuali
memainkan isu durian runtuh, pembangkang tidak tahu apa-apa dan hanya tahu menentang dan ada
juga turut bernyanyi lagu anjing besar iaitu pengurusan Felda pengkhianat. Tidak ada blogger UMNO
termasuk anjing besar sendiri pun berani menyiarkan gambar sekumpulan pemimpin peneroka
felda setiap wilayah felda yang diiktiraf secara rasmi oleh felda dan kerajaan dimana bilangan tahun
mereka menyertai UMNO sahaja lebih tua daripada kebanyakan umur blogger UMNOdan mereka ini
jelas menolak kepimpinan Isa Samad dan menolak agenda tersembunyi penyenaraian Felda Global.

Seterusnya di siri akhir adalah pendedahan eksklusif, watak utama di belakang penyenaraian Felda

Read more...

Saturday, December 24

Tangan ghaib

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (part 1)

Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:
  1. Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara
  2. Pajakan 99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi mangsa pajakan selama 99 tahun
  3. Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah
  4. Penyingkiran kakitangan kerajaan seperti Pengarah Besar Felda yang dicutikan selama 8 bulan serta penyingkiran Timbalan Pengarah Besar Felda yang dihantar ke JPA untuk memasuki ‘pool’. Terdapat juga beberapa pengarah dan pegawai Felda lagi dikenakan tindakan atas alasan menjadi dalang menghalang penyenaraian dan membocorkan maklumat. Tidak sedikit pun media menyentuh bahawa Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Pak Sam adalah juga Ahli Lembaga Pengarah Felda yang mempersoalkan keputusan yang dibuat dan akhirnya hilang sabar dan mendedahkan perkara dalam mesyuarat lembaga pengarah Felda kepada peneroka-peneroka dan di dalam sidang media.

Segala usaha demonstrasi, blog dan akhbar menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda mengkhianati Perdana Menteri dan menyembunyikan hakikat bahawa pemimpin peneroka 11 wilayah bersatu hati turut menentang agenda tersembunyi dalam penyenaraian ini. Pengedaran VCD sidang akhbar pemimpin peneroka pada masa ini tersebar luas di meja penjual ceramah agama dan politik seluruh Negara. VCD ini menunjukkan bukan sahaja Pak Sam, iaitu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang bersuara, malah beberapa pemimpin peneroka yang lain termasuk penerokawati turut menyuarakan pandangan. Turut terlibat adalah pemimpin peneroka di kawasan peti undi PM dan Menteri Koperasi sendiri.Lagi kuat Isa Samad dan media memainkan isu Felda Global sehingga naik muak rakyat Malaysia mendengarnya, semakin ramai rakyat yang mencari berita alternatif kepada berita yang disiarkan.Perkara ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak zaman reformasi sehingga munculnya Smart Phone dan Ipad menggantikan akhbar sedia ada.

Majoriti rakyat diajak mempercayai bahawa Isa Samad adalah Isa Al-Masih, penyelamat Felda dan Koperasi Permodalan Felda daripada penyelewengan pengurusan dan lembaga pengarah KPF.Ahli-ahli KPF perlu diselamatkan dari dividen 15% yang dinikmati selama ini.Yang menyatakannya adalah Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, bekas calon Keadilan yang bertanding di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum kembali menyertai UMNO Teluk Kemang di mana Isa adalah ketua bahagian.Malah kehadiran gerombolan Perkasa menyerang ibu pejabat Felda dan memaki pengurusan Felda sangat mudah dibaca kepentingannya kerana selain Ruslan Kasim, Zahid Mat Arip yang mencari makan dengan Isa Samad sebagai pegawai khas juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Perkasa. Yang menariknya, peneroka yang tertipu untuk hadir program demonstrasi tersebut kini bercerita di kawasan masing-masing betapa mereka merasa menyesal dan kini bersemangat menentang Isa Samad. Malah, di dalam blog dan website Perkasa sendiri, ahli-ahli Perkasa yang tidak tahu pangkal sebenar dan hadir dalam gerombolan tersebut kini mempersoalkan kenapa Perkasa digunakan dalam isu Felda yang jelas menjaga kepentingan Melayu sebelum ini. Ternyata tindakan demonstrasi tersebut telah ‘backfire’ kembali kepada pemimpin Perkasa kroni Isa Samad apabila pemimpin bawahan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Perlu diingat bahawa keanggotaan Perkasa adalah secara sukarela dan ahli di bawah tidak mendapat sebarang gaji dan kepentingan melarang mereka bersuara di dalam Perkasa.

Persoalan bermain di dalam minda warga Felda adalah kenapa Najib mendiamkan diri? Jika tahun ini sahaja, undi Felda telah memenangkan BN di beberapa pilihanraya kecil serta mereka telah bersengkang mata, bermandi darah memajukan sehingga Felda berkembang pesat ke tahap hari ini, kenapa kali ini mereka dipanggil pengkhianat dan sebagainya semata-mata mahukan penjelasan penuh berkenaan penyenaraian dan menolak campur tangan dalam koperasi permodalan felda yang dianggap tidak patut dilakukan.

Blog-blog Pro PR cuma boleh menyimpulkan bahawa tindakan Najib mendiamkan diri adalah kerana telurnya dipegang Isa Samad yang mengetahui dan menyelamatkan Najib dari skandal khalwat di Port Dickson.Benarkah semudah itu? Hmm..kita minum Milo Suam dulu.

NUkilan Puterikarimun

Read more...

umno ta biadap,

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.
"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Khaakkk tuiiii, siapa yang takut dgn lu, setakat amaran lu khaaakk tuiii.

Siapa yang lebih biadap kalau bukan sibangsat2 umno di Malaysia, kalau setakat turunkan bendera muka penyangak dikira biadap. si haramjadah kencingkan gambar pemimpin pas dan dap tu mulia la.

Lu jangan nak bunyi lebat beb, lu ingat orang takut, kalau setakat nak tembak air kencing, apa barang beb.

Tu belum lagi gua bunyi pasal kebiadapan lu pada raja-raja melayu, kebiadapan, toyol lu, mak lembu lu, dan anjing2 lu yang sakau duit dan harta benda rakyat, apa cerita beb.

Satu lagi gua rasa la Anwar hampir pasti duk hotel free, sama macam raja toyol, Skrip pun da hampir lengkap, mula2 penjarakan raja toyol, kemudia Anwar didapti bersalah, lepas tu kata kerajaan tak pernah campurtangan sistem perundangan, kerajaan adil tak kira mana pemimpin pun.

Jadi Anwar dah patut pek2 mana2 barang yang patut, berus gigi, tuala good morning, ubat gigi, dan yang penting head protection takut kena boxing macam dulu, kalau ada cawat besi lebih baik nanti kalau kena bogelkan depan perempuan macam dulu tak la malu sangat, kunci suruh kak wan simpan. umno tak biadap beb.


Read more...

Raja toyol dah kena beb raja lembu bila pulak

Kah kah kah raja toyol kantol sudah, menangis la lu kat dlm jaring besi, sedap beb, dulu lu sakau harta rakyat, buat macam harta sendiri, sekarang lu rasa beb jadi kambing hitam, apa lagi beb dendam mesti dibalas, dedahkan la cerita yang lu cakap lu simpan sebelum ni,


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia.
Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.

Mana boleh lu seorang je jadi kambing, orang lain senang2 metahkedarah lu lak duk dalam jaring besi kena simpan, ini tak adil beb, tarik la kawan2 lu, yang kaki rembat duit rakyat tu, bogelkan satu persatu beb. lu kena gelar penjenayah mana nak letak muka beb,

Kutu2 lain pulak dipandang mulia sedangkan diorang pun penyamun macam lu juga, cepat beb, tak kan lu sangup duk sorang2 makan nasi kawah, lu mana biasa beb, lu kan dah biasa hidup mewah, meleleh air liur tengok penyamun lain sedap2 kumpul harta.

Lu nak harap laki ijat jadi roommate lu pun belum tentu beb, sprm pun baru je nak siasat, makan masa tu, tu pun kalau sangkut, tapi tengok juga skrip yang produser lu buat ending kedalam ke atau bebas macam razak baginda.

Read more...

Thursday, December 22

anak derhaka

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
 
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
 
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
 
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]
 
 
Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:
 
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2]
 
 
Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.
 
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:
 
Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3]
 
Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

 

Read more...

Wednesday, December 21

khaaak tuiii la najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengabdikan diri bagi melakukan yang terbaik untuk rakyat semenjak dua tahun setengah memegang jawatan Perdana Menteri.

"Tidak kiralah apa yang telah diperkatakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai saya, keluarga saya, atau pentadbiran saya, namun apa yang pasti saya telah berusaha untuk memastikan bahawa setiap keputusan yang saya ambil sebagai Perdana Menteri adalah yang terbaik mungkin.

Pi la, kepala bana la lu abdikan diri kepada rakyat, jadi kan rakyat semakin sesak, susah cari makan, gua nak je maki dengan kata2 lu.

sekarang ni gua agk sibuk jadi gua malas nak tulis banyak2, kepala guaa pun tengah serabut, mana nak fikir bonus pekerja, gaji lagi tapi macam biasa boleh sattle punya insyallah. Gua berapa hari ni konon nak rehat sekejap dari cerita politik tapi bila baca artikal atas tu gua tak leh tahan nk juga tulis sikit, bengang gila beb.

Dah tak de idea lain mamat sekor ni terpaksa mengampu diri sendir, supaya nampak bagus, pegi la sikit pun gua tak percaya, macam kata arman dol, khaak tuiiii!!!!!

Read more...

Rakyat didahulukan

Kilang nadir bumi Lynas Corporation LTD di Gebeng, Pahang adalah selamat dan tidak berbahaya sekiranya syarikat itu mematuhi langkah keselamatan dicadangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung projek itu, demikian menurut dua badan profesional Malaysia.

Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Majlis Profesor Negara (NPC) dalam kenyataan bersama mengenai projek itu berkata kilang itu perlu mematuhi prosedur pengurusan sisa buangan yang ketat untuk memastikan keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar.

Laporan setebal 63 muka surat yang dikeluarkan di sini hari ini berkata pemprosesan nadir bumi akan menghasilkan hasil sampingan yang mempunyai risiko radioaktif yang rendah, bagaimanapun risiko itu boleh diurus dan terdapat teknologi yang boleh memastikan sisa buangan tersebut tidak berbahaya dan selamat.

Ni yang kata tak de kerja cari kerja, tak de nahas cari nahas, cuba lu baca apa yang gua bold kan tu. perkataan sekiranya tu yang gua tak gemar tu, kalau ikut ayat tu bermakna tak pasti la selamat.

Kalau gua guna perkataan sama, sekiranya pekerja tak mahir, sekiranya terlupa, sekiranya berlaku kebocoran, sekiranya berlaku kerosakan, sekiranya memang sengaja kurangkan ciri keselamatan. siapa yang bakal menanggung resiko beb. Lu orang sedap2 tidur atas duit untung rakyat yang merana. tak gila namanya tu.

Dari awal banyak bantahan da dibuat, tapi kerajaan pekak kan telinga je, kerajaan macam ni ke lu semua nak. mana laungan rakyat didahulukan, weiii sekawan gajah pun tahun nak protect group dia ni manusia beb. Tak siapa marah lu nak kaya tapi kalau dah melibatkan nyawa rakyat tu bukan main2 beb, tu kerja gila.

Read more...

Pas nak masuk kubur ke?

Kalau la maha raja lawak tu lawak bila gua tengok video ni gua guling2 gelak, tahniah kepada pembuat video ni.lawak gila beb.



Dalam gelak2 gila gua tak boleh tahan bila baca artikal ni memang cibai, pailang2 dalam Pas da gila sibuk berentap kat media, macam gua cakap sebelum ni. woiii apahal ni beb, gua sebelum ni pernah buat en3 tentang perkara ni. Mana perginya presiden Pas ni, Hj hadi masih tidur ke, memang patut la Aduka taruna nak langgar, Hj hadi, woiii bangun la.

Apa cerita adik beradik ni tak habis2 nak berentap ni, bila nak panggil duk satu meja, gua dah naik menyampah, apa ni beb. Si Hasan pulak tak boleh ke tutup mulut busuk mulut lu bila menguap pasal dalam kelambu. jangan jadi manusia cibai beb.

Yang cikgu Pa, mahfuz dan dr osman pulak apa hal kecoh2 ni beb, hilang respek gua. Ni la kata orang marahkan nyamuk kelambu dibakar. Hj Hadi pulak senyap sepi je, cepat sattlekan kutu2 ni, buat malu je, gaduh adik beradik satu Malaya dah tahu. Apa da membusung baru nak bertindak ke beb.

Kalau semua nak jadi hero tapi spender terkoyak apa barang, wooiiii umno tengah bergelek dangdut meraikan perangai orang2 tua tak sedar diri. Apa lu orang tak sedar ke lu sedang gali kubur untuk PAS.

Read more...

Tuesday, December 20

Bodek la, Rm5juta bukan sikit beb




Presiden HuaZong, Tan Sri Pheng Yin Huah, berkata pengalaman politik lebih 33 tahun menyaksikan Najib berjaya melakukan banyak transformasi serta pembaharuan untuk negara.
“Perdana Menteri mempamerkan perkhidmatan cemerlang dalam senario global yang kian bergolak serta persaingan politik tempatan yang cukup kompetitif. Rakyat dan negara dapat menyaksikan perubahan digerakkan untuk faedah semua lapisan masyarakat,” katanya pada majlis pecah tanah Menara 12 tingkat HuaZong oleh Perdana Menteri di Seri Kembangan di sini, semalam.
Menara HuaZong dengan kos RM55 juta, bakal dilengkapi pelbagai kemudahan

 “Falsafah 1Malaysia yang sudah diterima ramai ketika ini, adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya sambil mengumumkan bantuan kerajaan RM5 juta untuk tabung pembinaan Menara HuaZong yang bakal dibayar dalam tempoh dua tahun, selain mengumumkan kesediaan kerajaan meluluskan pelepasan cukai kepada penyumbang dana itu.

Siapa kah Tan Sri Dato' Pheng ni:
 Tan Sri Dato’ Pheng is a substantial shareholder of Perwaja and was appointed as the Managing Director in 2008.
Tan Sri Dato’ Pheng is also the Managing Director of Kinsteel, Kin Kee Hardware Sdn Bhd, Kin Kee Metal Sdn Bhd, Kin Kee Properties Sdn Bhd and Perniagaan Kin Kee Sdn Bhd.

Lu semua faham tak apa yang gua maksudkan dengan ayat yang gua hitamkan tu, tak pe, lu fikir la sendiri.
Gua malas nak cerita panjang nnti ada yang sakit hati lak.

Read more...

Monday, December 19

Kenapa di tambah beban rakyat

The government has approved a fund of RM400mil to assist stage bus companies which are facing financial problems in continuing their operations.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the fund would be managed by the Land Public Transport Commission (SPAD) which planned to disburse RM100mil in the first quarter of 2012.
"For the first phase, the fund would be utilised to assist companies which are facing problems in Selangor and followed by other states such as Negri Sembilan and Pahang," he said in a statement.
Najib, who is Finance Minister, said the government, through SPAD, would begin negotiations with the affected bus operators to discuss the best method in resoving the problems faced.
He said that among the methods to be discussed was the utilisation of the fund approved as subsidy based on the per kilometre rate.

Siapa la yang betuah akan dapat bantuan ni, perrrhhh banyak tu, lubang duit mudah untuk taukeh bas, Gua nak tengok juga macam mana duit tu digunakan.

SPAD da buat kajian terpeinci ke kenapa taukeh2 bas ni boleh hadapi masalah duit, hanya dengan beri duit je ke segala masalah bas ni boleh selesai, jangan nanti bila dah dapat bantuan. meraung lagi taukeh2 ni minta bantuan lagi. Atau cara ni cuma nak selesaikan masalah jangka pendek, tapi masalah sebenar tak sattle2 lagi.

Lu kena ingat 400juta tu banyak beb. pada gua bisnes ni bergantung dengan permintaan dan kos. OK kita tengok permintaan, ramai lagi ke orang yang nak naik bas ni, maksud gua rakyat malaysia, bukan bangla, myanmar, indon, vietnam,nepal, india atau pakistan.

Sebab apa gua tnya rakyat Malaysia bukan warga asing. sebab ayat ni "among the methods to be discussed was the utilisation of the fund approved as subsidy based on the per kilometre rate." takan la duit rakyat malaysia nak bagi free2 je kepada rakyat asing melalui subsidi.

Katakan la memang ramai lagi rakyat malaysia naik bas, jadi masalah pendapatan melalui jualan tiket bukan masalah lagi. mungkin yang jadi masalah adalah kos.

Ok katakan la, kos menyelanggara bas, termasuk harga diesel, alat ganti dan sebagainya adalah tinggi sehingga pendapatan yang diterima tak mampu untuk membayar kos ini semua, salah taukeh bas ke, salah pembekal alat ganti ke, atau salah seluruh rakyat malaysia, kenapa kita semua perlu menanggung beban ni semua.

Jadi gua rasa la semua orang dah tahu jawapannya, tak yah gua tulis, rakyat malaysia da cukup bijak kecuali lembu2 yang berbadan manusia.

Read more...

Siamang Umprono cuba gigit lagi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dengan segera sebelum terus menjadikan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform untuk melepaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Penasihat PKR itu seharusnya bertindak gentlemen dengan menentang Dr. Mahathir secara peribadi kerana semua isu yang dicetuskan olehnya merupakan kisah-kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.

Gelek beb gelek nayanyikan lagu lama lu, orang da meluat beb, tapi tak pe, orang banggang macam puak umpro masih percaya, masih laku beb. mengampu terus beb, untung2 boleh dapat jadi calon yb, kat penang melayu yang penyokong umprono kan dah pupus beb, yang tinggal pemain import macam kat bawah ni
GHANI TAIK

Gua ingat mamat ni da pupus rupanya panjang umor lagi da lama gua tak dengar pencacai ni menyanyi, ujud lagi rupanya ko Zahrin.
Weeeiiii bank dunia da bagi bukti che det memang pinjam duit apahal pulak nak menyebuk suruh anwar bersumpah pegang Al Quran, lu mabuk ke apa beb. Apa dalam umno ni bila rasa2 nak kalah je cepat2 cari Quran pegang pastu bersumpah, woi malu la sikit, Al Quran tu untuk dibaca dan dihayati buka suka2 nak dibuat alat mainan sumpah. Siamang punya olang.

Kalau tka betul suruh je Cek Det lu tu buat laporan polis panggil anwar untuk disiasat, nape takut ke, tak payah nak melalak sana sini suruh orang bersumpah, satu lagi selama ni siapa yang berdendam dengan siapa, sipa yang simpan Anwar dalm lokap, kena belasah lagi. Apa lu cerita beb.

Read more...

RM102.5juta je

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM102.5 juta tahun ini untuk membantu rakyat miskin di negeri Selangor.


Untuk satu negeri cuma RM102.5juta beb, setahun lak tu. banyak tu je. Untuk satu ladang dan 3500 ekor lembu boleh pulak belanja Rm250juta. pelik!, malaysia boleh!


Kali ni gua tak nak cerita banyak lu orang nilaikan sendiri. Bila cerita pasal lembu ni gua teringat pasal lembu ni gua teringat cerita pak cik gua, dia bagi teka teki,


Dalam banyak binatang apa binatang yang paling banyak komplen, puas gua berfikir masa tu nak cari jawapan, akhirnya gua give up, pak cik gua beri jawapan LEMBU, gua tnya kenapa, jawapannya sebab manusia lebih beruntung emak bagi susu diorang semua panggil mak, umi, mama dsb. Tapi Lembu bagi susu kepada hampir semua manusia tak seorang pun panggil dia mak. kah kah kah.


Tapi bila ujud kes lembu Rm250juta ni gua pun terfikir, lembu2 dah tak patut komplen sebab nilai diorang lebih tinggi boleh sampai Rm250juta beb, ada kondo lagi. tapi bagi kat rakyat miskin di selangor cuma Rm105juta beb. untung ko lembu, lepas ni jangan komplen2 lagi. kah kah kah


Read more...

Sunday, December 18

Belanja macam duit mak bapak dia je

Ni satu lagi projek gila perabih duit rakyat, yang tidak dirancang dengan teliti, alasan untuk projek ni tak masuk akal langsung, mampuh duit rakyat digunakan untuk bina gajah putih, lu tengok je la apa yang berlaku kepada projek ni yang telah siap dibina, ayam, kambing, anjing je yang banyak guna.

Jabatan Belia dan Sukan Kedah merancang membina lebih 20 gelanggang futsal lagi di negeri ini tahun depan setelah menyiapkan 80 buah gelanggang sehingga bulan lepas.

Pengarahnya, Aziz Hamid berkata rancangan itu bagi mencapai hasrat kerajaan Persekutuan supaya sekurang-kurangnya satu gelanggang dibina di satu mukim.

Katanya setiap gelanggang dibina dengan kos RM150,000 dan dilengkapi lampu supaya boleh digunakan pada waktu malam serta kemudahan tandas.

"Projek ini diharap dapat menarik ramai golongan muda bermain futsal bagi mengelakkan mereka terjebak dalam gejala sosial yang tidak baik,"

Lu bayangkan la nak buat je guna duit RM150ribu, lepas ni untuk maintan kerosakan atau kebersihan je ntah berapa ribu yang akan diguna.

Berapa kerat je anak muda yang akan guna kemudahan ni, kalau guna pun sehari belum tentu 1jam, selebihnya seperti gua kata anjing kambing ayam je yang guna.
Gelanggang futsal boleh hidar gejala sosial beb

Apa dengan adanya gelanggang ni anak muda boleh terhindar dari gejala sosial, dari pemerhatian gua tempa begini la menjadi tempat muda-mudi berpeleseran, kalau malam pula, tempat kereta rosak. tu sebab gua cakap kajian teliti tak dibuat.

Bukan kah lebih baik difikirkan sesuatu dengan duit sebanyak Rm150ribu x (20+80)= Rm15juta tu. Macam2 boleh dibuat beb.

Gua bukan anti sukan gua dulu pun pernah mewakili negeri dalam sukan, tapi bila gua tengok telalu banyak pembaziran dilakukan tu yang gua hangin. nak buat gelangang futsal pun sampai guna RM150ribu satu nilai yang besar beb,

Tak kan la dengan cuma simen lantai, pasang pagar keliling, buat tandas kecil dan cat epoxy lantai sebanya tu kos nya. Apa lu ingat orang tak pandai kira ke.? Ini la salah satu kejayaan BN dalam pembaziran dan keborosan mengunakan duit rakyat. Tu belum pembaziran lain2 nya. buat pondok bas pun kos nya gila babi tinggi, buat landskap pun begitu.

Tu yang kecil beb bagi projek yang lebih mega natah berapa banyak pembazirannya. gila la

Read more...

Mahathir ni sakular ke?

Perbezaan fahaman politik di negara ini menyebabkan umat Islam dikatakan berpecah belah dan bukan kerana agama, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga puak dan "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain.

Apa la mamat ni cerita, umat islam berpecah bukan kerana agama, kenyataan tu betul kalau lu tujukan kepada puak umno, sebab dalam umno berpecah je kerana berebut jawatan, rebut harta, rebut lembu.contoh rperebutan kuasa isa sabu dgn shahidan, idris jusuh dgn mat said.

Bagi umat Islam yang lain berpecah kerana kefahaman, gua ulangi kefahaman agama, pas hendak hudud, umno tolak hudud, pas nak pemimpin amanah umno nak pemimpin yang boleh mengampu, contoh kenapa bagi jawatan kepada jamaludin jarjis, rahim thamby, isa, sharizat, sebelum ni rafidah.

Pas nak sunnah nabi, lu kutuk sunnah nabi, lu jangan lupa siapa yang kata zaman nabi orang simpan janggut pasal tak de pisau gillet.

Pas nak hapuskan pembaziran, lu semua berlumba2 belanja sakan harta rakyat.

Pas nak Islam duk no1, bangsa no2. Lu sibuk nak letakan melayu (mamak) no 1, Islam lu terajang entah no berapa.

Yang lain gua malas nak buat perbandingan. Banyak lagi gua boleh tulis, Jadi semua yang gua nayatakan tu tak de kaitan dengan agama ke. Jadi jangan nak sibuk kata tiada kaitan agama, semua yang berlaku atau hidup tu dalam skop agama. Apa lu fikir agama tu bukan kehidupan dan hanya ritual shaja, tu da sama macam fikiran kamal artrtuk beb. tu sakular beb..

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP