Mengenai saranan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid
meminta anggota parti mengadakan 'gencatan senjata' dan menumpukan usaha
menghadapi pilihan raya umum ke 13, Razali berkata, mereka perlu
mengutamakan perkara yang penting dahulu.
"Ini kerana keutamaan anggota parti tidak betul, mereka lebih
mengutamakan kedudukan jawatan dan cita-cita hendak menjadi calon dalam
pilihan raya daripada tanggungjawab sebenar sebagai anggota parti,"
katanya.
Betul tak gua cakap dalam en3 gua sebelum ni, puak umno ni akan gunakan dailog berbeza tapi skrip sama. apa yang razali cakap ni sebelum ni dah pun dikatakan oleh cek det tka de benda baru, idea lama yang diulang tayang.
Sama macam Zahid kitar semula kata2 cek det. orang dah tahu da dalam umno ni berebut kuasa memng da jadi budaya, masing2 nak jadi ketua berebut nak jadi calon, kenapa? sebab bila dapat jadi calon dan kemudian menang seperti jumpa lubuk emas, jalan singkat jadi kaya, tak yah tunggu 2 penggal, 1 penggal pun cukup la selagi boleh sapuu, bedal habis-habisan. Bukti da belambak da, wakil rakyat umno mana yang tak kaya, cuba tunjukan pada gua seorang pun jadi la.
Modes operandi (alamak gua cakap macam pak polisi la) dia orang ni semua sama je, mula2 bagi gula2 ayat2 manis konon nak perjuangkan bangsa, agama. Melayu mesti dibela, mempertahankan ketuanan Melayu, semua tu ayat biasa yang dikeluarkan kutu2 gila kuasa aka gila Rm dalam umno ni.
Tapi bila dapat jawatan lu tengok je la, mula sekali mesti perjuangkan perut sendiri dulu, projek mesti bagi kroni dulu persen kejar dulu, duit lobi sakau dulu. projek daging mesti rebut dulu, projek tulang baru bagi orang lain. Agenda Melayu sebelum dapat kuasa pergi persetan, yang penting kumpul dulu harta selagi ada masa, orang melayu senang je dibedik cerita sikit pasal ketuanan melayu bagi ayat naik semangat bertepuk tangan orang2 melayu kesukaan.Tak sedar kena tipu.
Dekat masa nak percalonan bahagian keluar muka2 ni melobi untuk dicalonkan kat bahagian, habis semua rumah ketua cawangan singgah dapat restu kononnya. dekat pilihanraya pulak sibuk tonjolkan muka kat perhubungan negeri beria2 melobi supaya nama dihantar keperingkat pusat. begitu la tugas diorang ni diulang tiap kali. Bagi yang kurang bernasib baik kena cantas melopong, kabel yang mencantas pulak besar masa tu, sendiri punya besar lidi je.
Kalau kata gua tipu gi la kat mana2 majlis umno, mesti cerita sama yang di ulang tayang, cerita pasal Anwar, Mat Sabu, meskinnya Kelantan, Ketuanan Melayu, Perkauman Dap. tu semua story board yang akan dimainkan. kalau tengok muka2 pengundi kurang percaya, mula la buat ugutan, Malaysia akan tergadai, Malaysia akan hancur, tak kenang budi, bahaya kalau Dap perintah (entah dari mana pulak Dap boleh perintah gua pun tak faham) last sekali ugutan Melayu akan ditindas.
Balik kepada cerita gua tadi, tunjukan gua mana pemimpin Umno yang betul2 sayangkan bangsanya, yang betul2 nak pejuangkan bangsanya, agamanya. bagi gua satu contoh pun jadi la. Jangan bagi contoh pemimpin lama bagi gua contoh pemimpin yang ada sekarang, tak de sekor pun yang ultra Melayu beb. Tu gua minta contoh yang sayang bangsa, belum lagi gua minta contoh yang benar2 sayangkan Agamanya.
Bagi gua contoh seorang pemimpin Umno yang betul2 follow agama Islam. Cukup Islam kah bagi bini mengerbang rambut, cukup Islam kah bagi anak jadi penyanyi.....................
Read more...