Followers
Saturday, August 6
Konspirasi pelajar aibkan Penjara
Gua hairan la dengan dua kenyataan ini:
kenyataan pertama
Sepanjang tiga hari program berlangsung, kumpulan pelajar tingkatan satu, dua dan empat sekolah berkenaan mendakwa dilayan umpama banduan apabila makanan mereka dicatu, diarah berbogel, melakukan ketuk ketampi dan tekan tubi berulang kali serta hukuman lain setiap kali melakukan kesalahan.
Selain itu, kesemua pelajar berkenaan turut dicukur umpama banduan sebenar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (gambar) berkata, pelajar-pelajar tidak sepatutnya diberi pendedahan kepada kursus motivasi sedemikian.
kenyataan kedua:
Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar.
mana satu yang betul ni kalau ikut kata sharizat macam berlaku penderaan kepada pelajar tapi kalau ikut Zulkifli tak ada, ini bermakna 33 pelajar tu semuanya berbohong la ye
kalau la 33 pelajar ini berbohong dahsyat juga konspirasi pelajar ni, kecik2 da pandai2 buat konspirasi memburukan penjara nakal sungguh pelajar sekarang boleh tubuhkan geng 33 buat tuduhan palsu kepada penjara, itu kalau pelajar ni bohong