Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, February 6

PEMILIHAN KEPIMPINAN BELIA FELDA BERGELODAK


Oleh: Felda Kita


Kekalahan Pegawai Khas Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), salah satu NGO utama yang mewakili suara anak-anak Felda memberikan tamparan hebat kepada Presiden MBFM iaitu  Anuar Abdul Manaf yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, Segamat, Johor. Pegawai Khas Presiden bernama Shahrim Mohd Zin, yang berstatus duda beranak dua tersebut mendapat elaun sekurang-kurangnya RM2000 sebulan dan pelbagai projek di atas kapasiti Pegawai Khas dan Pengerusi MBFM Wilayah Kuantan itu telah bertindak ganas menyerakkan pejabat MBFM di cawangannya sendiri di Felda Chini 3 serta membawa lari buku akaun dan buku cek berkaitan pergerakan wang milik MBFM di cawangannya sendiri. Tindakannya ini menyebabkan pemimpin yang baru terpaksa membuat laporan polis pada 21.01.2012.

Jika anak buah sendiri bersikap tidak rasional dan takut mendedahkan perjalanan kewangan MBFM Kuantan dan Chini 3, bagaimana agaknya bentuk pengurusan kewangan peringkat kebangsaan di bawah Anuar Abdul Manaf? Belia Felda sewajarnya mencabar pemimpin atasan membuat perisytiharan harta diri masing-masing dan keluarga mereka dan diadakan audit penuh kewangan MBFM oleh sebuah badan audit bebas. Jika pemimpin MBFM berani berbuat demikian barulah dikatakan 'jantan' dan layak memimpin organisasi yang mewakili anak-anak Felda.

Di bawah kepimpinan saudara Anuar Abdul Manaf, pada awalnya beberapa perubahan positif didapati berlaku dan FELDA serta pemimpin peneroka telah memberi laluan mudah bagi Anuar Abdul Manaf untuk menjadi Presiden tanpa perlu melalui peringkat tapisan di peringkat cawangan, wilayah dan exco pusat. Exco MBFM, Mohd Syumaimi Rameli telah diberikan FELDA jawatan kontrak berstatus Ketua Unit N48 dengan emolumen sekurangnya RM6000 sebulan tidak termasuk tuntutan elaun perjalanan dan lain-lain serta perlantikannya adalah luar biasa iaitu tanpa perlu melalui temuduga demi menggalakkan belia Felda sendiri berperanan merencana agenda belia Felda. Namun semenjak berdamping dengan tokoh rasuah UMNO, TS Isa, ilmu politik wang diserap dengan begitu baik dan kini telah menjadi kanser di kalangan belia-belia Felda peringkat cawangan. Status kewangan MBFM yang pada awalnya baik kini menjadi misteri apabila seorang kerani kewangan digajikan MBFM dibuang kerja kerana menjumpai pelbagai perkara menyalahi prosedur kewangan berkaitan peruntukan Felda melibatkan jutaan ringgit. Di bawah, pengikut Anuar Abd Manaf mengamalkan sikap mencantas dan memfitnah bersama-sama pegawai Seranta Felda bagi menjatuhkan mereka yang berani bersuara menentang penyelewengan kewangan MBFM, apatah lagi bagi mereka yang mempersoal tindakan pemimpin MBFM menerima membuta tuli cara perlaksanaan penyenaraian dan rampasan kuasa Pengerusi KPF. Cara pemimpin MBFM memaksa dan mengugut anak buah menerima pendapat mereka berkenaan perjalanan MBFM, pembahagian projek belia, penyenaraian Felda dan tempias terhadap KPF menjadikan belia Felda lesu, tidak kritis dan tidak lagi berminat bersama memajukan agenda belia negara. Dalam kenyataan Naib Presiden MBFM, Mohd Noraffendy Mohd Salleh di Facebook yang masih disimpan screenshot kenyataannya memperlekehkan staf-staf Felda semuanya sebagai pemalas dan memang patut jika selepas penyenaraian tidak ada seorang pun staf Felda patut mendapat bonus

Jika Anuar Abd Manaf seorang pemimpin bertelur seperti Pak Sam dan JKPP lainnya yang gagah menyuarakan pendapat melawan arus, sila jawab soalan-soalan berikut:
  1. Jika Anuar Abd Manaf beriya-iya mempertahankan Tan Sri Isa daripada dipersoalkan kredibilitinya oleh Tengku Zafrul, CEO Maybank Investment Berhad, mengapa Anuar Abd Manaf tidak berusaha mempertahankan hinaan Tan Sri Isa terhadap Pak Sam dan JKPP malah kepada pengurusan Felda yang berjasa mengangkat beliau dan pengikutnya berbanding pengurusan Felda terdahulu?
  2. Beranikah Anuar Abd Manaf membuat perisytiharan harta beliau dan isteri-isteri beliau termasuk perisytiharan harta di kalangan Exco MBFM sebelum memegang jawatan dan selepas memegang jawatan?
  3. Beranikah Anuar Abd Manaf memanggil KPMG Forensic sebagai sebuah badan audit bebas untuk mengaudit perjalanan kewangan MBFM bagi menyangkal dakwaan penyelewengan yang hebat melanda MBFM hari ini? Untuk pengetahuan Anuar, KPMG Forensic adalah badan yang telah mendapati Dato Sabri Ahmad bersalah dalam penyelewengan Golden Jomalina / Golden Hope sebanyak RM120 juta semasa Dato Sabri menjadi CEO Golden Hope (sebuah syarikat telah disenaraikan yang mana kononnya penyenaraian akan menjadikan sesebuah syarikat telus). Kesalahan Dato Sabri Ahmad ini telah dibawa ke parlimen pada tahun 2008 yang dibawa oleh YB Wee Choo Keong,
  4. Beranikah Anuar Abd Manaf menyatakan secara spesifik faedah penyenaraian yang disokong secara membuta tulinya itu iaitu berapa banyak pekerjaan dan apa jenis pekerjaan dan nilai jumlah peluang perniagaan kepada belia Felda dijamin tersedia dengan pendapatan yang bagaimana? Sekadar menyebut beribu pekerjaan disediakan dan akhirnya pekerjaan itu diisi oleh mat bangla dan indon, baik tidak perlu disebut. Sepatutnya Anuar Abd Manaf bersuara tegas bertanya jaminan-jaminan ini dan mendapat jaminan bertulis untuk kepentingan belia Felda semuanya. Sekadar mendapat kerusi lembaga pengarah syarikat untuk dirinya dan exco-exco MBFM bukanlah menjaga belia, cuma menjaga tekak sendiri.
  5. Beranikah Anuar Abd Manaf berdebat dengan mana-mana belia Felda profesional yang ingin mendapat penjelasan di atas pendirian Anuar Abd Manaf menyokong membuta tuli isu penyenaraian dan terjejasnya KPF?

Jika Anuar Abd Manaf tidak ada telur menjawab soalan dan cabaran di atas, adalah lebih baik Anuar Abd Manaf dan seluruh saf kepimpinan MBFM meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada belia Felda lain pula yang menerajuinya. Apa pun, Anuar Abd Manaf dan rakan-rakan telah berjaya melukakan hati ayahanda dan ibunda dalam Jawatankuasa Perunding Peneroka dengan mendahulukan Tan Sri Isa lebih daripada mereka dan mari kita dengar luahan harapan dan pandangan peribadi Pak Sam, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan terhadap situasi MBFM hari ini dan pandangan peribadi beliau terhadap Anuar Abd Manaf

p/s: Lain-lain pendapat Pak Sam berkenaan isu semasa Felda boleh didapati secara bersiri dan pendapat ini tidak pernah lagi dikeluarkan di mana-mana tempat lain. Eksklusif dari Felda Tenggaroh Timur 01!
Sila Lihat Di Sini: http://www.youtube.com/user/sembangpeneroka?blend=1&ob=0 . Ini contoh pemimpin ada telur....Anuar Abd Manaf ada ke?

Read more...

penerima hadiah shahrizat

Shahrizat berkata, pihaknya bercadang menghantar pakaian berwarna merah dan putih bagi menghargai hasrat yang diidamkan oleh individu berkenaan.


Ini berita baik kepada si bacul dan mahluk 2 alam yang takut bini atau memang tak de teloq atau yang meroyan tak tentu pasal, gua rasa hadiah ini sesuai diberikan kepada mereka, kepada Ijat gua suka mencadangkan nama dan muka2 dibawah untuk dipertimbangkan diberikan baju tersebut.


1) Hasan Ali ( sibacul yang sedang sakit meroyan)

2) Zulkifli nordin pengecut yang bertopeng kopiah, kasi tukar itu kopiah dengan tudung merah! sesuai bebenor yop!

3) sikatak yang katanya takut bini

4) serupa mahluk diatas yang katanya bini tak benarkan berdebat

5) yang ni gua tak payah nak cerita lu semua faham2 sudah le



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP