Followers
Saturday, June 18
UMNO semakin gila
untuk entry kali ini gua nak sentuh tentang politik di malaysia. Gua rasa terpanggil untuk menulis kerana melihat kekalutan yang semakin merencam dalam politik Malaysia. Gua lihat kebelakangan ni UMNO begitu ketakutan dengan impak yang bakal diterima melalui perhimpunan Bersih. Kenapa agaknya ye UMNO begitu takut sehingga terpaksa mengimport banyak ngo untuk mengagalkan perhimpunan tersebut. Kita tak payah la menamakan semua ngo2 ni kerana kita sudah pun pasti bilangan ahli setiap ngo tersebut tidaklah begitu ramai, malah orang yang sama juga merupakan ahli beberapa ngo. gua pasti sangat bebrapa ahli belia 4b juga merupakan ahli pekida, perkasa dan pemuda umno.
Baiklah kita tinggal kan cerita ngo ni, apa yang menjadi pokok cerita adalah mengapa perhimpunan Bersih ni begitu menjadi mimpi buruk kepada UMNO.
1.JIka perhimpunan ini berjaya ianya akan menjadi alat bandingan kepada pesta, acara, keramaian yg telah dianjurkan oleh UMNO.
2.Jika tidak dihalang perhimpunan ini akan membuka mata rakyat bahawa kekuatan UMNO itu telah pudar, rakyat tidak lagi merasa takut bahawa UMNO sahaja yang mampu memerintah.
3.JIka tidak dihalang perhimpunan ni bakal membuka pekung yang telah bernanah yang cuba disebunyikan oleh UMNO.
4.Jika perhimpunan ini tidak dihalang seluruh dunia amny dan rakyat MALAYSIA khasny akn mengerti bahawa rakyat sudah tiada saluran lain untuk menyatakan pendapat,pendirian dan rasa kecewa terhadap pemerintah atas sebab sekatan, kekangan yang dilakukan oleh pemerintah.
UMNO begitu takut sehingga mengunakan semua agensi, badan atau jabatan untuk mengagalkan perhumpunan tersebut. Mengapa tidak dengan segala media yang dikuasai oleh UMNO boleh digunakan untuk menjawab segala tuntutan rakyat ini. Mengapa tidak dibiarkan sahaja perhimpunan ini belaku?
Alasan-alasan dangkal yang diberikan untuk menghalang perhimpunan ini nampaknya tidak mendapat perhatian rakyat, mana mungkin dengan berhimpun boleh menyebabkan perniagaan terjejas dimana logiknya. Seorang peniaga yang pandai pasti akan gembira jika ramai orang berada ditempat perniagaan mereka. Mana mungkin juga berhimpun boleh menyebabkan keadaan huruhara berlaku, rakyat Malaysia bukannny begitu bodoh, sedangkan monyet yang berhimpun sesama mereka pun tidak berperang inikan pula manusia, pemerintah seperti memperlekehkan tahap akal fikiran rakyat. Tamabahan pula perhimpunan ini pastinya akan diawasi pihak berkuasa. Selama ini pun dataran merdeka menjadi saksi rakyat malaysia berkumpul samada untuk acara, majlis, perjumpaan atau program yg melibatkan orang ramai man pernah berlaku kucarkacir kecuali atas provokasi pihak tertentu.
|