Kementerian Belia dan Sukan sedang mengenal pasti tapak untuk membina 30
padang bola sepak berumput tiruan di seluruh negara, yang akan
dilaksana tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembinaan setiap
padang itu dianggar bernilai RM1.6 juta dan mampu bertahan sehingga 10
tahun dengan penjimatan daripada segi kos penyelenggaraan.
"Kos pembinaan sebuah padang rumput biasa menelan belanja sekitar
RM500,000 dan penyelenggaraan untuk padang rumput agak susah kerana
cepat rosak jika berterusan terkena cuaca," katanya kepada pemberita di
sini Selasa.
Pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi membina 30
padang bola sepak berumput tiruan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan membina 150
gelanggang futsal sebagai tambahan kepada gelanggang sedia ada bagi
memastikan setiap mukim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah gelanggang.
Sehingga kini terdapat 1,200 gelanggang futsal di seluruh negara dan 500 lagi sedang dibina, katanya.
"Gelanggang futsal serba guna meliputi pelbagai kemudahan sukan akan
dibina di kawasan luar bandar dan kos untuk membinanya dianggar sekitar
RM100,000. Namun kita kira harganya boleh dikurangkan lagi kerana dibina
di luar bandar," katanya.
Kerja gila dari pemimpin gila buat padang boleh sampai 50juta kan gila namanya tu, apa dia ingat duit rakyat tu duit mak bapak dia je, suka2 campak sana sini, membazir betul patut la belanjawan tiap tahun difisit.
Gua nak tanya apa pentingnya padang ni kepada rakyat. apa tak cukup ke padang yang ada sekarang ni, apa sumbangan padang ni dalam memartabatkan sukan di malaysia, gua tengok setiap tahun rangking Fifa Malaysia tak naik pun jatuh adalah, jadi kenapa nak membazir macam ni. dah gila ke apa.
Nak buat padang kena duit sampai Rm1.6juta, mahal nak mampus la siot, baik lu buat jalan untuk rakyat, sana sini jalan berlubang, Rm1.6juta tu boleh buat jalan bertar dikampung berapa panjang beb. kalau kos buat jalan bertar siap dengan crusher run sekarang ni dengan lebar 4 meter. setiap meter run Rm 140. bermakna dengan duit sebanyak Rm1.6 tu boleh dapat 11.5 kilometer beb. panjang tu. kalau guna duit sebanyak Rm50juta boleh buat jalan sepanjang 357kilometer beb. Itu baru gua bagi contoh buat jalan je. banyak lagi yang rakyat perlukan siot.
Gelangang futsal yang dibina sebelum ni pun banyak yang jadi gajah putih, gua nak tanya berape gelanggang je yang digunakan, gua boleh bagi bukti banyak yang cuma jadi gajah putih je. Lu bayangkan sebelum ni Orang2 gila ni buat 1200 gelanggang dalam pembinaan pilak 500 jadi jumlah semua 1700 kalau satu kosnya Rm100000 bermakna Rm170juta telah dan akan digunakan beb, kan gila namanya tu membazir duit rakyat.
Berapa banyak duit sebanyak itu boleh digunakan untuk membina rumah orang miskin beb, berapa banyak pula rumah perlindungan atau rumah warga tua tak berwaris, atau rumah anak yatim yang boleh dibina. Kenapa nak membazir buat sesuatu yang tak memberi manafaat maksimum kepada rakyat.
Kalau tak nak membantu rakyat ok la kan lebih baik duit2 yang dibazirkan tu bayar hutang negara atau sekurang2nya tak buat hutang baru, kan ni semua kerja gila beb. kan BN ni macam tempah kubur beb, BN ni kira bernasib baik lagi la beb sebab masih ramai lagi manusia bangang yang jadi penyokong, dan masih ramai lagi orang yang sudi diperbodohkan kalau tak da lama da BN ni mampus.
Read more...