JELI 1 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan dilihat tidak mampu untuk membina lebuh raya sendiri sepanjang 63 kilometer dari Kuala Krai ke Kota Bharu kerana ia memerlukan kos yang tinggi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana pendapatan kerajaan negeri terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos pembinaan lebuh raya tersebut sebanyak RM2 bilion.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat rakyat negeri ini yang mahu jalan utama dari Kuala Krai ke Kota Bharu dilebarkan bagi menampung jumlah kenderaan yang kian meningkat terutama pada musim perayaan.
"Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri.
"Tidak pernah berlaku di mana-mana negeri yang membina jalan utama sendiri, itu kefahaman saya," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran sempena perkahwinan dua anaknya di kediamannya, Darul Falah di sini hari ini.
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu-Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pentadbiran Pas di sini.
Mengaku pun Datuk pa, kerajaan kelantan tak mampu buat lebuh raya sendiri, kalau macam itu sendiri mahu ingat la, da tahu buat jalan persekutuan tu tanggungjawab kerajaaan persekutuaan kenapa benamkan saja hak rakyat kelantan. hasil maksul negeri kelantan tau pulak rembat, cukai pendapatan, minyak, dari kelantan lu orang rembat tapi hak orang kelantan lu tak nak bagi, apa punya manusia lu semua ni.
Lepas tu lu war2kan pukul canang satu Malaysia kerajaan kelantan miskin, tiada pembangunan. padahal lu orang yang tak amanah rembat hasil rakyat kelantan jadi macam harta mak bapak lu orang. Tak tahu malu punya orang macam perompak belesen je lagaknya.
Gua nak cabar lu la kalau berani bagi hak royaliti minyak yang lu orang rembat tu kepada kerajaan kelantan, tu baru adil, lu tengok nanti macam mana Tuan Guru Nik Aziz majukan kelantan. Dengan sumber kewangan yang sedikit pun kerajaan kelantan mampu membangunkan kelantan walaupun agak perlahan tapi mampu menjadi negeri rakyatnya yang bukan termiskin jika dibandingkan dengan serawak dan sabah yang kaya raya dengan hasil maksul.
Gua yakin dengan duit royaliti minyak
(baca sini) yang lu rembat tu kalau la betul lu beri kelantan, negeri perlis, pahang perak, terenganu, sabah serawak akan tertinggal jauh ke belakang dari segi pembangunan.
Ingat hari ini lu semua boleh rompak duit rakyat kelantan, tapi sepandai2 perompak pun satu masa mesti tergolek juga. Apa lu orang tak sama ke macam Gadaffi, mana mahluk sokong lu,lu bagi kaw2, mana yang tak setuju dengan lu lu tindas habis-habisan
Read more...