Rumput dan Lembu
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu Noh: "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid Ijat : "Lembu makan rumput, cikgu!"
Cikgu Noh : "Rumputnya mana?"
Murid Ijat : "Sudah habis dimakan lembu, cikgu,"
Cikgu Noh : "Habis tu, lembunya mana?"
Murid Ijat: "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa lembu tu masih di situ?"
Kah kah kah
Ni masalah negara ni, bila lembu dipilih untuk melantik lembu. kemudian memilih lembu untuk membela lembu, akhirnya cuba me lembukan seluruh Rakyat Malaysia dan disokong oleh lembu pula.
Walaupun cerita ni dah lama tapi impaknya masih melekat, terbaru kondo lembu juga didedahkan. tak pasal2 lembu jadi popular. gua ingat lembu2 pun malu la dengan perbuatan lembu2 cacat berkaki 2 yang rakus kan harta dunia. Kali ni pukulan ko keatas juhi chawla lembu membuatkan dia pitam tak boleh bangun, dan seterunya perampas tanah kampung baru sedang begumbira dgn terpalitnya tahi lembu di muka juhi chawla.
Dan yang ini pula gua nak juga tahu siapa yang lembu sebenarnya Mufti perlis ke atau Tuan penasihat agama Hj PM:
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin
berkata pihak yang ingin memenangi pilihan raya kini semakin terdesak
hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengeksploitasi agama untuk
mengelirukan orang ramai.
Katanya, terbaharu pihak-pihak berkenaan membuat tuduhan dengan
memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin
Seri Rosmah Mansor yang pulang awal selepas selesai mengerjakan wukuf di
Arafah sebagai tidak sah dan gagal mengerjakan haji.
"Ini satu fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh mereka yang jahil
dalam mendalami ilmu-ilmu mengerjakan haji semata-mata untuk menimbulkan
pandangan serong masyarakat terhadap pemimpin negara," katanya pada
majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Lay Out Padang Luas Dalam
dekat Jerteh di sini.
Berat tuduhan mamat ni mufti dikatakan jahil dalam ilmu haji.
Read more...