Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, October 31

Boleh percaya ke Zahid ni

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.
Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.
"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

Ye ke Rm6.5juta je cuba tengok ringkasan laporan Jabatan Audit Negara halaman 12, 13, 14 sini .

Berjuta2 kementerian pertahanan belanja dari negara luar, Gua tengok tak secanggih mana pun peralatan tentera, kalau lu jalan dari perlis sampai johor gua pasti lu akan jumpa trak tentera yang tersadai rosak, tu belum lagi pesawat perang yang tersadai tak boleh guna sampai enjin pun kena rembat kena jual macam besi buruk. Cerita kapal selam pun belum habis2 sampai sekarang, kapal selam yang tak boleh selam. belum cerita beberapa kapal KD ntah apa nama terbakar ada yang terbakar sampai dua kali.

Jadi bijak ke tidak sebenarnya kementrian pertahanan belanja duit rakyat ni. Ok la kata kan la Zahid salahkan pertukaran matawang cuba kita check nilai tukaran wang asing Malaysia dengan negara luar sini. ada banyak ketara ke nilai ringgit tu.

Gua bab ni tak berapa faham mekanisma harga yang diguna pakai oleh kementerian Pertahanan untuk belian aset luar ni, kalau ikut kata Zahid ni seolah2 kementerian beli terus dengan pembekal luar ni yang gua susah nak percaya ni. sebab setahu gua belian aset atau peralatan biasanya dibuat secara tender, jadi datang mana pulak tukaran wang asing ni berlaku.

Read more...

Datuk pa jangan kencing la

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendapati suasana kurang kondusif di Kelantan melemahkan usahanya untuk menarik pelabur asing membuat pelaburan ke negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya telah melakukan pelbagai usaha promosi bagi menarik pelaburan ke negeri Serambi Mekah itu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan.

"Saya sentiasa berusaha untuk tarik pelabur tetapi ada terlalu banyak halangan... masalah air, infrastruktur, pelabuhan dan kekurangan sumber manusia," katanya

Kenapa la Bn ni tak habis2 nak menipu je, sana sini kencing, demi kuasa menipu da jadi mainan hudup diorang, kenapa gua kata begitu, Lu orang nilai la sendiri kata2 si tapa ni, gua tak pernah nampak pun usaha kerajaan BN untuk membantu rakyat kelantan malah dianak tirikan ada la, dek kerana politik kelantan dipinggirkan, siapa sebenarnya mejoriti penduduk kelantan ni bukan ke orang melayu, dan siapa pula yang berkuasa di peringkat pusat, bukan melayu ke. tapi kenapa Melayu sanggup menhancurkan masa depan melayu kelantan.

Gua bukan kata omong kosong, kalau tak masakan royalti minyak kepada Kelantan dinafikan, kemudian disabotaj pula kerjaan negeri yang memerintah disana dengan berbagai tomahan dan fitnah. Kemudahan lebuhraya pula hanya sampai terengganu sahaja, bagaimana nak ada infrastruktur yang baik untuk kelantan.


Pembinaan pelabuhan bukan ke kerja kerajaan pusat, kenapa tak buat kemudiannya mengambarkan kerajaan kelantan pula yang tidak berjaya mentadbir negeri, cuba bagi wang royaliti kepada kerajaan kelantan bukan setakat jalan raya sahaja yang boleh dibina malah pelabuhan atau infrastruktur lain juga mampu disediakan kerajaan kelantan.

 Masalah bekalan air pula kan dah ada Suruhajaya perkhidmatan Air Negara dan Perbadanan Aset air Berhad yang menguruskan segala bentuk kemudahan air, jadi tak pandai2 lagi nak perbetulkan kemudahan air dikelantan

Yang paling gua tak tahan ni adalah alasan kekurangan sumber manusia, apa hal ni beb, mana ceruk kat malaysia ada orang kelantan yang bekerja beb, apa ke jadah nya kurang sumber manusia. kalau di negeri johor ni lu pergi je la mana2 kilang besar kat sana pasti ada warga Kelantan yang bekerja, nak kencing apa beb. lu kalau ikhlas nak bela Melayu buat la kilang dikelantan tak payah import warga asing macam di Johor pun bilangan sumber manusia di Kelantan dah mencukupi la beb.

Jadi Setapa jangan nak dok kencing rakyat Malaysia dengan beri alasan dangkal, bodoh dan bangang.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP