Timbalan Speaker Perak Datuk Hee Yit Foong Khamis gagal dalam rayuannya
untuk mengetepikan keputusan saman berhubung kes botol penyembur serbuk
lada semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, pada 7 Mei, 2009.
Mahkamah Rayuan membenarkan bayaran RM100 sebagai ganti rugi nominal
kepada Yew. Mahkamah turut memerintahkan Hee membayar kos RM20,000
kepada Yew.
Seratus pun seratus la, da keputusan mahkamah kena akur je la, kalu kata lebih2 nanti boleh dituduh hina mahkamah pulak, jadi sebagai mentimun, Yew jangan banyak cekadak terima je la.
Gua tak nak ulas pasal hukuman mahkamah ni, gua cuma nak cerita pasal Hee yit foong ni, ok mari kita kenal siapa katak ni:
Hee Yit Foong ialah seorang ahli politik dari negeri Perak, Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mulai Mac 2008 hingga Februari 2009. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik sejak penghujung 1980an hingga 2009. Hee merupakan anggota Dewan Undangan Negeri untuk Jelapang dan adalah wanita kurang upaya pertama menjadi speaker suatu badan perundangan di Malaysia. Hee tempang berikutan satu kes polio yang dialaminya pada usia 4 tahun.
Pada 4 Februari 2009, beliau adalah salah satu daripada empat wakil rakyat yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat terdahulu. Beliau mengumumkan bahawa beliau akan menyokong Barisan Nasional sebaliknya. Ini telah mendorong satu krisis politik di negeri itu.
Apa yang gua nak komen adalah kebal juga minah ni da sebur biji mata orang, ciput je kena bayar, penderhaka ni pun lepas paling tadah tak lama je dapt pangkat datuk, dapat pulak jadi timbalan speaker.
Yang ajaib adalah bila keluar je Pakatan tak kira la si Yit Foong ni ke, Zaharin ke, Zul kulim ke, Ezam sesumpah ke, atau rakan sewaktu dengannya tiba2 je jadi kebal, terus je jadi maksum tak lut di saman.
Entah la, penghianat2 amanah ni macam tak de perasaan malu la pulak, selamba je. Tak terasa ke dalam hati diorang sekelumit rasa besalah, atau hati diorang ni dah jadi batu.
Apahal pun lantak la diorang cuma gua harap jangan pulak lepas ni ada kutu2 bangang pangkah pengkhianat2 ni kalu jadi calon. tu pun kalau jadi calon.
Read more...