Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak tahu
menahu tentang sebarang kontrak bernilai berbilion ringgit diberikan
kepada sebuah syarikat dari China bagi pembinaan projek landasan
berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bharu
Kementerian Pengangkutan benar-benar tidak mengetahuinya kerana
pemberian kontrak dibuat di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan,
katanya kepada Bernama semasa dihubungi Selasa.
Kong, yang ketika ini sedang bercuti berkata kementeriannya masih dalam proses mereka bentuk EDTP Gemas-Johor Bahru.
"Apa yang boleh saya sahkan ialah kami sedang dalam proses mereka
bentuk. Kami tidak melakukan apa-apa selain menyediakan reka bentuk,"
katanya.
Beliau berkata demikian sebagai memberikan reaksinya kepada laporan
dalam portal berita bahawa syarikat dari China, Chinese Road and Bridge
Corporation (CRBC), bersama dengan rakan kongsi tempatan Gamuda Bhd,
diberikan kontrak berbilion ringgit untuk membina projek landasan
Gemas-Johor Bharu sejauh 197km itu.
Memetik sumber, laporan itu berkata CRBC dipilih menewaskan pesaing
utama lain -- China Railway Construction Corporation (CRCC) -- bagi
projek yang dianggarkan bernilai antara RM7b dan RM8 bilion, selepas ia
diletakkan di bawah kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia
Kesembilan.
Ni yang gua panas ni! boleh pulak kata tak tahu, kalau macam tu apa yang diorang ni tahu, projek bawah kementerian dia, di cakap tak tahu dah award ke tak kan pelik ni.
Yang gua lagi pelik apasal dalam proses reka bentuk boleh award kontrak, macammana diorang ni kira nkos projek, ambil contoh la, lu baru je angan2 nak buat rumah, pastu lu suruh arkitek reka rumah tu, belum habis reka lu dah boleh tentukan berapa kos, tak ke gila namanya tu. patut la selama ni kerajaan asik menaggung VO (kos tambahan) projek.
Yang gua tambah2 pelik ni apasal pulak kalau nak award kontrak je banyak syarikat dari china yang dapat, ada apa2 ke ni, nak kata China banyak lagi negara lain yang pakar. Nak kata kontraktor dari China tawar harga rendah, kenapa tak ambil je kontrator dalam negeri, berlambak kontraktor dalam negeri ada kemampuan buat projek mega, sampai ke Afrika, negara Arab pun ramai kontraktor Malaysia dah buat kerja, jadi apasal pilih juga dari negara China. pelik2
Gua tak pasti la apa sebenarnya yang berlaku gua harap perkara ni diperhatikan.
Read more...