Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, February 20

JANJI PAKATAN


OLEH: BUDAK CHINI
PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 3)
Koi bersyukur kerana Allah menggerakkan hati sekumpulan manusia kerdil dalam Parti PAS untuk berusaha mendapatkan injuksi bagi menjaga kepentingan peneroka di dalam Koperasi Permodalan Felda. Dengan bajet yang kecil, doa yang ikhlas dan sokongan ramai warga Felda melalui solat hajat di seluruh Negara, Isa dan gerombolannya sekali lagi menemui halangan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan usaha manusia kerdil ini menghalang EGM daripada membincangkan berkenaan pelupusan apa-apa aset KPF kepada FGVH. Takbir!
Sekali lagi koi nak ajak aouk-aouk teliti draf Janji PR untuk warga Felda yang bertemakan “Menghargai Budi Yang Telah Menyemai Bakti”. Setahu koi ini baru drafnya dan eloklah kita nanti pengumuman di mana kita boleh memberi maklumbalas untuk memperbaiki manifesto PR untuk warga Felda yang mana kita masing-masing akan sama-sama memastikan PR melaksanakan janji dibuat atau PRU14 mereka akan ditendang keluar:
JANJI 5: MEMARTABATKAN KEPIMPINAN PENEROKA
PR merakamkan pujian kepada Ketua Peneroka Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin Othman dan rakan-rakannya di dalam Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang mengetuai peneroka-peneroka dan penerokawati di 11 Wilayah Felda di atas keberanian mereka mempertahankan hak mereka untuk dibawa berbincang berkenaan isu-isu melibatkan aset Felda dan kepentingan peneroka. Peranan mereka dan lain-lain pemimpin peneroka dalam rancangan Felda seperti peranan Imam Masjid diakui dan akan sentiasa dimasukkan pandangan mereka di dalam perancangan masa hadapan Felda. Budaya menghormati dan permuafakatan bersama bakal menjadi tonggak utama pemerintahan PR dalam mentadbir Felda dan walau sehebat mana sekalipun kertas cadangan kapitalis untuk memajukan Felda, pandangan orang-orang lama Felda tetap diutamakan berbanding gaya kepimpinan Pengerusi Felda hari ini.
PR berhasrat untuk meningkatkan lagi martabat pemimpin peneroka melalui cara berikut:
·         Ketua Peneroka Kebangsaan diberikan kemudahan, gaji dan elaun bulanan setara dengan Pegawai Kontrak Gred N52 - VU7
·         Naib Pengerusi JKKR Wilayah diberikan kemudahan, gaji dan elaun bulanan setara dengan Pegawai Kontrak N44 - N54
·         Naib Pengerusi JKKR Rancangan diberikan elaun RM1000 sebulan
·         Imam/Pegawai Masjid diberikan elaun RM1000 sebulan dan tajaan Umrah sekali bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun
·         Kenaikan elaun AJK Masjid kepada RM250 sebulan dan tajaan Umrah sekali bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun
·         Meningkatkan bilangan wakil peneroka di dalam Lembaga Pengarah Felda kepada 2 orang peneroka dan 1 penerokawati
·         Menjamin sekurang-kurangnya bilangan wakil peneroka di dalam Ahli Lembaga Pengarah KPF kepada 50% setiap masa
·         Menjamin perlantikan sekurang-kurangnya 2 orang wakil peneroka atau penerokawati di dalam semua anak-anak syarikat Felda
PR memahami budaya Felda yang mementingkan keharmonian, kebersamaan dan mengutamakan warga Felda sendiri berbanding mengejar kemajuan terlalu pantas yang mengakibatkan warga Felda sendiri terpinggir dan jawatan utama dimiliki mereka yang tidak memahami hasrat warga Felda. Kemajuan mengikut acuan Felda mengikut formula yang ditinggalkan Arkitek Felda iaitu YM Tan Sri Raja Muhammad Alias akan dikembalikan di dalam ‘Blue Print’ pembangunan Felda.
JANJI 6: MEMARTABATKAN KEPIMPINAN, SAHSIAH DAN EKONOMI BELIA FELDA
PR berhasrat untuk memartabatkan kepimpinan, sahsiah dan ekonomi belia Felda melalui Janji-Janji seperti berikut:
·         Membina Wisma Belia yang menempatkan pejabat-pejabat persatuan dan NGO belia Felda seperti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Persatuan Usahawan Generasi Felda (PUGF) dan Belia 4B
·         Geran tahunan sebanyak RM3 juta kepada MBFM dan RM1 juta kepada lain-lain persatuan bagi menjalankan aktiviti masing-masing
·         Peruntukan Tabung Belia sebanyak RM1 juta setiap wilayah Felda. Kelulusan khas sehingga RM25,000 setiap permohonan di peringkat wilayah bagi program yang memerlukan peruntukan segera
·         Elaun khas Presiden dan Timbalan Presiden persatuan sebanyak RM2500.00 sebulan dan elaun Exco-Exco sebanyak RM1500.00 sebulan
·         Elaun Pengerusi Belia Wilayah sebanyak RM1000.00 sebulan (MBFM sahaja)
·         Peruntukan Tabung Usahawan sebanyak RM20 juta bagi kelulusan segera tanpa penjamin sehingga RM10,000 setiap pemohon dan kelulusan dengan penjamin sehingga RM25,000 setiap pemohon. Permohonan melebihi had memerlukan jaminan dan sokongan pejabat wilayah Felda
·         Tajaan Umrah kepada 50 orang pemimpin belia Felda setiap tahun dan tajaan adalah sekali seorang seumur hidup
·         Tajaan Lawatan Sambil Belajar kepada 50 orang pemimpin belia Felda setiap tahun
·         Penubuhan Majlis Ekonomi Belia Felda bagi membincangkan hala tuju dan gerak kerja usahawan dan pendapatan belia Felda
·         Penubuhan Majlis Kepimpinan dan Sahsiah Belia Felda bagi membincangkan masalah-masalah semasa sosial dan kebajikan belia Felda dan rangka kerja mengatasi masalah tersebut dan program sukan, kebajikan dan kerohanian belia Felda
·         Memperkasakan Koperasi Permodalan Felda 2 dengan suntikan modal tambahan sebanyak RM10 juta sebagai modal perniagaan asas dan KPF akan mendahulukan pembelian pemilikan 5% dalam anak syarikat Felda tertentu. Wakil KPF 2 juga berpeluang menduduki kerusi Lembaga Pengarah syarikat tersebut untuk menjaga kepentingan KPF 2

Read more...

Janji PR


OLEH: BUDAK CHINI
PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 2)
Sebelum koi teruskan sambungan draf Janji PR Untuk Warga Felda koi nak berkongsi kebanggaan dan ketegasan orang-orang Chini kawasan koi. Baru ni, PM Najib nak datang lawat kawasan Pekan, termasuklah kawasan koi di Felda Chini 3. Setahu koi, pada asalnya tiada dalam agenda lawatan PM di kawasan koi ni, koi yakin lawatan ad-hoc PM ini dicaturkan oleh Seranta Felda JPM yang kerjanya 24 jam membodek PM. Koi yakin hatta ad-hoc atau terancang, kehadiran PM Najib dialu-alukan semua. Koi tengok suratkhabar Tok Guru Nik Aziz pun pernah sambut PM di airport Kelantan walau berbeza fikrah apatah lagi di kawasan koi di mana PM adalah Ahli Parlimen dan Menteri Felda.
Kekuatan orang Chini adalah kalau kami tak suka kat seseorang, janganlah dibawa ke Chini. Kalau panggil juga mati hidup balik kami tak mahu datang tapi kalau nak bagi duit kami ambil, jamu kami makan tapi tetap tak suka. PM Najib tahu sejarah politik orang Chini tapi berdegil nak bawa Isa kaki lutu buat apa? Sudahnya kami pakat boikot program PM, tapi koi pergi jenguk juga. Sahih, merah padam muka PM tengok dewan kosong, tak sampai 5 minit dah bergegas balik dan PM arah Isa ganti dia berucap dalam dewan kosong.
Koi nak seru kawan-kawan belia, peneroka dan paling penting pengurusan dan kakitangan Felda, PRU 13 kali ini kita sama-sama pangkah PR. Kalau keputusan di Felda sama macam sebelum ini, mengepak-ngepak Isa Kaki Lutu, Seranta Felda dan bekas PKR masuk UMNO yang bersarang di Perkasa bahawa ini adalah jasa mereka semua. Koi tahu aouk-aouk semua tahu mereka sudah dan bakal pau duit pilihanraya macam mana, claim sana sini dan dakwa mereka berjasa besar menangkan BN di Felda. Cara mereka keringkan kantung Felda melalui program penerangan listing sana sini dah menggambarkan sifat mereka. PRU 13 medan terbaik protes kesombongan mereka yang jaja nama PM sana sini. Mungkin ya seperti mereka kata, Najib adalah PM mereka, bukan PM mereka yang harapkan sedikit pertimbangan bersuara dan mengkritik macam Cuepacs dan NUTP lakukan. Itulah penyakit politik dalam UMNO yang dah menjangkit ke pengurusan tertinggi Felda, cari pasal sana sini, pinggirkan maklumat dan sebarang suara dianggap menentang dan dipancung dan dicantas sana sini. Pentadbiran secara Islam yang mementingkan adil dan bersikap ehsan atau secara universalnya ‘empathy’ sudah tidak wujud di mata mereka yang nampak RM dan pink form semata-mata.
Koi difahamkan wakil peneroka dalam syarikat pun pada masa ini disambung kontraknya sebulan-sebulan. Selepas penyenaraian, semua wakil peneroka yang sekarang menjadi Lembaga Pengarah akan bertaraf penasihat sahaja. Pastinya bilangan wakil peneroka dalam anak syarikat selepas penyenaraian bakal berkurang secara drastik untuk menempatkan kepentingan pelabur luar negara dan dalam negara. Buktinya CEO Felda Iffco hari ini adalah warga asing berbangsa India (bukan Malaysia) dan kepentingan pelabur asing dalam syarikat itu hari ini setinggi 70%, bermula dengan 25% yang ditawarkan asalnya. Felda Global Venture juga bakal bermula tawaran 25% kepada pelabur luar. Dengan dana yang tinggi dan kecekapan membeli saham sedikit demi sedikit, dalam sekelip mata bahana menimpa Felda Iffco bakal menimpa Felda Global Venture. Koi dengar ramai orang lama Felda telah tersingkir daripada lembaga pengarah dan CEO-CEO sekarang yang dahulu berjasa dalam Felda dan berpindah ke Felda Holding telah ditukarkan ke taraf penasihat sahaja. Amaran terbuka pencacai Isa iaitu Timbalan Pengarah Besar baru yang ikut pintu belakang selepas penyandang sekarang ditukar ke JPA diingati oleh semua kakitangan ibu pejabat iaitu selepas penyenaraian semua pengarah, RGM dan pegawai kanan yang tidak mengikut katanya bakal dipecat atau ditimpa nasib serupa seperti 2 pengurusan tertinggi Felda. Nasib yang sama bakal melanda CEO dan pengurusan KPF, Ahli Lembaga Pengarah dan penasihat-penasihat wakil peneroka dalam jawatankuasa pelaburan dan lain-lain apabila kaki lutu berjaya memegang jawatan Pengerusi KPF dengan alasan ‘Arahan PM’ dan Felda Asset menentukan hala tuju pelaburan KPF.
Ahli politik tak perlu berbohong kepada rakyat terutama dah tua macam Isa Kaki Lutu. Allah panjangkan umur orang yang zalim dan jahat supaya terus hanyut dan bertambah dosanya. Pengajaran Allah yang menjatuhkan Isa semasa memegang tampuk Menteri tidak mencukupi bagi Isa dan semoga Allah menggerakkan hati-hati aouk sekalian supaya sekali lagi menyedarkan Isa supaya kembali ke masjid, bersihkan jiwa dan bersikap ehsan sesama manusia. Koi tahu PM banyak perkara nak fikir dan atas rasa terhutang budi, body, janji bertambahnya dana pilihanraya dan pengaruh RM dan isteri Isa Bibi Sharliza, PM telah perkenankan cadangan asas Isa. Cuma PM tak boleh berbuat apa-apa bila Isa melampaui batas dalam perlaksanaan cadangan serta cara Isa yang gopoh dan tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan orang-orang lama Felda baik pentadbiran mahupun wakil peneroka sendiri. Pendekkata, Isa menyalahgunakan kepercayaan PM atau mungkin juga telah memegang jiwa PM sebagai pertukaran kepada sesuatu. Isa sendiri bagi proposal dan selepas dapat perkenan, dicanangkan merata ianya arahan PM dan diambil contoh Isa amat malu apabila suratnya memohon DG Felda dicutikan telah bocor lebih awal berbanding canangan Isa bahawa PM arahkan DG bercuti.
Kesimpulannya, selain menanti saat membebaskan PM daripada pengaruh Isa dengan memberika undi kepada PR sewaktu PRU13, koi menyeru wakil peneroka, belia dan kakitangan Felda berusaha sedaya upaya membongkarkan segala tindak tanduk Isa dan gerombolannya, membawa keluar dokumen-dokumen berkaitan dan bersikap berani mempertahankan serta melambatkan kehendak dan nafsu Isa dan gerombolannya. Lawan, bongkar dan terus sabotaj usaha Isa supaya Isa dianggap gagal di mata PM serta nama PM terselamat dari terus dijaja sana sini semurah-murahnya. Bilik gerakan kedai kopi Pak Lang di Chini melalui risikan saudara mara di akar umbi seluruh Felda mengesahkan jumlah yang meluat dengan Isa dan mahukan kajian semula penyenaraian adalah sangat ramai. Bersatu padunya warga Felda dalam melawan Isa dan gerombolannya pun sudah menjamin kemenangan. Kepada pengurusan dan kakitangan, daripada menunggu masa dan ketika disembelih, lebih baik kalah melawan daripada menyerah menggadai maruah. Jika tiada yang bersuara dan membocorkan dokumen NFC lembu hari ini, adakah penyelewengan duit rakyat dapat dibongkarkan dan mendapat sokongan pemimpin UMNO sendiri? Fikirkanlah.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP