Sebelum aku berehat dari fb ni aku nak melakarkan coretan
sedikit semoga ianya boleh menjadi iktibar atau pun boleh dibakul sampahkan
jika ianya tidak membantu, Selepas kekalahan Pr pada pru lepas mmg ramai yang
merasa tidak puas hati disebabkan oleh beberape insiden yg meragukan yang boleh
dipertikaikan. Ketelusan pilihanraya mmg boleh diragui, tapi itu semua telah
belalu, fokus utama adalah apa yang bakal berlaku. Kenyataan media dari pihak
pr ku lihat hampir tidak selari antara parti2 yg ujud dalam komponen pr.
Beberape hari ini ku lihat kenyataan dr pemimpin pas yang
aku jangka akan memakan diri sendiri, antaranya kata2 presiden pasuntuk tidak
melibatkan diri dalam perhimpunan blackout merupakan satu tindakan yg pada gua
seolah merestui apa sahaja penipuan yg dibuat oleh pihak disana, baru2 ni pula
Nik Abduh mengeluarkan kenyataan tentang jangan gelojoh, media bn yg memang
terkenal dgn putar belit tetiba mendapat peluru untuk menembak pr, spring
perkataan yg sepatutnya tidak keluar dari mulut pemimpin rupanya telah juga
keluar, seolah2 merelakan diri pr diratah oleh presepsi yg dimainkan oleh bn.
Azmin n zuraidah dr pkr pula, degan mulut cabulnya telah
memberi garam terhadap luka yang ditanggung oleh pr, bodoh gitu. Apa yang aku
lihat Dap lebih matang kali ini, pemimpinnya lebih banyak tutup mulut dari
memberi peluru kepada bn.
Sebenarnya, aku amat keccewa kepada kekalahan pas di kedah
berbanding dgn kekalahan pr di Malaysia, kerana bagi ku pr tak kalah di
Malaysia tp pas kalah di Kedah. Kenapa ini boleh berlaku amat menghairankan,
sudah diadakan ke post mortem kekalahan ini, atau post mortem semasa pas kalah
di terenganu dulu hanya retorik dan kajian sebab kekalahan itu dibakul
sampahkan sahaja.
Kita lihat kenapa pas kalah dikedah, dimana pengundi kedah
lebih rela mengangkat seorang yg sangat dipertikaikan kredibilitinya menjadi
MB. Kenapa pas kedah gagal, oppp silap
kenapa pas gagal. Adakah selama ini pas buta terhadap masalah di kedah,
buta semakin ramai anak muda n tua menjadi ahli daun ketum, buta semakin ramai
warganya hidup tersepit disebabkan kekangan ekonomi, buta tiada pembangunan
fizikal n rohani yag besar selama 5 tahun memerintah.
Pas mungkin boleh berbangga dapat menambahkan pendapatan
negeri, kemudiannya berjaya mengecilkan hutang yg ditinggalkan oleh bn, adakah
itu yg diminta oleh rakyat kedah, adakah dengan rasa bangga sahaja dapat mengisi
perut yg kelaparan, rumah yg semakin bobrok.
Pas berjaya mengondolkan hutan kedah tapi dimanakah duit
hasil pengondolan ini, bayar hutang, untuk siapa untuk bn, jadi rakyat kedah
pula nak disuruh bersabar makan batu gitu. Kenapa pas tidak ambil contoh apa
yang dilakukan oleh dap di penang, pkr di Selangor, apa yg pas beri kepada
rakyat kedah. Air percuma, khairat kematian, elaun tahfis, peningkatan
peruntukan kepada sar, bantuan kepada golongan miskin.
Kenapa rakyat masih termakan dgn gula2 Br1m, jawpannya
adalah rakyat terdesak dengan kesempitan hidup, rakyat nak kerajaan yg membantu
walau tak banyak sedikit pun jadilah, Nampak
adanya keperhatinan disitu. Pas tak pernah nak belajar dari kesilapan di
terngganu dulu. Apa yang berlaku di kedah hampir serupa apa yang berlaku
diterenganu, pas gagal melihat apa yang rakyat mahu.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan penulisan aku ini, dah
sibuk menunding kesalahan kepada bn, dah ko tahu bn tu penipu kenapa ko boleh
ditipu. Jangan bagi ruang bn menipu, semasa pru lepas berkesan kah pas menjawab
isu2 yang dibangkitkan oleh bn, tak kan. Bn dah macam gitu dan akan terus
begitu, jadi lihat kelemahan sendiri.
Sebenarnya panjang yang aku nak tulis tapi, setakat ini je
dulu, pas berubah la, belajar dari kesilapan, belajar dengar rintihan rakyat,
belajar dari ilmu, bukan dari pemikiran terkongkong, belajar bergaul degan
rakyat bukan hanya duduk dalam kepompong sendiri, belajar memahami kehendak
rakyat, belajar untuk jadi lebih cerdik, apa pun pada gua kekalahan di kedah
amat memalukan, seolah2 maruah pas disentap dan dipertontonkan ke khalayak.