lu gua nak mengucapkan Selamat menyambut hari keputeraan Yang Dipertuan Agong, Semoga Allah sentiasa merahmati baginda dan beroleh keampunan Allah hendaknya. Gua juga mendoakan agar baginda mendapat atau dikurniakan kesihatan yang sebaiknya. Gua sebagai anak Melayu tulen tidak akan menjadi penderhaka seperti kata Jebat "raja adil raja disembah, raja zalim raja disangah" Dn sepanjang hidup gua gua tidak pernah melihat raja zalim, tapi kenapa masih ada penderhaka besar yang ujud dimalaysia ini.
Kalau dalam zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu ujudnya penderhaka bernama mendiliar, sekarang juga ujud seorang sebangsa dengannya bernama mahathiar, nama pun hampir serupa, bangsa serupa cuma muka gua tak pasti sebab si mendiliar ni da lama mampus, tapi perangai serupa beraja dimata bersultan dihati.
Penderhakaan terbesar mahathiar ni belaku apabila beliau telah berkempen seluruh negara memburuk-burukkan sultan dengan tujuan mehapuskan kekebalan Raja-raja Melayu, dan seterusnya meletakkan raja-raja melayu dalam kedudukan rakyat kebanyakan. Jadi mana katanya umno itu mempertahankan raja Melayu sedangkan raja-raja yang gua kasihi dihina dengan berbagai kata nista.
DISINI IANYA BERMULA.KRISIS 1983 (PINDAAN PERLEMBAGAAN)
Krisis raja2 dan pemerintah bermula sejak di zaman Tunku abdul rahman lagi.waktu itu ia dibawah pemerintahan kerajaan perikatan.ia bermula dengan perselisihan pendapat di antara tunku dengan almarhum sultan selangor pada tahun 1963. isunya tentang hak tanah seluas 10 ekar di jalan duta.dalam surat perjanjian diantara kerajaan perikatan dengan sultan selangor ada disebut bahawa sultan selangor tidak boleh menyewakan dan menjual hartanah tersebut pada bila2 masa. sultan selangor menyatakan bantahan ke atas perjanjian tersebut atas justifikasi bahawa tanah 10 ekar dijalan duta itu merupakan tanah milik negeri selangor maka ianya secara automatik dimiliki oleh sultan. perselisihan ini reda beberapa ketika tanpa ada keputusan muktamadnya.
Pada tahun berikutnya sultan perak secara indirectly menegur kerajaan negeri dalam titahnya dalam perutusan hari raya haji di masjid kuala kangsar. antara intipati teguran tersebut berkisar kepada keengganan kerajaan negeri menuruti beberapa permintaan istana. sekali lagi krisis ini reda untuk beberapa ketika.
Krisis raja2 dan pemerintah panas kembali pada tahun 1981 antara dr mahathir dan sultan pahang yang ketika itu menjadi YDPA. ianya berpunca tentang konsesi balak. menteri besar pahang abdul rahim bakar telah 'diminta' oleh dr mahathir untuk meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan yang cukup serius antara kerajaan dan sultan pahang.
Bermula dengan isu inilah maka dr mahathir telah mengambil langkah gila melakukan PINDAAN PERLEMBAGAAN pada 1983. antara intipati pindaan perlembagaan tersebut adalah :-
MEMASTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA PENGESAHAN KEPADA RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.
Sebahagian raja-raja melayu menentang pindaan perlembagaan tersebut.paling ketara ialah sultan pahang yang bertindak selaku YDPA telah tidak hadir dalam majlis mesyuarat raja-raja ke 128 di kota kinabalu. tindakan baginda ini telah menimbulkan protes dikalangan menteri-menteri besar dan ketua menteri.
Menteri besar kedah syed nahar shahbudin telah mengadakan mesyuarat tergempar dikalangan menteri2 besar dengan menyatakan bantahan kepada penyimpan mohor besar raja-raja.mb trengganu wan mokhtar ahmad membuat draf bantahan yang ditandatangani oleh kesemua mb2 dan ketua menteri.
Krisis tidak berakhir disitu. Mb kedah telah mengadakan rapat umum terbesar bagi menyambut kepulangan dr mahathir daripada kota kinabalu.perhimpunan rakyat itu dihadiri lebih daripada 50 ribu orang dan tatkala dr mahathir menjejakkan kakinya di airport kepala batas pada 26 nov 1983 beliau telah mengucapkan kata-kata penting di depan lautan manusia "KITA TIDAK LAWAN SESIAPA,KITA TIDAK AMBIL KUASA SESIAPA,TETAPI APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN ADALAH MENURUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN'.
Perhimpunan di kepala batas merintis kepada perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada keengganan YDPA menandantangani pindaan perlembaan 1983. namun setelah beberapa ketika akhirnya timbalan YDPA sultan selangor telah menandatangani pindaan tersebut mewakili YDPA.
KRISIS TERCETUS KEMBALI.1993 IMUNITI RAJA2 DITARIK .
Pada 1 disember 1992 detik hitam bermula kembali. insiden jurulatih hoki maktab sultan abu bakar douglas gomez dipukul oleh sultan johor telah menjadi titik tolak bermulanya krisis kekebalan raja-raja melayu dihapuskan.
7 disember timbalan ketua polis negara rahim nor dalam pertuduhannya telah menamakan sultan johor sebagai 'orang yang memukul douglas gomes di bukit serene johor'.timbalan perdana menteri ghafar baba telah membawa usul penyalahgunaan kuasa oleh raja2 kepada rakyat. malah ahli parlimen arau YB shahidan kassim telah memberitahu sidang dewan rakyat bahawa keluarga diraja johor telah melakukan 23 kes salah laku sejak tahun 1972.
Pada 11 disember 1992 kerajaan telah meminda perlembagaan yang menghadkan kekebalan raja-raja melayu. dalam keadaan yang semakin hangat itu pelbagai kesalahan telah dibongkar. insiden TMJ mendera seorang anggota polis dengan menyuruhnya mengawal kandang anjing di belakang istana dan digelarkan anggota polis tu sebagai anjing telah menggemparkan seluruh negara. 'hanya orang yang kurang waras sahaja sanggup memanggil orang lain sebagai anjing'..itulah luahan kata2 sesal rahim noor bila ditanya tentang insiden tersebut.
21 jan 1993 TMJ dihadapkan di mahkamah majistret kerana mendatangkan kecederaan kepada mohd jafar selvaraj seorang penjaga gol hoki. bagaimanapun kes itu selesai dan mangsa hanya mendapat gantirugi sebanyak rm1k sahaja. TMJ dibebaskan dan keputusan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat.
Ok sekarang siapa sebenarnya yang menjadi biadap dan penderhaka kepada raja-raja. bukan Mahattiar dan umno nya ke? Jadi Umno jangan nak main wayang nak memperbodohkan rakyat yang dia maksum tak menjadi penderhaka kepa Raja-raja.
Read more...